Sunday, March 27, 2011

Sodom

Kumpulan Sodom adalah sebuah kumpulan thrash metal yang berasal dari negara Jerman. Meraka pernah mengecapi zaman kegemilangan di era gelombang muzik thrash metal suatu ketika dahulu iaitu sekitar 80an dan awal 90an. Mereka juga digelar sebagai 'German Thrash Attack' bersama-sama dengan dua buah lagi band thrash metal Jerman iaitu Kreator dan Destruction. Bukan sahaja di barat malah gelombang muzik thrash metal Sodom turut memberi tempiasnya kepada anak-anak muda remaja Malaysia sekitar awal 90an dahulu. Salah satu band di Malaysia yang mendapat pengaruh kuat dari mereka adalah band dari Ipoh, Perak iaitu Athotorgh yang cukup popular bagi peminat metal underground suatu masa lalu.


Aku mula mengenali Sodom selepas aku mengenali band thrash metal 'Bay Area' iaitu Metallica dan Megadeth. Ketika itu aku masih lagi dalam sekolah menengah, gila Metallica ler katakan masa tu. Namun apa yang membuatkan aku lebih mengenali mereka (Sodom) adalah setelah aku mendengar kaset band Athotorgh dari kawan ku, lawak bukan... poser betul.


Setelah berbelas-belas tahun memperjuangkan muzik mereka di mata dunia, mereka masih lagi utuh sebagai sebuah band walaupun usia ketiga-tiga line-up sudah pun menjangkau usia senja. Pengaruh muzik mereka memang tidak dapat disangkal lagi kepada peminat-peminat muzik metal di seluruh dunia.


Di Malaysia sendiri, peminat-peminat Sodom bukan sahaja terdiri daripada golongan anak muda kebanyakkan (golongan kebanyakkan) malah golongan-golongan korporat kelas atasan juga begitu terpengaruh dengan band ini. Semuanya bermula di sekitar tahun 98 lagi di mana kisah mengenai sodom berada di setiap dada akhbar dan berita di televisyen. Yang paling mengejutkan apabila saluran televisyen milik kerajaan iaitu RTM sendiri tidak segan silu untuk menyiarkan liputan berita mengenai sodom.


Siapa menyangka, bahawa bekas atau mantan perdana menteri negara yang ke-4 juga seorang peminat fanatik kepada band Sodom dan ini turut diikuti sendiri oleh menteri-menteri kabinet yang lainnya. Kesan pengaruh kumpulan Sodom masih lagi boleh didapati pada hari ini. Ini dapat dilihat apabila perdana menteri ke-6 kita bersama menteri-menteri kabinet masih mahu mempopular dan mengembalikan zaman kegemilangan muzik thrash metal Sodom sepertimana di era gelombang 'German Thrash Attack' suatu ketika dahulu. Dasyat....


Tak sangka, menteri-menteri kita pun minat kat muzik thrash metal yer. Agaknya camanalah penampilan mereka sewaktu muda dahulu, nama 'Angelripper' sah tak lekang dari mulut. Betapa hebat tak hebatnya penangan Sodom ni. Apa lagi ..."Outbreak of Evil" satu...!!

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!