Sunday, December 18, 2011

sunat

Cuti hujung tahun ni kebiasaannya memang tak boleh lari dari kenduri kahwin. Baik kepada yang menganjurkan mahupun yang menghadiri. Tak lupa jugak time nilah masa paling sesuai nak buat kenduri berkhatan atau dalam bahasa 'old school'nya bersunat.

Sebut pasal bersunat ni teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Dulu, aku bersunat buat kenduri kat kampung rumah arwah atuk. Tapi aku tak ler guna Tok Mudim, aku sunatnya kat klinik kampung aku. Masa tu ada satu klinik tu kat pekan Parit, namanya Klinik Jamal. Klinik Jamal ni masa tu memang top lar kalau kat belah-belah Bota sampai ke Parit. Kiranya dalam kawasan Perak Tengah tu memang Dr. Jamal ni pegang ler. Otai...!!


Seminggu duduk kampung, arwah nenek ler yang jaga aku dari makan minum sampai ler mandi, basuh luka semua. Ingat lagi, arwah nenek bagi sejenis alat bentuk macam tempurung. Tujuannya untuk nak cover gua punya anu hehe... Itu ok ler lagi, kena masa nak cuci luka tu yang paling azab rasanya. Ngilu bila aku ingatkan sampai sekarang. Kalau nak tahu, alat cover anu tu dah digunakan oleh kesemua cucu-cucu lelaki nenek. Haa... dasyat gua cakap lu.


Makan pun kena pantang, takleh makan yang gatal-gatal. Ayam, udang, sotong dan apa sahaja yang boleh mendatangkan gatal ler. Kalau tak, menggaru ler yob! Orang dulu-dulu punya stail memang rumit sikit. Tak macam sekarang, lepas sunat terus boleh makan KFC! Mak aihh..., idak menggaru ker malam karang yob..?!

Adik aku pun bersunat dekat Dr. Jamal jugak. Tapi, masa time adik aku bersunat pulak ada stail jenis bubuh sarung atau 'clamp' kat bahagian kepala anu tu. Sebenarnya bersunat jenis pasang 'clamp' tu sangatlah merbahaya. Tau pasal apa aku kata merbahaya? Mana taknya, kalau anu engko tegang tengah-tengah malam tak ker pedih rasanya! Tengok adik aku cukup ler, melalak kawan tu sampai naik takut nak tidur dah adik aku. Penyudahnya, esok tu jugak mak ngan arwah ayah aku pergi balik ker klinik. Nak mintak kat doktor tolong tanggalkan, tak boleh lagi katanya. Kena tunggu dua tiga hari lagi baru boleh bukak. Nasib baik ler Dr. Jamal ada bagi ubat bior anu adik aku tu tak tegang malam-malam.

Bagi yang jenis anunya tak aktif tu takpe ler. Mak aku pernah berpesan, "komer esok kalau ada anak laki, jangan haruih nak sunat jenis pakai clamp-clamp tu, idak jadi ler macam adik kamu tu..".

Bila citer pasal sunat ni tiba-tiba jer rasa seram-seram pulak. Nasib baik sunat sekali jer yer.. hehe... Tapi yang bestnya, pasal gua dapat banyak duit orang kampung sedekah. Nasib baik lar time tu hanset belum ada lagi.


Last yang aku tahu dari mak, Klinik Jamal tu sekarang dah tutup. Orang-orang kampung citer, Dr. Jamal tu dah arwah, meninggal kerana kemalangan lajan raya beberapa tahun yang lalu



jangan kata budak, aku pun gerun nengok ni..!

3 comments:

  1. clamp tu teknologi terkini. Kalau benda tu pun tak consider, kenapa pakar2 prefer?

    ReplyDelete
  2. heh, teknologi terkini tu tak semestinya memberi kebaikan. Memang pakar2 prefer dan rekomen guna benda tu tapi pernah tak mereka consider kebarangkalian yang akan jadi pada si pemakainya. Pakar tak semestinya semua betul. Pernah tak kita 'terfikir' siapa yang mencipta benda teknologi terkini tuh? Siapa pakar-pakarnya, adakah orang melayu kita atau bukan?

    ReplyDelete
  3. mungkin nasib menyebelahi kepada anak abang tapi anak orang lain bagaimana? mungkinlah kot kalau kanak-kanak yang bersunat seawal usia 7 ke 8 tahun kurang mengalami seperti yang dialami oleh adik saya tu. wallahualam..

    ReplyDelete

leave your comment or leave this site!!