Tuesday, March 16, 2010

1997 & 2001


Langsuyr - Tangisan Embun Pagi (Penang MetalFest 1997)
p/s : time 97 ni aku baru form 2, tengah berjinak-jinak lagi. aku dedicate khas buat hang Zaharul Nizam (Lone). hang le orang pertama yang aku kenal kat kolej dulu (2001) yang layan muzik sama macam yang aku minat, bebudak lain semua gila linkin park korn tak korn, rimas aku!

Walimatul Urus Zaharul Nizam..


Hari Ahad semalam, aku ke Batu Hampar, Beruas. Meraikan majlis perkahwinan kawan yang sama-sama di kolej dulu. Zaharul Nizam atau lebih senang dikenali dengan panggilan 'Lone' diijab kabulkan bersama pasangannya dari Kedah yang aku sendiri pun lupa nak tanya nama isterinya. Bagaimana mereka berkenalan pun aku tak tanya. Sorry, i'm not a reporter yang suka terjah-terjah macam kat tv3 tu.

Zaharul Nizam dan pasangannya mengenakan sut pengantin berwarna hijau katak pisang sedang enak bersantapan ketika aku baru sampai ke rumahnya. Dengan hanya berbekalkan address yang di'sms'kan 'Lone' kepada aku dua hari sebelum tarikh perkahwinan, aku dengan selambanya pegi mencari rumah Lone tanpa sebarang petunjuk arah pun. Jenuh le bertanya dengan orang-orang kat situ. Nasib baik le diorang kenal dengan bapak member aku ni. Takpe, yang penting aku sampai.

Tak ramai member-member kolej yang hadir pun. Yang ada pada hari tu, Munir and wife together with their daughter, Boreh, Poppie dengan rambut barunya dan aku yang semakin membesar dengan sihat bagai budak Milo. Trong pun ada juga. Macam biasalah, oleh kerana dah lama tak bersua maka pada hari itu bolehlah diibaratkan macam slot 'jejak kasih' cuma tanpa sebarang linangan air mata. Walaupun tak ramai member-member yang hadir at least dapat jugak la melepas kerinduan masing-masing. Paling aku tak tahan dan tak boleh lupa bila Lone tanya kat Boreh, "nak air ketum tak..?", ni import khas dari Kedah katanya. Dengan selamba dan tanpa rasa segan silu, si Boreh meneguk tonik tersebut sehingga licin seplastik di depan mata emak aku yang turut aku bawa bersama. Bukan dia sorang je pun yang teguk, orang lain pun sama. Lantak korang le, jangan ada yang terbalik atau jatuh masuk gaung keta sudah.

Gambar pun tak dapat nak ambik banyak sangat, maklum le si pengantin pun sibuk melayan tetamu yang hadir. Frust jugak sebab aku tak dapat nak bergambar dengan Lone termasuk le member-member yang lain walaupun kamera dah bawak. Tapi yang pentingnya, aku dah sampai rumah hang Lone. Hang bila lagi nak datang rumah aku?!

Poppie dengan rambut baru...

wife dan anak Munir..

Saturday, March 13, 2010

Thrash


Athotorgh - Bath In Sin

p/s : ipoh thrash talak sombong...!!