Thursday, October 28, 2010

Ningsun, Mr. Richard & Warali...

Baru abis nonton Durja Ningsun tadi. Episod highlight.
"Mr. Richard penjajah..!", kata Si Warali. Warali memang tak suka orang Inggeris tapi lain pula bagi Ningsun.
Ningsun jatuh hati pada kebaikan Mr. Richard. Begitu juga buat Mr. Richard yang ikhlas menyayangi Ningsun. Mr. Richard memang baik dan ikhlas mahu memperisterikan Ningsun. Mereka tak pernah terlanjur dan Mr. Richard tak pernah ambil kesempatan pada Ningsun.
Namun, lain pula bagi Si Warali. Beliau memang dah lama benci dengan Si Richard. Selama hari ni pun, Warali cuma pura-pura baik dengan orang British tu. Tambah pulak bila mengetahui Mr. Richard dengan Ningsun bercinta. Lagi la hangin satu badan Warali.
Memang Mr. Richard penjajah. Tapi beliau tak pernah mengambil kesempatan pada bangsa yang dijajah. Beliau tak pernah usik anak dara bangsa yang dijajah. Inikan pula nak merogol anak dara bangsa yang dijajah.
Tetapi, bangsa yang dijajah sanggup pula merosakkan sesama bangsa yang dijajah sendiri. Sanggup merogol wanita dari sesama bangsa yang dijajah. Tak cukup dengan itu, sanggup memfitnah sesama bangsa yang dijajah dengan menggelar sebagai pelacur. Tak cukup lagi, siap ajak anak sendiri join the club sekali. Baikkan ayah dia..?!
Berpuluh tahun Ningsun menanggung aib bahana fitnah dari lelaki yang sesama bangsa dijajah. Berpuluh tahun Ningsun terseksa batinnya akibat dari nafsu rakus serakah lelaki-lelaki dari sesama bangsa yang dijajah.
Tiada siapa yang tahu cerita di sebaliknya. Tiada siapa juga yang ingin mengambil tahu kisah penderitaannya. Apa salah Ningsun. Apa dosa mayatnya yang menahan fitnah Warali selama berpuluh tahun. Maka, episod tadi adalah penentuan. Penentuan kepada kebenaran yang sebenar.
Oh yer, baru aku sedar bangsa yang dijajah tadi tu adalah bangsa aku sendiri. Padan la aku nak termuntah bila orang-orang logo penimbang tu laung "ketuanan... ketuanan...".
Tak abis-abis datuk nenek moyang kita salahkan penjajah. Tapi lupa yang anak cucu bangsa sendiri perosak bangsa sendiri. Hmm.... kesian atok.

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!