Saturday, June 26, 2010

terfikir tertanya...

Dalam paper hari ni...
Kerajaan tidak meluluskan lesen judi bola sepak seperti yang diwar-warkan di parlimen sedikit masa dahulu. Kerajaan negeri Perak bersama MBnya Dato' Seri Zambry Abdul Kader terdahulu telah menyuarakan rasa tidak setuju dan menentang sekeras-kerasnya cadangan lesen judi tersebut. Masih ada lagi orang-orang "besar" ni yang punya kesedaran agama dan tahu membezakan yang mana halal dan haram. Jangan dek kerana ada pangkat menteri, sampai yang haram pun boleh nak dihalalkan, yang dosa pun boleh dipahalakan. Jangan sama sekali hendaknya. Kadang-kala membuat aku terfikir dan tertanya-tanya pada diri sendiri..... Malaysia ni sebuah negara Islam yang berpegang teguh kepada agama atau hanya sekadar negara yang berpegang kepada etnik bangsanya sahaja..?

Saturday, June 19, 2010

Setan Merah, Si Biru, Kolam Hati & Gudang Senjata

bajet letak mamat-mamat "Setan Merah", "Si Biru", "Kolam Hati" dengan "Gudang Senjata" tu dah cukup ampuh la untuk qualify. penyudahnya, tersungkur jugak. pasni, gerenti ada yang kena pelangkung bila sampai jer ke tanah jajahan sendiri especially si cikgu Itali tu yang dah tentunya jadi main target sebaik saja mencecahkan kaki ke airport. tahun 66 dulu menang pun sebab bebudak samba and the others tak tahan dengan corak keras dan agresiveness you all. at that time pun sistem pengadilan masih di tahap bawah sedar lagi. so, what's left for "si bendera putih bersalib merah" ni??

sembang...

petang ni, macam biasa aku akan bagi rezeki dan tambah rezeki kat mamak seberang jalan rumah aku. aku memang baik, selalu bagi rezeki dan bersedekah kat orang lain. itu lebih elok dari aku merempit dan usung anak dara orang sana sini. cuma satu jer yang tak eloknya, sure aku tinggal solat maghrib punye. semua ni TV1 punye pasal ler. penaja dan penyiar rasmi konon. konon siap ada live, delayed dan ulangan lagi. penyudahnya, live ntah ke mana, delayed haram, ulangan langsung ler. promote dalam tv hari-hari sampai macam nak pecah tv rumah aku. macam le Malaysia ni qualified jer. sembang orang melayu betuiii...

Thursday, June 17, 2010

so....

segala-galanya berkaitan dengan soal hiburan di negara tercinta ini. hiburan yang sudah dan terlalu melampau. targetnya sudah tentulah anak-anak muda. anak-anak muda sekarang dan beberapa tahun yang akan datang, akan mula hilang minatnya terhadap pengajian tinggi di universiti, kolej mahupun mana-mana institusi pengajian yang disediakan. jangan terkejut sekiranya suatu haru nanti ada institusi-institusi ini yang akan gulung tikar. sudah tentu AF, Malaysia Idol, One In a Million dan sebagainya akan jadi pilihan anak-anak muda ini suatu hari nanti. sijil-sijil kelayakan hanya akan tinggal nama sahaja.
takut..? risau..? mengapa perlu takut dan risau..? bukankah kita sendiri lebih menyanjungi para penyanyi dan pelakon? bukankah kita sendiri yang menjadikan mereka ini sebagai ikon kita? bukankah kita sendiri yang menggalakkannya? pernahkah kita hendak menyanjungi para tokoh-tokoh agama, ulama-ulama, ustaz dan sebagainya. pernahkan kita hendak memberi pengiktirafan kepada mereka ini seperti mana kita memberi pengiktirafan kepada para penyanyi dan pelakon? ketua, pemimpin dan wakil yang mana peka kepada kehendak hiburan dan keseronokan, inilah yang menjadi pilihan utama kita. kita lebih risaukan kepada ketiadaan tempat-tempat hiburan dan keseronokan daripada perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan seharian.
So, it's all about entertaiment...

kiri @ kanan?


pilih...
apapun pilihan anda, itu hak anda.
tapi jangan sampai lupa akan asal kejadian kita.
ingat...
lahirnya kita sebagai seorang Muslim adalah perkara yang paling terindah dalam kehidupan dan kejadian manusia tanpa kita sedari sendiri.
(mylifeisepic.wordpress.com)

Wednesday, June 16, 2010

jelik...

Dah berapa hari dah, aku dok kaya-kan tokey kedai mamak jer. Rasanya dalam sebulan ni mau rekod bersih aku dalam menjadi pengunjung setia kedai mamak. Mak aku dah malas nak cakap dah. Apa bole buat, anak orang lain pun macam aku jugak.
Sejak kedai-kedai mamak ni dah buat free WI-FI, kemudahan untuk para pengunjung yang nak online. Yelah, line free la katakan. Barang free sapa yang tak nak! Tapi bagi aku ia sangatlah menyusahkan dan menjelikkan. Terutama bagi yang bertujuan nak datang makan minum dan tengok live bola.
Personally, aku merasakan pengunjung-pengunjung spesis online ni amatlah menyemakkan dalam kedai mamak tu. Kena pulak time demam bola ni, amatlah menjelikkan. Weiii, kalo dah nak online sangat dok umah je lar lagi baik. Beli laptop mahal-mahal, macam-macam brand pulak tapi takkan nak bayar line streamyx yang berapa puluh je pun tak mampu! Kan skang ni dah macam-macam pakej streamyx dah ada. Pilih jer la... bukan mahal mana pun. Kalo tak, jangan usung laptop korang tu ke sana ke mari. Ada setengah tu, kejap ketika tu jugak ler nak online facebooknyer la, nak blogging la, nak buat assignment la dan macam-macam pe'el lagi ler. Nampak sangat 'palo'nyer (bahasa orang Perak)...
Yang menghairankan tu, datang bukan main lagi dengan baju bola masing-masing. Dah tu layan je lar bola kat tv tu, buat per yang nak sibuk kejap ketika tu jugak nak ber-onlinenyer. Kesian le kat orang-orang yang datang semata-mata nak tengok bola ni. Semalam jer dah berapa orang dah yang dok online time game tengah main. Duduk depan dekat tv pulak tu padahal bukan nak tengok pun. Orang yang tengok bola pun dok jauh belakang semata-mata kerana manusia-manusia kemaruk dan perasan 'IT'nya ni. Nak kata keje hebat sangat tak jugak. Kot keje web designer ke takpe le jugak. Ini haram! Gua yang keje kat printing company as a designer pun takde nak usung pc sana sini. Orang lain tengok aku pun diorang tak tau ape keje sebenar aku. Ingat aku budak haprak jer..
Buat manusia-manusia spesis online ni, gua kasi last warning sama lu orang...
Jangan sampai gua bawak pc rumah gua complete sekali dengan speaker kat kedai mamak tu!! Lu orang punyer ada seketul jer, tapi gua selambak!!!

marah.. marah.. marahhh...

Marah...
Semalam pun marah..
Hari ni pun still lagi...
Minggu lepas punyer marah pun belum reda lagi...
Tengok orang rasa nak pukul jer, rasa nak pijak, rasa tikam pun ada...
So kalo tak nak kena tikam jangan memandai buat lawak bangang depan aku dalam sehari dua ni...