Pusat-pusat dan rumah-rumah kebajikan anak-anak yatim, oku dan warga emas diarahkan tutup dan ditamatkan operasinya kerana tidak memenuhi syarat piawaian yang dikenakan. Lesen untuk beroperasi juga tidak dikeluarkan, bermakna mereka ini beroperasi secara haram. Baru aku sedar yang sekarang ni kalau nak buat amal jariah dan kebajikan pun kena mintak kebenaran dulu. Kena ikut piawaian dulu. Kena mintak lesen dulu. Ada yang halal dan yang haram rupanya. Tapi aku hairan bila melihatkan pusat-pusat hiburan seperti disko, kelab malam, karaoke, rumah urut, kelab bapuk dan sebagainya diberi lesen untuk beroperasi secara sah. Mungkin minuman-minuman keras yang disediakan telah mengikut piawaian yang ditetapkan dan mendapat kelulusan SIRIM sepenuhnya. Termasuklah juga gro-gro, pelacur-pelacur dan nyah-nyah serta servis urut yang mendapat kelulusan dan diperakui kehebatan serta keberkesanannya kepada pelanggan. Eerrr..., nak buat kebaikan, kebajikan dan amal jariah pun nak kena buat rayuan dulu ker...???
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!