Tuesday, September 07, 2010

di penghujung ramadhan...

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah di penghujung ramadhan pun. Bagi sesetengah orang, bulan puasa bulan yang menyusahkan. Bulan yang semua tak boleh. Bulan terpaksa menahan diri. Dianggap bulan yang membebankan bagi sesetengah individu.

Memang kena menahan diri. Menahan dari semua segi. Menahan nafsu sebenarnya. Namun itulah yang paling memeritkan, menahan dari nafsu serakah. Untuk kebaikkan sendiri juga.

Mungkin ada yang kata aku gila kalau aku cakap yang aku lebih sukakan bulan puasa dari raya. Aku bukan alim pun. Sembahyang pun kadang-kadang tinggal juga. Bukan ler kaki masjid sangat pun tapi takde ler sampai tak pergi langsung. Ada kawan aku yang macam takut nak ker masjid. Ada yang kata menyusahkan. Suruh pergi 'moreh' pun susah katanya. Suruh pergi makan pun susah ker? Tapi, memang aku lebih suka bulan puasa dari raya. Sesuatu yang enjoyable bila tibanya bulan puasa bagi aku secara peribadinya. Khasnya bila waktu malam tiba. Nyaman dan tenang, tidak seperti malam-malam yang biasa. Bukan sebab hantu setan kena ikat pun.

Aku tak pernah ada good experience dalam menyambut hari raya. Memang tak pernah mengalami any good experience bila menyambut raya. Bukannya aku tak suka tapi aku tak boleh feel. Aku tak dapat nak feel sangat keseronokan dan kenikmatannya bulan syawal. Tak pernah ler sibuk-sibuk nak beli baju raya macam orang lain tu. Event baju melayu yang aku pakai raya last year pun 4 tahun sudah punya. Tahun ni tak tau lagi. Mungkin beli kot. Tengok ler camana. Tinggal berapa hari jer lagi, kalo ada okay, takde pun takpe kot. Entah?

Bulan syawal, hari raya adalah hari kemenangan buat seluruh umat Islam. Kemenangan kerana berjaya menahan diri dari nafsu serakah. Juga kemenangan bagi yang tak pernah puasa langsung. Heran bila tengok kawan-kawan di kolej dulu yang langsung tak pernah puasa. Tiga tahun lebih rasanya aku di kolej dan selama itu jugalah sesetengah dari kawan aku yang tak berpuasa. Itu masa kat kolej, sebelum tu belum kira lagi dan selepas dah tamat pengajian pun tak tahu lagi puasa ke tak. Bayangkan ler. Mungkin sesetengah dari kawan aku ni takkan tua dan takkan mati kot.

Well, walau apa pun persepsi masing-masing tentang puasa dan raya, harus diingat bahawa ia kewajipan yang wajib bagi kita sebagai umatnya. No excuse unless with a reason lah. So, raya pun tak lama lagi dah, aku menyusun 20 jari (jari tangan & kaki) memohon ampun maaf buat sahabat handai, sedara mara dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini samaada melalui pertemuan mahupun yang pernah ke laman tanah ini secara sengaja atau tak sengaja.

Selamat menyambut hari raya puasa dan maaf zahir batin. Oh yer, satu benda yang aku amat tak suka masa raya ni bila sedara mara tanya bila nak kawin. Ciss... takde benda lain nak tanya ker!!??

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!