apabila pihak polis makan rasuah semua masyarakat mula menyelar dan mencaci dengan pelbagai 'statement' dan sentimen-sentimen kurang enak.
mengapa pak menteri dan mak menteri , dato'-dato' dan tan sri-tan sri makan rasuah tidak diselar dan dicaci dengan bahasa-bahasa kreatif kurang sopan biadap kurang ajar kamu?
apabila pihak polis menyalah-gunakan kuasa ramai pula yang melaungkan 'statement' human right sana sini, anti sana dan anti sini.
mengapa pak menteri dan mak menteri, dato'-dato' dan tan sri-tan sri menyalah-gunakan kuasa tidak kamu laungkan hak-hak dan anti-anti kamu ke sana ke mari?
sepuluh ringgit yang diberi oleh pesalah jalan raya kepada anggota keselamatan lalu lintas untuk mengelak dari di saman sudah mampukah bagi anggota itu untuk membeli sebuah rumah, perkakasan elektrik, perabot rumah, barang-barng kemas buat isteri dan hanset buat anak-anak?
bagaimana pula dengan insentif lima puluh ribu yang diberikan kepada peneroka-peneroka?
bagaimana pula dengan sikap diri sendiri yang tidak pernah mahu mematuhi arahan-arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan padahal ia demi menjamin keselamatan dan kestabilan diri sendiri?
atau diri sendiri yang sebenarnya jenis tak boleh ditegur, ego bodoh sombong, jenis tak makan saman dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul?
cermin diri sendiri dahulu...
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!