Sunday, March 27, 2011

Sodom

Kumpulan Sodom adalah sebuah kumpulan thrash metal yang berasal dari negara Jerman. Meraka pernah mengecapi zaman kegemilangan di era gelombang muzik thrash metal suatu ketika dahulu iaitu sekitar 80an dan awal 90an. Mereka juga digelar sebagai 'German Thrash Attack' bersama-sama dengan dua buah lagi band thrash metal Jerman iaitu Kreator dan Destruction. Bukan sahaja di barat malah gelombang muzik thrash metal Sodom turut memberi tempiasnya kepada anak-anak muda remaja Malaysia sekitar awal 90an dahulu. Salah satu band di Malaysia yang mendapat pengaruh kuat dari mereka adalah band dari Ipoh, Perak iaitu Athotorgh yang cukup popular bagi peminat metal underground suatu masa lalu.


Aku mula mengenali Sodom selepas aku mengenali band thrash metal 'Bay Area' iaitu Metallica dan Megadeth. Ketika itu aku masih lagi dalam sekolah menengah, gila Metallica ler katakan masa tu. Namun apa yang membuatkan aku lebih mengenali mereka (Sodom) adalah setelah aku mendengar kaset band Athotorgh dari kawan ku, lawak bukan... poser betul.


Setelah berbelas-belas tahun memperjuangkan muzik mereka di mata dunia, mereka masih lagi utuh sebagai sebuah band walaupun usia ketiga-tiga line-up sudah pun menjangkau usia senja. Pengaruh muzik mereka memang tidak dapat disangkal lagi kepada peminat-peminat muzik metal di seluruh dunia.


Di Malaysia sendiri, peminat-peminat Sodom bukan sahaja terdiri daripada golongan anak muda kebanyakkan (golongan kebanyakkan) malah golongan-golongan korporat kelas atasan juga begitu terpengaruh dengan band ini. Semuanya bermula di sekitar tahun 98 lagi di mana kisah mengenai sodom berada di setiap dada akhbar dan berita di televisyen. Yang paling mengejutkan apabila saluran televisyen milik kerajaan iaitu RTM sendiri tidak segan silu untuk menyiarkan liputan berita mengenai sodom.


Siapa menyangka, bahawa bekas atau mantan perdana menteri negara yang ke-4 juga seorang peminat fanatik kepada band Sodom dan ini turut diikuti sendiri oleh menteri-menteri kabinet yang lainnya. Kesan pengaruh kumpulan Sodom masih lagi boleh didapati pada hari ini. Ini dapat dilihat apabila perdana menteri ke-6 kita bersama menteri-menteri kabinet masih mahu mempopular dan mengembalikan zaman kegemilangan muzik thrash metal Sodom sepertimana di era gelombang 'German Thrash Attack' suatu ketika dahulu. Dasyat....


Tak sangka, menteri-menteri kita pun minat kat muzik thrash metal yer. Agaknya camanalah penampilan mereka sewaktu muda dahulu, nama 'Angelripper' sah tak lekang dari mulut. Betapa hebat tak hebatnya penangan Sodom ni. Apa lagi ..."Outbreak of Evil" satu...!!

Sunday, March 20, 2011

sogok menyogok...

Apa itu rasuah? Rasuah adalah suatu bentuk tindakan atau cara memberi sogokan untuk mempengaruhi pihak tertentu mahupun individu-individu perseorangan. Sogokan boleh jadi dalam apa sahaja bentuk tak kira wang ringgit malah hadiah atau barang-barang seperti hamper, barang makanan, kenderaan termasuklah tempat penginapan. Malah ada juga yang memberi sogokan berupa wanita untuk pemuas nafsu selagi ia boleh dan mampu mempengaruhi sesetengah pihak atau individu itu.
Tujuan sogokan ini sering kali dan kebiasaanya diguna pakai untuk tujuan meraih sokongan atau pun meraih undi. Dalam bab meraih undi ini biasanya terjadi kepada mana-mana parti politik baik yang berhaluan kiri atau sebaliknya. Baik pembangkang mahupun yang bukan pembangkang semuanya mengamalkan 'politik sogok' ini cuma kita sebagai rakyat biasa sahaja yang kadang-kala tidak sedar dan mungkin juga tidak faham.
Tiada beza sebenarnya samaada memberi sogokan berupa wang ringgit mahupun hadiah atau barang-barang malah sogokan berupa pemuas nafsu sekalipun. Amat menghairankan apabila pihak-pihak parti bukan pembangkang mengecam dan menuduh parti-parti pembangkang mengamalkan politik rasuah sedangkan mereka sendiri turut mempraktikkannya. Tak ubah seperti ibarat membuka pekong sendiri.
Wajib diingat, rasuah bukan sahaja bermaksud memberi atau 'menyogok' dengan wang ringgit sahaja malah apa sahaja bentuk material asalkan ia mampu mempengaruhi diri atau pemikiran individu dan pihak tertentu. Oleh yang demikian, elakkan diri dari terperangkap atau terpedaya dengannya.

Friday, March 11, 2011

rambut

Tak silap aku last month kot ade citer kat Berita Harian sorang remaja Punjabi yang rambutnye kena potong masa tengah tido kat kem PLKN. Beliau mendakwa ade dikalangan penghuni asrama kem tersebut yang telah membuat khianat ke atasnye. Lalu atas rasa tidak puas hati dan rasa dipersendakan maka keluarganye telah membuat laporan kepada pihak berwajib. Keluarga berkenaan mendakwa mereka berasa terhina di atas cubaan sesetengah individu di kem terbabit yang cuba hendak mempersendakan kepercayaan agama mereka.

Pagi tadi, aku baca paper laporan mengatakan tiadanya unsur-unsur khianat seperti yang dilaporkan oleh remaja berkenaan. Tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan ade dikalangan penghuni asrama kem tersebut yang cuba memotong rambut beliau. Maka tiada kes ler nampaknye. So, sapa yang kerat..?

Takde sapa yang tahu. Mungkin gigit dek lipas kot. Wallahualam. Nak senangkan citer, baik ler kerajaan bagi skit bayaran ganti rugi kat keluarga tu. Nescaya they all diamnye. Sama ler macam kes yang berlaku dulu kat remaja India mati lemas kat kem PLKN. Bukan main lagi mak bapaknye nak saman menyaman. Last-last dapat duit pampasan 10 ribu terus senyap, senyum sampai ke telinga. Kalo anak deme mati lagi pun tak kisah janji masyuk. Sure ade yang cakap gua racist kalo terbaca artikel nih.

Sunday, March 06, 2011

che citer.....

lama dah tak menulis. tak tau ape yang nak ditulis. sekadar memaklumkan bahawa tanah ini masih ada dan wujud.

heran bila melihatkan dikalangan ngo-ngo mahupun orang perseorangan di negara ini yang tak abis-abis nak protes the system. sampaikan hindu kepala samseng mati pun mereka bela. biaq pi la bak kata orang utara, hidup pun menyusahkan orang jer. orang-orang yang tak berdosa kena bunuh ngan hindu samseng tu hangpa taknak bela pulak nasibnye.

kalau dah tak suka dengan sistem-sistem yang ada kat sini then blah pi duduk tempat lain. korang jugak yang nak dok guna api, air, pos dan etc. tu semua. siap beratur panjang sanggup nak tunggu subsidi kerajaan.

satu perkara aku nak tanya, ada ker tempat atau mana-mana negara dalam dunia ni yang bebas sepenuhnye untuk kita buat benda ikut suka hati sendiri jer..? che.. citer.. che citer....

Friday, January 28, 2011

bola..

Liga bola sepak Malaysia akan bermula esok. Dengan perlawanan pembukaan 'Charity Sheild' Kelantan vs Selangor yang sudah semestinya ada live kat tv. Perak punya game tunggu live lain hari. Yeah, gua memang menyokong sepenuhnya pasukan negeri kelahiranku iaitu the only 'PERAK F.C.' Dikala rakan-rakan setia menyokong pasukan-pasukan luar gua masih lagi setia dengan pasukan kesayanganku. Dua musim yang cukup kelam sudah cukup untuk menutup dairi lama yang sudah pastinya catatan-catatan kelam yang lalu tak akan atau mungkin berulang lagi.
Walau ramai yang tak malu dan tak sayang mulut mengatakan tiada standard, dan tak kurang juga ada yang kata "tak rock la tengok bola Malaysia..!!". Heran gua, apa kena mengena bola sepak dengan muzik rock..???
Takde apa yang gua nampak lebihnya dengan 'Setan Merah' mahupun 'Si Merah' atau 'Si Biru' tuh. Kalah banyak kali pun still korang boleh sokong tapi team tanah tumpahnya darah sendiri baru kalah 2-3 game dah mengamok caci maki coach mengalahkan tuan punya badan tu ada lesen kejurulatihan jer.
Nama player luar siap hafal di mulut tapi player anak jati negeri sendiri haram kenal. Ntah player tuh duduk sebelah rumah korang berjiran pun tak sedar gamaknya. Bila nak kenal? Bila Pasukan Tanah Melayu menang 'World Cup' yer...?!

Thursday, January 20, 2011

KITA pulak dah..!!

Dah KITA pulak... Macam-macam... Trend orang-orang besar kita sekarang, suka main lompat si katak lompat. Kemudian buat sidang akhbar maklumkan pada semua orang. Ceritakan keburukan dan kelemahan orang lain. Puncanya sangatlah mudah, iaitu ketidakpuasan hati sebab takde sapa nak calonkan awak tu. Gila kuasa, gila pangkat dan gila nak jadi ketua. Cakap je la terus terang awak nak jadi ketua, kan ke senang.
Biasanya kalau kat England pun perkara macam ni biasa terjadi. Tapi dalam liga EPL je, pasal ada transfer week atau month untuk player cari team baru dan untuk team cari player baru. Kadang-kadang tu, bulan ni main dengan team ni, bulan depan main team lain pulak. Kira buleh merasa le main dalam setiap satu team. Kat sini pun terjadi jugak, kat negeri Perak ni jer. Hari ni announce keluar parti then esok lusa dah masuk balik. Adik beradik Si Keane la ni.
Sekarang KITA, es0k lusa KAMU, AKU, HANG, MEREKA dan ntah apa-apa lagi. Apsal tak bubuh jer nama sendiri, terang-terang jadi ketua takde sapa buleh usik.

Tuesday, January 18, 2011

inhaler

Ini namanya 'Inhaler' untuk kegunaan pesakit Asma. Merupakan teman setia aku selain dari handphone. Doktor pesan semalam, pegi mana pun mesti make sure ada bawak mende alah ni. Apa buleh buat dah nasib. Aku pun tak nak sakit tapi dah ketentuan ilahi. Tak ada orang di muka bumi ni yang nak sakit.
'Inhaler' ni ada macam-macam brand. Antaranya Ventolin, Ashtalin, Budesonide dan pelbagai lagi. Antara 3 nama di atas tu yang biasa aku guna adalah Ventolin. Cara gunanya letak kat mulut then tekan bahagian bulat kat atasnya. Sedut sebanyak 2 kali jer. Lebih tak boleh, nanti ketagihan. Kalau dah sedut 2 kali tak kurang jugak semputnya, better terus pegi hospital. Rasa Ventolin ni macam kita makan ubat tu la. Ada pahit sikit. Tapi untuk brand Ashtsalin dan Budesonide tu rasanya kuat pahit sikit. Kena minum banyak air kalau tak lekat rasa pahit tu kat dalam mulut. Yang ada kat aku sekarang ada 2 jenis, satu Ventolin dan satu lagi Budesonide. Hospital siap bagi 2 kotak setiap satu sebagai spare. Ambik kau.. heheh... Puncanya sebab masuk hospital malam tahun baru aritu dengan kondisi yang kritikal.
Bila terkenang saat belajar di kolej dulu rasa macam tak percaya aku buleh dapat penyakit ni. Mana taknya, dulu aku boleh dikira agak aktif jugak orangnya. Boleh tahan ler tak duduk diamnya. Walau macam mana pun, ini semua berlaku atas kuasa tuhan. Aku redha. Hanya Dialah saja penyembuhnya.