Wednesday, June 16, 2010

jelik...

Dah berapa hari dah, aku dok kaya-kan tokey kedai mamak jer. Rasanya dalam sebulan ni mau rekod bersih aku dalam menjadi pengunjung setia kedai mamak. Mak aku dah malas nak cakap dah. Apa bole buat, anak orang lain pun macam aku jugak.
Sejak kedai-kedai mamak ni dah buat free WI-FI, kemudahan untuk para pengunjung yang nak online. Yelah, line free la katakan. Barang free sapa yang tak nak! Tapi bagi aku ia sangatlah menyusahkan dan menjelikkan. Terutama bagi yang bertujuan nak datang makan minum dan tengok live bola.
Personally, aku merasakan pengunjung-pengunjung spesis online ni amatlah menyemakkan dalam kedai mamak tu. Kena pulak time demam bola ni, amatlah menjelikkan. Weiii, kalo dah nak online sangat dok umah je lar lagi baik. Beli laptop mahal-mahal, macam-macam brand pulak tapi takkan nak bayar line streamyx yang berapa puluh je pun tak mampu! Kan skang ni dah macam-macam pakej streamyx dah ada. Pilih jer la... bukan mahal mana pun. Kalo tak, jangan usung laptop korang tu ke sana ke mari. Ada setengah tu, kejap ketika tu jugak ler nak online facebooknyer la, nak blogging la, nak buat assignment la dan macam-macam pe'el lagi ler. Nampak sangat 'palo'nyer (bahasa orang Perak)...
Yang menghairankan tu, datang bukan main lagi dengan baju bola masing-masing. Dah tu layan je lar bola kat tv tu, buat per yang nak sibuk kejap ketika tu jugak nak ber-onlinenyer. Kesian le kat orang-orang yang datang semata-mata nak tengok bola ni. Semalam jer dah berapa orang dah yang dok online time game tengah main. Duduk depan dekat tv pulak tu padahal bukan nak tengok pun. Orang yang tengok bola pun dok jauh belakang semata-mata kerana manusia-manusia kemaruk dan perasan 'IT'nya ni. Nak kata keje hebat sangat tak jugak. Kot keje web designer ke takpe le jugak. Ini haram! Gua yang keje kat printing company as a designer pun takde nak usung pc sana sini. Orang lain tengok aku pun diorang tak tau ape keje sebenar aku. Ingat aku budak haprak jer..
Buat manusia-manusia spesis online ni, gua kasi last warning sama lu orang...
Jangan sampai gua bawak pc rumah gua complete sekali dengan speaker kat kedai mamak tu!! Lu orang punyer ada seketul jer, tapi gua selambak!!!

2 comments:

  1. dasat la ko nyer observation, kat area mana ni? aku pun pikir mende sma cam ko, nasib baik aku tak de laptop jer, klu tak nk jer aku bawak laptop, gi dok sebelah org nya gile IT ni, siap bawak printer dan tulis besaq2 "JANGAN DOK LEPAK LAMA2 NGAN LAPTOP KORG, SEBELUM AIR TEH TARIK NI TERSIMBAH KAT MEJA HANG"...

    ReplyDelete
  2. huhuh... ingat aku sorang jer rasa camtu..
    syabas bro... syabas inspector sahab..

    ReplyDelete

leave your comment or leave this site!!