Hari Rabu lepas aku menonton rancangan 'Bersamamu' kat tv3. Bukan minat sangat pun tapi pasal minat kat 'host'nya yang cun tu jer. Kesian pulak aku nengok kat budak laki dalam slot hari tu, ada penyakit dari dalam perut yang tak dapat dikesan oleh doktor. Skang budak tu terlantar jer kat umah tanpa mampu berbuat apa-apa. Mengikut kata ibunya, ia berpunca selepas pembedahan membuang apendiks yang dilakukan ke atas anaknya. Malah menurutnya lagi, mereka sudah berulang-alik ke hospital setiap tahun bagi mengesan apakah penyakit sebenar yang dialami anaknya itu dan kini dah masuk 8 tahun tapi masih tiada sebarang jawapan lagi dari pihak hospital.
Aku terfikir sejenak. 8 tahun tu. Bayangkan, bukannya 8 bulan, bukannya 8 minggu, bukannya 8 hari dan bukannya 8 jam. 8 tahun..! Sepatah haram jawapan pun tak dapat lagi. Tu belum kira yang setiap bulan kena pegi buat medical check-up kat hospital lagi. Tak termasuk duit ubat lagi. Dah 8 tahun... Apa tujuan suruh datang hospital setiap bulan pun aku tak tahu. Bukannya makin sembuh pun. Hospital kerajaan pulak tu. Takkan tak cukup facility kot. Takkan takde doktor yang terlatih kot. Last-last, emak aku pulak bersuara dari dapur. Kata mak aku "pasal yang sakit tu bukan dari golongan berada, bukan anak dato', anak tan sri... tu yang sampai 8 tahun tu... nak cukupkan lagi 2 tahun baru ler dapat tahu apa penyakitnya...". Aku tersenyum sendirian.
Nasib budak lelaki itu baik kerana mendapat perhatian dari ahli dewan undangan negeri tempatnya. Sekali lagi emak aku bersuara, sayup-sayup dari dapur... "dah masuk tv baru ler nak nampak batang hidung..! selama hari ni.. apa yang kome nampak..?!". Aku tersenyum lagi.
Mungkin betul cakap mak aku tu, kena jadi orang kaya dulu baru dapat bantuan. Kena jadi anak dato', anak tan sri dulu baru boleh dapat bantuan. Kena masuk tv3 slot 'Bersamamu' baru orang nak datang rumah hulur bantuan.
Kesimpulannya.....???
Kesimpulannya.....???
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!