Arwah ayah aku ade kawan nama Azam. Azam bin ape aku tak tau. Dah lupa. Aku ngan adik sepakat panggil dia pakcik Azam. Dulu, pakcik Azam keje satu tempat ngan ayah aku kat Maktab Perguruan di Taman Cempaka. Skang tapak maktab tu dah tukar jadi tapak Politeknik Ungku Omar. Pakcik Azam pun tak lama keje kat maktab tu, dia resign pasai nak buat bisnes katanya. Lupa nak cakap, arwah ayah aku keje sebagai pembantu makmal. Pakcik Azam aku tak tau jawatan ape. Lupa jugak. Kita pendekkan kat sini jer.
Selepas itu, ayah aku ditukarkan kementerian ke tempat lain pulak sebab maktab tu nak tutup dan di pindahkan. Jadi, ayah aku telah dihantar oleh kementerian bertugas dalam sekolah pula juga sebagai pembantu makmal. Time ni aku ngan adik tak tau ape jadi dah ngan pakcik Azam. 4 tahun yang sudah, ayah aku pergi menyahut seruan ilahi. Pakcik Azam ade datang umah aku selepas beberapa hari dari hari pengebumian ayah aku. Dia kata dia dapat tau pun dah lambat. Tapi ok la, ade jugak datang dari langsung tak datang kan. Dia bagitau kami sekeluarga yang skang ni dia dah bawak teksi. Dah tak buat bisnes dah. Tak bole jalan kot. Tak kisah la, pedulik ape aku.
Pakcik Azam tak bawak teksi regular Isawara tu tapi teksi Waja. Pasal dia banyak antar orang pegi tempat jauh jer so that's why dia guna Waja. Lagipun dapat ler income lebih skit. Setakat Ipoh ke KL tu takde masalah ler bagi dia. Sampai Johor pun dia pernah antar. So dia offer la pada kami kot-kot ade nak kemana ker, kot nak jalan KL tapi tak tau nak tuju bole ler mintak tolong dia jer. Harga pun dia charge le lain. Kira harga adik-beradik le. Aku ngan mak aku cakap 'insyaallah' dan ucap terima kasih pada pakcik Azam di atas kesudiannya. Mak aku cakap lagi, kalau kami perlukan khidmat teksi dia nanti kami call no yang dia bagi. Pakcik Azam senyum je dan terus mintak diri nak pergi keje balik. Kita pendekkan lagi citer ni kat sini.
Beberapa bulan lepas tu, aku dapat surat daripada SPA yang mengarahkan aku untuk ke KL menjalani peperiksaan untuk masuk ke jawatan Pereka Gred B27. Aku mana la tau nak tuju ke tempat peperiksaan tu, apalagi nak drive ke sana. Bukan pasai tak tau nak drive tapi sebab tak tau jalan. Kat sini pun kadang-kala aku sesat larat inikan pulak nak ke sana tu. So kami decided untuk dapatkan khidmat teksi dari pakcik Azam jer. Dia pun dah setuju dan konfirm pukul berapa nak ambik aku kat umah. Selesai satu bab. Hari yang dinanti pun tiba. Awal pagi lagi dia dah datang sebab kami kena sampai awal sebelum pukul 9 pagi. Aku dan mak aku pun dah prepare awal tak nak kelam kabut nanti. Jadi, nak berangkatlah kami ke KL. Tiba-tiba, semangat berkobar-kobar aku nak ambik exam direntap oleh satu statement simple tapi kejam dari pakcik Azam.
"rasanya pakcik tak dapat nak ngantor kamu ni..." katanya dengan nada biasa.
"err.., naper lak pakcik?" tanya ku pula.
"ni haa... badan pakcik ni rasa macam seram sejuk bedi pulak.. rasa tang dahi panas pun ade ... uhukk.." jawabnya pula dengan nada lemah. Aku hanya mendiamkan diri jer, tak tau nak cakap ape dah.
"ate.., camana ngan kami ni azam..?" tanya mak aku pulak yang dah mula nak ngelabah.
"takpe kak, bior saya antor sampai bas station... nanti kat situ saya carikan tiket paling awal untuk kak ngan anak..." jawabnya slumber.
"sempat ker sampai ni azam..." tanya mak aku lagi yang dah tak keruan.
"sempat.... usoh risau ler kak... sempatnyer.." jawab pakcik zam dengan penuh yakin. Time ni aku dah diam jer... Rasa nak ajak balik je dah.
Dipendekkan citer, berangkatlah aku ngan mak aku ke KL dengan bas express jer. Impian nak merasa naik Waja lebur camtu jer. Kami sampai awal ke sana dan nasib baik le tempat nak ambik exam tu kat Jalan Maharajalela jer. Tak jauh dari Pudu pun. Hotel pun ade kat situ dengan kadar bayaran yang bole kata berpatutan la. Standard la KL... Alhamdulillah aku dapat ambik exam tu tanpa sebarang masalah pun. Lega. Malam tu kami tidur kat hotel yang berdekatan situ, Mandarin Court Hotel tak silap aku. Malam tu, daripada siang tadi bawak ke malam mak aku dok nyumpah seranah si pakcik Azam. Esoknya hari last exam aku dan nak balik dah lepas exam tu. Nasib kami baik takde sebarang masalah timbul sepanjang berada di sana. Masa dalam bas nak balik dah, mak aku still lagi menyumpah seranah si drebar tu. Tak abih lagi marah nyer. Aku pun marah jugak. Sial la lu Azam!! Janji melayu betui ler...!
Kesimpulannya, apakah kaitan antara Pakcik Azam dengan aku dan jugak blog yang baru nak setup ni? Satu pun takde kena mengena. Tapi yang aku tau ler, setiap kali bila nak nyambut tahun baru aku mesti teringatkan kisah pakcik Azam. Mungkin pasai orang dok sibuk tanya apa azam ngko tahun baru nanti. Padan la bisnes lu lingkup Azam, takde keazaman langsung. Sembang jer kencang. Sembang debor kata orang Perak. Bila orang tanya aku, azam ngko tahun depan ape...? Aku just jawab, tak nak jadi macam pakcik Azam kot? Bole ker? Arrghghh.. belasah je..!! Janji aku ade azam. Jangan Pakcik Azam sudah....

No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!