Sunday, December 26, 2010

I'm a Muslim's too.


Kecoh jugak ler dalam facebook sehari dua nih dek pasal upcoming show kat atas tuh. Sampai ada yang sanggup melabelkan sesama manusia dengan gelaran yang aku sendiri pun meremang bulu satu badan membacanya. Mungkin individu tersebut terlupa dan tak sedar bahawa beliau telah membuka 'pekong'nya sendiri.

Peminat muzik metal di sini sudah lebih bijak dan matang kini dalam minat muzik mereka berbanding dengan dahulu. Saya kira mereka sudah pun maklum sendiri bagaimana nak membezakan antara muzik dan ideologi mahupun culture. So tak perlulah nak melabelkan peminat muzik sebegini dengan bahasa-bahasa yang kasar dan tak menyedapkan.

I'm a Muslim's too and I have Faith. I only believed in Allah S.W.T. which is the only god and Muhammad is the messengger. I'm not a satanic worshipper nor even satanic follower. I'm just a normal person and human being same as you are. I'm just a Music Lover who interested in Metal. That's all. Watching this band performance or listen to their songs would never ever change my believe's and IMAN's. Insyaallah...

3 comments:

  1. bro, aku dengan kau mungkin ok. Kau boleh jamin semua orang yang tengok tu iman dah teguh?

    ReplyDelete
  2. mungkin iman masing-masing tak seteguh mana, termasuklah kita sendiri bang. saya pon tak kuat mana iman saya tapi saya percaya setiap orang yang pegi show tu ada 'gap' @ limit dan tahu 'gap' @ limit mereka sendiri. kita pon tak boleh kata yang kita ni iman kuat just semata-mata kerana rajin beribadat. lagi satu tak perlulah nak melabelkan sesama manusia dengan statement yang tak enak tu just semata-mata kerana kita arif sesuatu perkara. untuk diri saya sendiri, saya sentiasa letak 'gap' atau limit dan saya sentiasa ingat dan respek 'gap' @ limit saya tu.

    ReplyDelete
  3. tengok band yang main tu sendiri dah nampak yang gap kau letak pada diri kau (dan kau percaya semua orang yang hadir tu pakai gap yang kau fikir tu) tak valid. Iman sampai boleh kutuk agama sendiri.

    Ia akan membuka ruang...

    "Aisey... dia boleh takkan aku tak boleh?"

    Bermula dengan satu kemudian akan bercambah makin banyak.

    Katalah penyanyi macam Justin Bieber atau Rihanna datang Malaysia kemudian nyanyi lagu "Islam haram jadah", apa reaksi kita? Dan kau pakai gap kau tu, maka makin ramai artis macam tu dengan lirik yang sama datang Malaysia buat show. Persepsi kita memang nak defend apa yang kita minat.

    Kalau kawan kau maki hamun mak kau adakah kau akan berlembut dengan dia. Contoh, "Mak kau pelacur". Walaupun statement dia tak betul tapi adakah kau nak letak gap kau juga pada pemaki itu?

    Macam tu lah sesetengah reaksi orang apabila mereka menulis dan menyanyikan

    "Judiasm and Christianity,
    ISLAM, Hindu and Buddhism..
    Are feeble created rubbish,"

    walhal yang menyanyi tu memang orang ISLAM!

    ReplyDelete

leave your comment or leave this site!!