Wednesday, March 24, 2010
Tuesday, March 16, 2010
1997 & 2001
Langsuyr - Tangisan Embun Pagi (Penang MetalFest 1997)
p/s : time 97 ni aku baru form 2, tengah berjinak-jinak lagi. aku dedicate khas buat hang Zaharul Nizam (Lone). hang le orang pertama yang aku kenal kat kolej dulu (2001) yang layan muzik sama macam yang aku minat, bebudak lain semua gila linkin park korn tak korn, rimas aku!
Walimatul Urus Zaharul Nizam..
Hari Ahad semalam, aku ke Batu Hampar, Beruas. Meraikan majlis perkahwinan kawan yang sama-sama di kolej dulu. Zaharul Nizam atau lebih senang dikenali dengan panggilan 'Lone' diijab kabulkan bersama pasangannya dari Kedah yang aku sendiri pun lupa nak tanya nama isterinya. Bagaimana mereka berkenalan pun aku tak tanya. Sorry, i'm not a reporter yang suka terjah-terjah macam kat tv3 tu.
Zaharul Nizam dan pasangannya mengenakan sut pengantin berwarna hijau katak pisang sedang enak bersantapan ketika aku baru sampai ke rumahnya. Dengan hanya berbekalkan address yang di'sms'kan 'Lone' kepada aku dua hari sebelum tarikh perkahwinan, aku dengan selambanya pegi mencari rumah Lone tanpa sebarang petunjuk arah pun. Jenuh le bertanya dengan orang-orang kat situ. Nasib baik le diorang kenal dengan bapak member aku ni. Takpe, yang penting aku sampai.
Zaharul Nizam dan pasangannya mengenakan sut pengantin berwarna hijau katak pisang sedang enak bersantapan ketika aku baru sampai ke rumahnya. Dengan hanya berbekalkan address yang di'sms'kan 'Lone' kepada aku dua hari sebelum tarikh perkahwinan, aku dengan selambanya pegi mencari rumah Lone tanpa sebarang petunjuk arah pun. Jenuh le bertanya dengan orang-orang kat situ. Nasib baik le diorang kenal dengan bapak member aku ni. Takpe, yang penting aku sampai.
Tak ramai member-member kolej yang hadir pun. Yang ada pada hari tu, Munir and wife together with their daughter, Boreh, Poppie dengan rambut barunya dan aku yang semakin membesar dengan sihat bagai budak Milo. Trong pun ada juga. Macam biasalah, oleh kerana dah lama tak bersua maka pada hari itu bolehlah diibaratkan macam slot 'jejak kasih' cuma tanpa sebarang linangan air mata. Walaupun tak ramai member-member yang hadir at least dapat jugak la melepas kerinduan masing-masing. Paling aku tak tahan dan tak boleh lupa bila Lone tanya kat Boreh, "nak air ketum tak..?", ni import khas dari Kedah katanya. Dengan selamba dan tanpa rasa segan silu, si Boreh meneguk tonik tersebut sehingga licin seplastik di depan mata emak aku yang turut aku bawa bersama. Bukan dia sorang je pun yang teguk, orang lain pun sama. Lantak korang le, jangan ada yang terbalik atau jatuh masuk gaung keta sudah.
Gambar pun tak dapat nak ambik banyak sangat, maklum le si pengantin pun sibuk melayan tetamu yang hadir. Frust jugak sebab aku tak dapat nak bergambar dengan Lone termasuk le member-member yang lain walaupun kamera dah bawak. Tapi yang pentingnya, aku dah sampai rumah hang Lone. Hang bila lagi nak datang rumah aku?!
Poppie dengan rambut baru...
wife dan anak Munir..
Saturday, March 13, 2010
Friday, February 26, 2010
Thursday, February 25, 2010
0:00 - 0:03
p/s : playlist minggu ini, grindcore. the shortest music video ever made. aku pun reti...
Friday, February 19, 2010
ada paham?
Bila tiba bulan perayaan ni macam biasalah majlis rumah terbuka merata sana-sini. Tak kiralah apa bangsa mahupun agama sekali pun turut sama-sama berkunjung dan memenuhkan rumah terbuka. Makan free lah katakan, sapa yang tak nak ye tak. Barang free memang kebiasaannya sedap-sedap dan best-best belaka. Sekarang ni dah tak kisah dah, rumah terbuka apa pun semua bangsa main redah jer tanpa mengira perayaan yang disambut. Orang Islam pun dah boleh menyambut Kristmas dah tanpa segan silu lagi. Rasanya belum ada lagi rumah terbuka yang tak pernah dikunjungi sesiapa pun sekarang ni. Pendek kata, kalau rumah terbuka tu start pukul 4.oo petang karang, pukul 2.00 dah tertonggok tak tau malu dok kat meja makan. Tu belum kira bab makan lagi tu. Ada sesetengah tu makan dah standard macam setahun tak pernah makan. Melantak tak ingat tanpa ambik kisah apa bahan atau menatang yang dah dibubuh dek tukang masak dalam masakan tu. Halal haram belakang kira. Kalau dok pikir pasal halal haram nanti tak dapatlah pulak nak menyahut seruan kerajaan 1 Malaysia. Betul jugak tu. So bedal je lah. Alah, lambat lagi nak mati...
Satu benda yang masih aku tak paham. Buat rumah terbuka, memang full booked. Buat forum perdana, ceramah agama dan majlis tilawah Al-Quran tak boleh nak full booked. Bangsa yang bukan Islam tu dah tentu le tak datang tapi yang herannya, orang melayu, orang Islam sendiri pun susah nak nampakkan muka dan rajinkan diri ke majlis yang macam tu. Yelah, boring la katakan. Buat ngantuk je. Apa yang ada pun, dok dengar bebelan si penceramah ada le. Lagipun bukannya ada artis pun. Kat sini yang dah lari sikit seruan menteri kita 1 Malaysia tu. Kalau kat majlis rumah terbuka tu selain makan-makan turut diserikan lagi dengan artis-artis top masa kini. Ada Ning beb... silap-silap Rozita Che Wan pun datang melantak sekali. Untung aku...
Sekarang ni aku dah mula paham satu benda. Kalau nak buat apa-apa majlis yang sure full punyer mesti kena panggil artis. Setlist artis mestilah bebudak AF, tak pun band-band indie boleh jalan gak, sure gerenti senyum sampai ke telinga tuan punyer majlis. So kesimpulannya, kalau nak seruan P.M. kita tercapai kenalah panggil artis untuk serikan lagi majlis. Tu sebab kalau korang perasan la, majlis tilawah Al-Quran pun dah ada sesi nyanyi-nyanyi. Nak buat kempen anti dadah, kempen keselamatan jalan raya dan macam-macam kempen lagi pun kena ada sorang dua artis. Kalau tak, usah haraplah orang nak jenguk-jengukkan muka. Orang kita bukan kisah pun apa mesej yang kerajaan nak sampaikan janji nyanyi-nyanyi dan hiburan-hiburan mesti kena ada. Kalau tak, tak jalan kempen.
Oleh itu, demi memastikan seruan kerajaan tercapai, setiap majlis atau kempen yang hendak diadakan mestilah jemput artis. Ada paham?
Subscribe to:
Posts (Atom)

