Wednesday, December 29, 2010

Arwah Ayah

Arwah ayah aku seorang yang boleh di kira kuat agama juga orangnya walaupun tak nampak alim. Arwah seorang penyokong dan pengundi parti PAS. Namun, ketika orang lain sibuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan agama, lain pula bagi arwah ayah aku. Arwah mengambil keputusan untuk menghantar aku dan adik ke sekolah 'Methodist'. Beliau tidak menghiraukan sedikit pun persepsi orang lain tentang sekolah jenis methodist ni. Beliau langsung tak takut kalau-kalau anak-anaknya terjerumus dengan pengaruh Christian dan Yahudi seperti yang digembar-gemburkan orang. Niat beliau hanya satu iaitu mahu melihat anak jantannya yang 2 kerat ni boleh berbahasa, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Itulah salah satu impian arwah dulu.
Sekolah zaman dulu-dulu ada jenis 'Malay Medium' dan 'English Medium'. Ayah aku tak dapat masuk 'English Medium' so arwah frust sikit bila tengok anak-anak melayu yang layak time tu fluent berbahasa Inggeris. That's why kenapa arwah hantar aku dan adik ke sekolah orang putih meskipun yurannya agak tinggi berbanding dengan sekolah-sekolah biasa yang lain. Bukan maksudnya sekolah kebangsaan biasa tu tak bagus, tapi sebagai ketua keluarga arwah mahukan yang terbaik untuk kami berdua.
Alhamdulillah, impian arwah tercapai. Walau tak sebagus menteri-menteri Englishnya but at least mat dan minah saleh takde chance la nak tipu kami berdua. Dari segi pelajaran pun taklah bagus mana sangat. Kerja pun taklah berpangkat besar tapi arwah tahu yang sekurang-sekurangnya aku dan adik tak buta English. Jangan tak tahu, budak-budak yang masuk universiti tersohor tempatan pun ada yang Englishnya hancur.
Kata sesetengah pihak yang merasakan mereka tu golongan yang pandai dan celik agama bahawa sekolah jenis methodist ini kuat pengaruh Christian dan Yahudi. Ini bisa memesongkan akidah pelajar-pelajar melayu khususnya. Bagaimana pula bagi yang bukan melayu tetapi beragama Islam? Macam-macam lagilah kata golongan tertentu ni.
Well, dari standard 1 hingga form 5 aku dan adik di sekolah methodist tapi tak pernah pulak lagi aku dengar ada sesiapa yang suruh mahupun menghasut para pelajar melayu untuk keluar dari agama. Tak pernah dan takde langsung. Ustaz dan ustazah diberi sepenuh kuasa dan kepercayaan oleh pengetua yang berbangsa cina christian untuk menjalankan aktiviti atau program khas buat para pelajar melayunya. Cuma masalahnya, pelajar melayu ni saja ada yang degil tak mahu turut serta dan termasuklah aku sendiri. Bila difikirkan balik, malu pulak rasanya.
Kesimpulannya, apa guna masuk sekolah agama tapi bila tamat belajar jadi pengebom berani mati. Bunuh orang-orang yang tak berdosa malah membunuh diri sendiri. Adakah ini yang dinamakan 'Syahid'? Adakah Syahid itu bermaksud meletupkan diri sendiri? Inikah yang dinamakan 'Jihad'?
Tanya hati dan ingat apa niat yang sebenarnya. I'm a Muslim's and I have faith too.

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!