Thursday, July 05, 2012

terlalu lama........

Lama juga tak menulis dalam ni, maknanya lama jugalah laman blog ini ditinggalkan tak bertuan. Apa yang dilakukan hanya sekadar melawat sambil-sambil membaca new artikel dari tuan punya blog yang lain.

Idea atau topik yang nak ditulis memang ada cuma ke'malas'an menjadi pendorong utama untuk tidak menulis.

Saya pernah disindir dalam laman "Muka Buku" dengan alasan cuba menjadi 'part timer' dalam sesuatu topik. Tatkala saya menulis pandangan terhadap suasana politik, ada yang berkata saya cuba nak menjadi 'part timer politician'. Bila saya menulis tentang sukan ada pula yang menyindir saya sebagai pengulas sukan. Kalau saya menulis tentang band atau artis kegemaran pasti ada yang menyindir saya cuba nak jadi journalist hiburan. Dan, yang paling teratas, ada yang kata saya cuba nak tunjuk pandai atau perasan bagus. "Macam bagus jer........" Pulaknya!

Lalu saya tak tahu apa yang saya nak tulis lagi. Saya tetap gemar menulis sesuatu topik yang berlaku dan berlegar dalam society kita.

Ikhlas, saya tak pernah meminta sesiapa pun memihak atau menyokong saya. Saya tulis ikut pandangan, bacaan, research dan yang paling penting apa yang saya lihat dengan mata kepala sendiri bukannya dari mulut orang atau pihak tertentu.

Di akhirnya, ke'malas'an tetap menjadi faktor utama kenapa laman blog ini "kekosongan".

Sekian.

Monday, April 23, 2012

Free of Charge

Terlalu ramai sangat yang nak jadi aktivis. Perjuangkan hak itu, hak ini. Semua benda nak ambil kira hak asasi. Hak apa? Hak untuk diri sendiri melakukan apa sahaja ikut suka hati tanpa dilarang atau ditegah?

Di Syiria, pelajar-pelajarnya berdemonstrasi ke atas kerajaan mereka. Di sini, pelajar-pelajar kita juga turut sama berdemo membantah kerajaan. Nak tuntut hak katanya. Hak apa? Yang guna PT...PTN buat 'downpayment' beli motor beli kereta, itu bukan hak ke namanya? Keistimewaan macam mana lagi kita nak? Serendah 50 ringgit sebulan dah boleh bayar pinjaman tapi itu bukan keistimewaan lagi? Itu belum kira yang jadi artis tengah dalam pengajian lagi. Itu pun tak bebas dan tak dapat hak lagi?

Bila bahu engkau ditolak, baju ditarik, engkau salahkan pihak penguasa, engkau report polis buat aduan padahal sebelum ini pihak polis engkau sembur dengan pelbagai caci maki salah guna kuasa la, guna kekerasan la dan macam-macam. Sanjung sangat hak asasi tu.

Anak orang susah, anak nelayan, anak penoreh, anak kerani dan pembantu makmal (aku ler tu) tak pernah komplen, tak pernah bantah soal pinjaman nak kena bayar banyak mana. Sebab apa? Bukan sebab mampu, bukan sebab berduti, tapi sebab ilmu itu suatu yang amat bernilai, lebih bernilai dari jumlah pinjaman yang diberikan. Yang berpanas renang, berkhemah kat dataran, tak kurang juga yang bersunting kat bibir kat kening tak pernah langsung merasa hidup susah, mak bapak sorang-sorang berada, kereta mewah sorang-sorang, Ipad kepit sana sini dok kecoh pasal nak kena bayar balik pinjaman sedangkan masa borang dikeluarkan anak-anak orang kaya ni jugaklah yang dulu kemudian beratur mintak borang.

Memang yang selalu bising itu kena bayar ini kena bayar tu kebanyakkannya orang berada dan yang mampu. Tengok kes yuran sekolah cukup ler.. Bila anak-anak makan makanan tak berkhasiat kat kantin, minum susu basi siapa yang bising balik? Biasa lar, kata nak free!!

Mungkin ada yang kata aku ni bodoh, pro kerajaan, pro BN dan apa-apa lagilah. Tak mengapalah, daripada jadi golongan yang terlalu free 'yang tak ubah macam free thinker', yang tak tahu nak bersyukur, anti sana sana anti sini. Mak bapak aku bukan orang senang pun, gaji tak besar mana tapi tak berkira soal bayar balik pinjaman ni. Alhamdulillah.

Hidup di dunia ni bersebab, tak maunya nak anti sana anti sini. Yang berkumpul kat dataran tu betul ker pelajar? Lain macam macam jer aku tengok, tindik sana sini?!

Wednesday, March 07, 2012

tak mengantuk...

Jam di dinding menunjukkan hampir ke pukul 2.00 pagi tapi mata masih belum mengantuk.

Monday, March 05, 2012

malu saya!!

Sedang aku menunggu emak aku yang tengah membelek kain nak buat langsir di UO, datang sorang lelaki memperkenalkan diri.

"assalammualaikum bang..."
"abang pernah dengar tak Kelab Nutrisi...? Isteri saya salah seorang dari ahlinya dan dah berjaya menurunkan berat badannya.." (sambil menunjukkan gambar)
"abang berminat tak nak punya berat badan ideal dan sihat..?" kata lelaki tu.

Aku cuma "err..err... sori, saya nak cepat ni.. hehe..".

"Takpe bang, kalau berminat boleh datang ke kelab saya bla.. bla...."

Mentang-mentang le aku ni gemuk, patut ler dari tadi dia dok tenung aku. Nak aku marah kang, bangsa aku jugak, seagama pulak lagi.

Yo... yo... malu saya..!!

Monday, February 27, 2012

Nature vs LYNAS

Habis Bersih, muncul Himpunan Hijau.
Kenapa Lynas sahaja yang perlu diprotes?
Kenapa tidak kilang-kilang lain yang sudah sekian lama bertapak dan menyebarkan sisa-sia radioaktif selama hari ini tidak diprotes?

Tak payah bebankan otak sangat, sekecil-kecil asap rokok yang kecil itu sudah mampu membunuh satu persatu jutaan rakyat di negara ini. Itu belum dikira lagi dengan sisa-sia yang dibuang melalui kenderaan-kenderaan yang menjadi kegunaan segenap masyarakat termasuklah para protestan itu sendiri! Mungkin mereka (protestan) lupa bahawa mereka juga adalah sebahagian dari penyumbang-penyumbang besar sisa-sisa radioaktif.

Tak ubah bagai menonton sitcom lucu, janji ada bahan dan jadilah isu.

Saturday, January 07, 2012

Mahasiswa & Politik

Soalan saya;

Wajarkah mahasiswa diberikan kebebasan berpolitik?

Rasanya soalan macam ni dah banyak kali dah orang tanya. Namun jawapannya sahaja yang berbeza di antara kita.

Merujuk kepada tindakan seorang pelajar UPSI yang telah menggemparkan seluruh negara khasnya buat pusat-pusat pengajian tinggi awam. Hanya beliau saja yang tahu mengapa beliau mengambiul tindakan sedemikian.

Cuma, kadang-kala saya merasa hairan dengan sikap segelintir mahasiswa kita yang terlalu terang-terangan menghentam pihak institusi pengajian dan kerajaan khususnya. Ada diantara mereka ini yang tanpa rasa malu mengaku bahawa mereka ini menentang atau dalam bahasa popularnya "anti- kerajaan'.

Bagi pendapat saya sendiri adalah memang tidak patut dan tidak boleh diterima sama sekali.
Masakan seorang penuntut yang menuntut di institusi pengajian awam, menerima pula bantuan pinjaman kewangan dan biasiswa dari badan kerajaan sanggup dan boleh berkata sedemikian.

Tak logik sama sekali. Ibarat tidak mengenang budi.

Bercakap pula soal kebebasan mahasiswa yang sering diperjuangkan oleh segelintir mahasiswa-mahasiswa di negara ini. Perkera sebegini juga agak lucu bagi saya bila mendengarnya.

Kebebasan apa yang engkau mahukan?

Seringkali juga kita mendengar kes-kes kerosakan akhlak yang melibatkan mahsiswa-mahasiswa negara ini seperti ditangkap khalwat, menagih dadah, lumba haram, bohsia, mabuk sana sini, bergaduh dan pelbagai lagi.

Jadi, benarkah bahawa mahasiswa-mahasiswa di negara ini disekat kebebasannya? Lawak bukan.

"AUKU", suatu perkataan yang common dan sensitif dikalangan mahasiswa-mahasiswa kita. Perkara ini memang tidak asing lagi dalam kehidupan seorang mahasiswa dan sudah menjadi suatu tradisi turun temurun untuk para mahasiswa memperkatakannya. Malah ada segelintir yang langsung tidak tahu menahu tentang AUKU tetapi sepakat untuk mengatakan tidak terhadapnya.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mahasiswa-mahasiswa ini?

Kadang-kala, saya merasa hairan juga bila melihatkan para mahasiswa kita pergi melibatkan diri di dalam demonstrasi-demonstarsi yang dianjurkan para penetang kerajaan. Bila manakah mereka sebagai mahsiswa ini berada di kelas kuliahnya?

Saya sendiri juga pernah menjadi penuntut di pengajian tinggi suatu masa lalu dan saya faham sangat mengenai urusan merit kedatangan pelajar-pelajar. Kalau di masa saya belajar dulu, masuk kali kedua tak datang kuliah, surat amaran pertama akan dihantar kepada pelajar dan sekiranya pelajar terbabit terus-menerus tidak hadir maka surat amaran akan dihantar terus kepada pihak keluarga atau penjaga. Pihak pengajian juga mempunyai kuasa untuk menghalang pelajar-pelajar terbabit untuk mengambil peperiksaan atau boleh digantung terus tempat mereka di dalam institusi tersebut. Ini mengikut pengalaman saya sendiri semasa bergelar penuntut suatu ketika dahulu.

Jadi, saya tidak faham bila mananya mereka ini akan ke kuliah dan bila mana pula mereka punya masa untuk menyertai demonstrasi.

Buat penuntut atau mahasiswa UPSI terbabit, apa tujuan anda sebenarnya?

Cuba kita bawak turun bendera Pembangkang tu, dan lihat apa agaknya reaksi mereka?
Sudah tentulah mereka juga akan mengambil tindakan yang sama sepertimana yang dilakukan kerajaan.

Membangkang atau memberontak sebenarnya?

Posting Pertama 2012

Selamat Tahun Baru.

Muka blog pun baru.

Semangat jer yang lama, malas menulis.

Kalau aku banyak menulis pun, berapa orang jer yang baca.
Setahu aku, saudara Dr. Bentara, tuan punya blog "Krenmaut" jer yang mahu baca blog aku ni.

Pasalnya, beliau saja yang rajin hantar komen kat blog nih. Hehe...

Semoga, di tahun baru ini bakal membawa seribu satu kebaikan buat kita. Perkara yang lepas jadikan teladan.

Sekian.