7 hari jer lagi...
start next week sampai ler bulan depan, ramai yang datang ke opis dengan mata bengkak tak cukup tido. topik perbualan pun bakal berubah buat sementara waktu. orang yang tak tahu-menahu langsung pun akan turut sama bersembang nak tunjuk terror. padahal mana rupa rumput pun tak kenal. padang depan rumah pun tak pernah ada hati nak pijak.
petang tadi kat opis, boss aku sudah sound sama aku.. katanya nak bawak masuk tv satu..
memang bagus aku katakan cadangan beliau tu. lagi meriah ler keadaan opis dengan hiruk pikuk sorakan manusia-manusia. aku cakap kat boss... nak lagi best kasi masuk flat screen 40' inch nyer. lagi real boss...
tapi, design work yang berlambak dalam tray tu sapa nak tolong settlekan pulak?
trimas boss kerana memahami ku. dalam sebulan tu kita rest kejap work kita yer boss...
boss takyah keluar pegi buat marketing dan aku takyah teruk-teruk nak ngadap monitor siapkan dateline. tak gitu boss...?!
gaji still jalan yer... boss..!?
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!