Dalam paper hari ni...
Kerajaan tidak meluluskan lesen judi bola sepak seperti yang diwar-warkan di parlimen sedikit masa dahulu. Kerajaan negeri Perak bersama MBnya Dato' Seri Zambry Abdul Kader terdahulu telah menyuarakan rasa tidak setuju dan menentang sekeras-kerasnya cadangan lesen judi tersebut. Masih ada lagi orang-orang "besar" ni yang punya kesedaran agama dan tahu membezakan yang mana halal dan haram. Jangan dek kerana ada pangkat menteri, sampai yang haram pun boleh nak dihalalkan, yang dosa pun boleh dipahalakan. Jangan sama sekali hendaknya. Kadang-kala membuat aku terfikir dan tertanya-tanya pada diri sendiri..... Malaysia ni sebuah negara Islam yang berpegang teguh kepada agama atau hanya sekadar negara yang berpegang kepada etnik bangsanya sahaja..?
ermm..tepat sekali, aku setuju ngan entry ni... tahniah
ReplyDeletesatu malaysia la katakan...
ReplyDeletemekacihh..