Baru-baru ni kecoh dalam paper pasal budak perempuan kena sorok jin.
Berduyun-duyun dan beratur panjang ler tok moh, pa'wang dan dukun nak menawarkan khidmat mengangkap jin. Masing-masing nak tunjuk skill terpendam. Sampai ada yang ngaku dapat tangkap 12 ekor semuanya. Fuh banyak tu. Abih rumah keluarga budak perempuan tu jadi port lepak jin. Gua tak tau camana cara diorang tangkap jin tu. Mungkin pakai special weapon macam Ghostbuster tu kot.
Lepas jin dah kena tangkap, mak budak perempuan tu claim dapat batu delima pulak. Katanya pemberian encik jin, dengan penuh confident'nya. Baik pulak jin tu yer. Dah sorok anak dara orang bayar ganti rugi balik. Tapi kat alam jin matawang ringgit malaysia tak diguna pakai. Harap maklum.
Beberapa hari yang lepas, si emaknya ngadu yang anak daranya dah hilang balik. Katanya kena bawak lari dengan jin lagi. Pulaknya, tak abih lagi. Hari tu punya confirm si tok moh cakap dah get rid off semua jin-jin tu. Mungkin ada sekor yang tertinggal tak dapat di trace oleh tok moh. Biasa la tu, kesilapan teknikal. Si emak bagitau yang anak daranya ada sms yang beliau skang kat area Gunung Jerai lepak kejap ngan jin. Ada pulak line kat Gunung Jerai tu yer. Hanset apa anak daranya pakai. Teringin gua nak angkat satu.
Last-last, keluar dalam paper hari ini polis jumpa budak perempuan tu kat Seremban. Ada kat rumah sahabat penanya yang baru dikenali kat laman internet. Ahh sudah.. Mana satu yang betul ni. Mungkin beliau naik flight dari Gunung Jerai kot turun Seremban. Mana la tau. Jin kan kaya. Macam Bruce Dickinson tu ada flight sendiri.
Siasat punya siasat, akhirnya budak perempuan tu ngaku yang beliau keluar sendiri dari rumahnya naik bas ekspress ke Seremban dan bukannya ke Gunung Jerai. Beliau turut membawa bersama kad atm dan beberapa ketul batu delima. Beliau juga telah mengaku yang beliau ke rumah sahabat penanya atas dasar kehendak beliau sendiri. Bukannya mengikut atau mendapat jemputan jin.
So, pihak polis pun menegaskan bahawa kes tersebut telah selesai. Jadi bukan ler salah jin. Tak pasal-pasal jin yang dapat busuk nama. Manusia ni ada yang lagi buruk dari perangai jin rupanya. Dah gatal nak kahwin gamaknya anak dara makcik sorang ni.
Cuma satu jer yang gua musykil, yang tok moh dok tangkap selama hari ni apa? Hisshh, tak pasal-pasal satu Malaysia kena tipu. Mak ngan anak sama jer.
Pengajaran : Tak baik tipu, dosa weh..
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!