Saturday, April 10, 2010

berita

Sekarang ni aku banyak layan berita mandarin ngan tamil jer. Asal nak tengok berita jer aku akan tune ke saluran tv2. Aku nak cuba ikut seruan kerajaan 1M. Aku cuma layan berita dunia tv1 jam 11.00 malam jer. Memang sepatah haram pun aku tak paham cuma berpandukan pada gambar jer.

Bukannya apa, at least tak le telinga ni penuh sarat dengan bahan kutuk mengutuk antara satu sama lain, sesama bangsa, sesama warna kulit dan sesama agama. Dah tak larat dah deria pendengaran aku menanggung beban tersebut. Apa yang aku faham, warta berita sepatutnya menjadi medium utama bagi memperoleh maklumat dan berkongsi pengetahuan. Tapi kini warta berita dah jadi satu saluran, medan malah medium bagi pihak-pihak tertentu untuk meraih undi dan sokongan dengan cara paling keji di sisi agama iaitu meng'fitnah' dan mengumpat.

Macam manalah seruan 1M nak tercapai kalau dah sesama kaum bangsa dan agama sendiri pun takde perpaduan. Inikan pulak nak menyatukan kaum bangsa dan agama yang lain. Apa ada hal dengan beza warna dan logo bendera kalau betul nak 1M...?!

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!