Friday, December 23, 2011

N.D. - TWFNS


Cadangnya nak ambik 'Destruction' tapi ntah camana tukar yang ni pulak. Tak pernah mengecewakan. Heavy, fast and intense. That's all i can say.

Tuesday, December 20, 2011

Old Automatic Garbage vs Young & Dangerous

agak-agak sapa menang? dek kerana sehelai bendera pun sampai nak meludah-ludah padahal yang empunya diri diam buat 'donno' jer. yang berkopiah pun ada yer.

geng Old Automatic Garbage


geng Young & Dangerous


apa perasaan engkau kalau anak engkau sendiri orang ludah?

Sunday, December 18, 2011

sunat

Cuti hujung tahun ni kebiasaannya memang tak boleh lari dari kenduri kahwin. Baik kepada yang menganjurkan mahupun yang menghadiri. Tak lupa jugak time nilah masa paling sesuai nak buat kenduri berkhatan atau dalam bahasa 'old school'nya bersunat.

Sebut pasal bersunat ni teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Dulu, aku bersunat buat kenduri kat kampung rumah arwah atuk. Tapi aku tak ler guna Tok Mudim, aku sunatnya kat klinik kampung aku. Masa tu ada satu klinik tu kat pekan Parit, namanya Klinik Jamal. Klinik Jamal ni masa tu memang top lar kalau kat belah-belah Bota sampai ke Parit. Kiranya dalam kawasan Perak Tengah tu memang Dr. Jamal ni pegang ler. Otai...!!


Seminggu duduk kampung, arwah nenek ler yang jaga aku dari makan minum sampai ler mandi, basuh luka semua. Ingat lagi, arwah nenek bagi sejenis alat bentuk macam tempurung. Tujuannya untuk nak cover gua punya anu hehe... Itu ok ler lagi, kena masa nak cuci luka tu yang paling azab rasanya. Ngilu bila aku ingatkan sampai sekarang. Kalau nak tahu, alat cover anu tu dah digunakan oleh kesemua cucu-cucu lelaki nenek. Haa... dasyat gua cakap lu.


Makan pun kena pantang, takleh makan yang gatal-gatal. Ayam, udang, sotong dan apa sahaja yang boleh mendatangkan gatal ler. Kalau tak, menggaru ler yob! Orang dulu-dulu punya stail memang rumit sikit. Tak macam sekarang, lepas sunat terus boleh makan KFC! Mak aihh..., idak menggaru ker malam karang yob..?!

Adik aku pun bersunat dekat Dr. Jamal jugak. Tapi, masa time adik aku bersunat pulak ada stail jenis bubuh sarung atau 'clamp' kat bahagian kepala anu tu. Sebenarnya bersunat jenis pasang 'clamp' tu sangatlah merbahaya. Tau pasal apa aku kata merbahaya? Mana taknya, kalau anu engko tegang tengah-tengah malam tak ker pedih rasanya! Tengok adik aku cukup ler, melalak kawan tu sampai naik takut nak tidur dah adik aku. Penyudahnya, esok tu jugak mak ngan arwah ayah aku pergi balik ker klinik. Nak mintak kat doktor tolong tanggalkan, tak boleh lagi katanya. Kena tunggu dua tiga hari lagi baru boleh bukak. Nasib baik ler Dr. Jamal ada bagi ubat bior anu adik aku tu tak tegang malam-malam.

Bagi yang jenis anunya tak aktif tu takpe ler. Mak aku pernah berpesan, "komer esok kalau ada anak laki, jangan haruih nak sunat jenis pakai clamp-clamp tu, idak jadi ler macam adik kamu tu..".

Bila citer pasal sunat ni tiba-tiba jer rasa seram-seram pulak. Nasib baik sunat sekali jer yer.. hehe... Tapi yang bestnya, pasal gua dapat banyak duit orang kampung sedekah. Nasib baik lar time tu hanset belum ada lagi.


Last yang aku tahu dari mak, Klinik Jamal tu sekarang dah tutup. Orang-orang kampung citer, Dr. Jamal tu dah arwah, meninggal kerana kemalangan lajan raya beberapa tahun yang lalu



jangan kata budak, aku pun gerun nengok ni..!

Friday, December 16, 2011

Sehidup Semati

2011 tahun yang takkan aku lupakan. Banyak perkara-perkara yang terjadi di sepanjang tahun ini. Cukuplah sekadar aku menyambut tahun baru 2011 yang lalu dalam wad hospital 'separuh kritikal'. Ditambah pula dengan adik aku juga bermalam di wad hospital kerana 'chicken pox'nya. Namun yang paling tak akan ku lupa adalah permergian dua insan tersayang dalam hidup ku berikut-ikut.


Atuk meninggal pada 21 Ogos 2011 di ketika semua umat Islam sedang sibuk menyiapkan persiapan Aidil Fitri. Suatu pemergian yang tak disangka-sangka. Aku bernasib baik kerana sehari sebelum hari arwah meninggal, aku dan ibuku telah pulang ke kampung untuk mengemas dan membersihkan rumah arwah atuk. Pada esoknya, selepas sahaja kami selesai berbuka puasa kami menerima panggilan dari saudara di kampung mengatakan atuk dah meninggal dunia.


Tinggallah nenek seorang diri dan kami bersepakat untuk membawa nenek tinggal bersama kami. Memang dah lama ajak atuk dan nenek tinggal bersama kami namun mereka tetap berkeras tidak mahu meninggalkan rumah di kampung.


Namun, ku sangkakan panas rupanya hujan di tengah hari. Cukup dua bulan selepas pemergian atuk, nenek pula menyahut seruan Ilahi. Kami pasrah dengan ketentuan-Nya walau dalam hati sedih dan pilu menyelubungi. Nenek meninggal setelah 3 hari mengalami koma. Arwah nenek telah koma di rumahku sebelum itu. Sempat juga kami membawa arwah ke hospital namun segalanya telah terlambat. Pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa kerana komplikasi yang dialami nenek telah lama berlaku. Doktor pakar telah mengesahkan bahawa berlaku pendarahan di dalam otak dan diikuti juga dengan jangkitan kuman pada hati. Doktor menegaskan komplikasi ini telah lama terjadi dan sudah terlambat untuk diselamatkan.


Rasa bagai nak gugur jantung aku bila mendapat perkhabaran itu. Aku tak mampu berkata apa-apa selain menangis di situ juga. Lemah seluruh badan ku rasakan. Akhirnya kami sepakat untuk membawa nenek pulang ke kampung. Kami tahu nenek rindukan rumahnya kerana sehari sebelum nenek koma, ibuku ada bertanya kepadanya samaada ingin pulang ke kampung dan arwah hanya mengerdipkan mata sambil menitiskan air matanya bila ditanya ibu. Doktor juga menyarankan kepada kami agar membawa nenek pulang kerana sudah tiada apa lagi yang boleh dilakukan.


Dan selepas dua hari koma, di hari ketiga sejurus selepas kami dan saudara-mara selesai mengerjakan solat hajat maka pergilah nenek buat selamanya. Nenek menyahut seruan Ilahi di waktu dan tarikh yang sama dengan arwah atuk. Suasana pilu menyelubungi rumah di kampung. Kami pasrah dengan ketentuan-Nya.


Kini, semuanya tinggal kenangan.


Selalunya, bila tiba cukup bulan atuk akan menelefon kami berpesan supaya ambilkan gajinya (pencen). Memang dah jadi rutin harian kami sekeluarga untuk pulang menghantar duit pencen sekaligus membawanya keluar membeli barang dapur. Dalam sebulan tu, boleh kata hampir setiap minggu jugaklah kami pulang ke kampung. Lagipun bukannya jauh sangat, nun kat Bota Kanan jer. Tapi kini, semuanya dah tiada. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga rasa macam atuk telefon jer. Kadang-kadang aku menangis sendirian.


Bila terpandangkan tongkat dan 'wheelchair', aku tak mampu dari menahankan air mata kerana teringatkan nenek. Aku masih ingat lagi masa aku bersunat dulu, neneklah yang menjaga dan membersihkan segala lukaku. Banyak jasa atuk dan nenek pada cucu-cucunya.


Rasa macam baru semalam atuk dan nenek pergi meninggalkan kami. Atuk dan nenek memang pasangan yang setia dan amat kasih akan satu sama lain. Mereka adalah pasangan yang tak boleh dipisahkan. Mungkin inillah yang sering dikatakan sebagai sehidup dan semati.


Tak tahu bagaimana untuk aku tamatkan 'entry' ini sebenarnya. Yang pasti, aku amat rindukan mereka. Yang tinggal kini hanya gambar dan kenangan.


Sehidup dan semati...


p/s : maaf, entry kali ni sedikit emosional. inilah antara penyebab kenapa saya lama tak menulis.

untitle...

Dah lama juga tak menulis. Macam tergantung pun ada dah blog. Nak kata dah mati tak jugak, nak kata hidup pun dah macam nyawa ikan je. Dalam hati ni memang sentiasa terpanggil untuk menulis tapi masalah mood membataskan segalanya. Ya, memang mood agak tak berapa baik dalam sebulan dua ni. Tapi yang pasti, blog ini takkan pupus. Insyaallah...

Monday, November 28, 2011

Tuesday, October 11, 2011

so long.....

Lama betul tak update blog. Cerita ada bukan takde. Ikutkan hati macam-macam nak ditulis. Yang best dan tak best. Cuma masa sekarang tidak mengizinkan untuk berbuat demikian. Banyak benda dan perkara yang perlu di'concentrate'kan terlebih dahulu. Namun sindrom MALAS tetap menjadi faktor utama. Sabar dan tunggu. Itu pun kalau ada yang sudi atau ada follower setia yang secara tak sengaja.

Wednesday, September 07, 2011

Aidilfitri

Raya.. raya... raya... walaupun yang bekerja dah balik bekerja, yang belajar dah sambung belajar balik, raya tetap raya. Syawal kan sebulan. Cuma sambutannya saja yang tak macam sambutan raya pertama dan kedua.

Raya kali ini adalah raya yang pertama tanpa datuk yang baru saja meninggal dunia seminggu sebelum raya. Kalau sebelum ini, beraya tanpa ayah yang juga meninggal seminggu tetapi seminggu sebelum puasa. Namun raya tetap raya, tak boleh sedih-sedih sangat. Yang dah pergi biarkan pergi, tuhan lebih menyanyangi mereka. Andai teringatkan arwah, sedekah sahaja al-fatihah. Itu yang lebih baik dari menangis tak henti-henti.

Bagi sesetengah orang, hari raya adalah seperti medan atau medium utama untuk mereka. Medium untuk sebuah showcase.

Hari raya bukan tempat atau masa untuk nak buat 'car show' bagi yang nak tayang kereta baru, kereta mewah mahupun secondhand walau sebahagian besarnya bawak balik kereta sewa. Tapi lagaknya mengalahkan dari orang yang punya kereta sendiri. Lebih-lebih lagi yang balik dari KL tu.... beware yop. (KL kereta sewa murah weh..!!)

Hari raya juga bukan tempat untuk organize fesyen show walaupun ada setengah tu kerja tak besar mana pun tapi bergaya dah kalah pegawai eksekutif.

Hari raya adalah hari kemenangan setelah sebulan menahan nafsu, nafsu makan, nafsu mata, nafsu telinga, nafsu mulut dan nafsu syahwat. (khas buat yang berpuasa sahajalah..!) Maka, jangan jadikan raya sebagai hari untuk buat showcase.

Namun, raya sekarang memang dah tak sama macam raya dulu-dulu waktu aku kecik-kecik. Mana taknya, ketika itu kanak-kanak dan remaja-remaja masih bebas tangan serta pala otaknya dari pengaruh hanset dan facebook.

Raya dahulu lebih meriah dan disambut penuh kesyukuran berbanding sekarang.

Ada juga yang sengaja suka menimbulkan kekecohan tak kira raya ke tak raya. Orang sibuk buat persiapan nak beraya, yang sorang lagi ni pulak sibuk nak berceramah politik sana sini sedangkan kopiah tak pernah lekang di kepala.

Yang terbaru dan terhot adalah 'komunis adalah wira sebenar...' kata timbalan presiden PAS sendiri. Hadui... masih ada yang tak tahu bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi negara. Kadang kala buat aku tertanya-tanya, apalah masalah sebenar orang-orang macam ni?

Kalau rasa tak suka pada negara ni, kenapa tak keluar saja dari sini pergi negara lain. Kalau dah memang sistem pemerintahan negara ini sekular, tapi kenapa masih nak harapkan subsidi kerajaan dan pinjaman PTPTN? Kenapa masih nak hantar anak-anak ke sekolah-sekolah kebangsaan dan universiti-universiti kerajaan?

Tak paham, tak paham dan tak paham...

Akhir kata, buat seluruh umat Islam di negara ini, bersyukurlah kita kerana masih dapat menyambut syawal dengan aman makmur dan meriah. Lihat sahaja saudara-saudara Islam kita di negara-negara lain yang mana menyambut syawal dengan bom atom, peluru berpandu dan peluru bertebangan beserta jet pejuang sana sini.

Jadikanlah iktibar dan bersyukurlah ke hadrat Ilahi.

Thursday, August 18, 2011

sharing II

Rebutlah nikmat pahala di 10 malam terahir ramadhan.

di penghujung...

Sedih apabila ramadhan hampir ke penghujungnya namun gembira bagi yang memang ternanti-nanti bilalah nak abisnya puasa ni. Itu bagi yang tak pernah berpuasalah.

Satu perkara yang tak boleh dilupa, bapa aku meninggal dunia seminggu sebelum ketibaan ramadhan.

Samaada kita sedar atau tidak, orang yang tak berpuasa, yang malas puasa dan yang ponteng puasa atau lebih senang dikategorikan sebagai yang memang tak pernah berpuasa langsung itu sebenarnya adalah bukan dari golongan yang kuat makan sebenarnya. Tak percaya, cuba lihat mereka ini ketika bukan di bulan puasa.

Tak payah nak tuduh sesiapa, kawan-kawan kolej aku sendiri pun banyak dalam kategori di atas tu. Ada sesetengah tu, yang sampai sekarang pun masih tak berpuasa. Tak nak cakap apa. Nak nasihat pun mereka ni bukannya jahil tapi mereka sendiri yang membuatkan mereka nampak jahil pada pandangan orang lain.

Maaf kalau ada kawan-kawan kolej yang terlajak singgah ke blog aku ni. Andai terasa, bagus.

Sunday, August 14, 2011

iklan syaitan vs manusia



Iklan yang memang takde kat Malaysia. Ini buat pengajaran diri sendiri...

sharing...

Aku teringat kat satu iklan tv ni tulis...

"berbukalah dengan rezeki yang halal.."

Thursday, August 11, 2011

3 kali jer curang, bang... (sekadar renungan)

Pada satu malam, ada pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 50.


Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri. Sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.


"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuhi, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ini, pernah tak Maria curang dengan abang selama ini?"


Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang tapi hanya 3 kali sahaja selama ni."


"3 kali?", Tan Sri tu agak terkejut, tapi taklah marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya. "Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"


Dengan perlahan-lahan si isteri mula membuka cerita lama. "Abang ingatkan masa kita mula-mula kahwin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh pihak bank."


"Ya, abang ingat peristiwa tu," jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "abang pasti ingat yang pada suatu petang tu Maria pergi berjumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan."


"Emmm... sukar buat abang menerima kenyataan ini tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami. "Kali ke 2 pulak?"


"Abang ingat tak abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak?", si isteri menyambung cerita. "Ya, abang ingat." jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."


"Oh Maria.. walau perit hati ini mendengarnya, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.." kata si suami.

"Yang kali ke 3 macam mana pulak?" tanya Tan Sri.


Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "abang ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi..."


Tan Sri pengsan kat situ jugak.....


- sumber dari http://www.malaysiaria.com.my

Monday, August 08, 2011

The Cranberries - Salvation



kan aku dah kata aku demam Cranberries...

The Cranberries - Animal Instinct



bulan puasa ni aku kena demam Cranberries. ini band yang aku minat sejak dari zaman sekolah lagi. sayang they all dah tak bersama lagi. sedih bila tengok video ni.

Sunday, August 07, 2011

Berita Harian Online | ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011080707163320110807071633/Art...



Aku bukan nak pertikaikan peranan sesiapa, tapi mana dia NGO-NGO atau individu-individu perseorangan yang selama hari ini cukup aktif dalam memperjuangkan sesuatu isu dalam negeri khasnya bab-bab politik. Mengapa tiada seorang pun yang berani mahu tampil sepertimana mereka berani tampil dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai kelmarin. Mana dia mamat yang berdoa atas jalan raya masa perhimpunan kelmarin? Mana? Adakah NGO-NGO dalam negara ini tiada langsung yang beragama Islam? Untuk pemerintah-pemerintah tertinggi, aku tak tahu nak cakap macam mana.




Klik dan bacalah sendiri apa kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Friday, August 05, 2011

cepat dan betul

Bukan nak bodek, bukan nak sanjung. Junjung lagilah bukan. Malah tak terlintas pun nak 'pro' sapa-sapa. 24 hours beb, actually tak sampai pun 24 jam kes dah settel. Hebat tak hebatnya PDRM kita. Kesemua suspek diberkas dalam masa tak sampai 24 jam. Memang ada bela hantu raya gamaknya polis kita ni. Yang tinggal lagi, tugas pihak mahkamah untuk jatuhkan hukuman. Selalunya pihak court ni saja yang suka buat 'slack'. Dah penat-penat polis tahan siap cukup bahan bukti, last-last boleh lepas jugak. Bukan kerana polis kita bodoh. Ingat yer, pihak polis tak bodoh tapi yang bodoh adalah mereka yang hidupnya tak habis-habis asyik dan suka melanggar undang-undang..!!


Syabas inspektor shahab...

Saturday, July 30, 2011

salam ramadhan...

Selamat menyambut Ramadhan buat rakan-rakan se'blog'gers baik yang mengenali mahupun yang tidak mengenali. Walau tak pernah meng'komen' dan dikomen sangat, semoga ceria dan sihat sejahtera dalam mengerjakan ibadah puasa tahun ini.

Saturday, July 16, 2011

9hb Julai...

Ada di antara pengikut-pengikut perhimpuan 9 Julai kelmarin yang masih belum cukup umur untuk mendaftar sebagai pengundi dan ada juga di antara mereka ini yang langsung haram pernah turun mengundi pun! Namun, ada hati untuk menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih ke atas kerajaan. Wajarkah tindakan mereka ini?

Buat mereka-mereka yang ada tercedera ketika mengikuti perhimpunan 9 Julai lalu termasuklah yang ter'meninggal', adakah kalian mendapatkan rawatan di hospital bayar atau hospital kerajaan? buat yang accidently ter'meninggal', ada tak Ambiga ziarah datang ke rumah ucap takziah?

Dan, jangan lupa claim kat Ambiga untuk sebarang kecederaan dan kerugian.

Thursday, July 14, 2011

heart attack!!

arwah meninggal kena lemah jantung masa join berdemo aritu.

bukan salah polis, bukan salah PM pun.

cer tanya keluarga arwah, antor hospital bayor ker hospital kerajaan?

jangan lupa claim ganti rugi kat Ambiga yer.

Monday, July 11, 2011

aper ke'he'nyer yob?!

Freemason di tanah melayu..?!
Percaya atau tidak??

Salah satu francise'nyer' terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Ipoh.
Kiri dan kanannya terdapat sebuah padang golf, Royal Perak Golf Club, kediaman balu kepada Sultan Idris Shah dan kuarters kediaman pegawai kerajaan.


lodge atau gereja freemason di Ipoh


cuba lihat pada logo yang tertera.

kalau tak caya jugak, sila cari dalam google maklumat logo tersebut.
kalau tak betul jugak, tak tau ler aku. mungkin aku yang tesesat kot.

ater... aper ke'he'nyer yob..?!

Nau'zubillah....

Ater..!?

'seorang pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu didapati menghina lagu kebangsaan.' - sumber dari berita tv3.

apa lagi yang tak cukup? apa lagi yang tak puas?

orang masuk 'U', ngko nak masuk 'U'.
ptptn ngko sapu. ada setengah tu siap buat down payment Viva plak lagi!
kerajaan bagi subsidi pun ngko sapu. subuh-subuh lagi dah tertonggok depan pos malaysia!

melainkan pelajar bukan dari sini, maksud aku oversea student. Tapi ngko tetap belajar kat sini jugak kan?!

tu belum lagi mintak keje. orang mintak keje gomen, ngko pun mintak keje gomen.

SO..!?

ATER..!? (cakap perak nyer)

ohh.. google

aku tak paham ler camaner setting google skang nih. ada setengah blogger aku buleh post komen... ada setengah lagi tak buleh.. cer jangan suka main tukar-tukar setting tu!!

Sunday, July 10, 2011

geng suor pendek







tak tau nak post aper dah. penyudahnye buboh gambor 3 orang nih.


p/s : ada ke patut sorang couple tu buleh cakap kami ni budak 'black metal'??? dengan muka cuak pulak tu pandang kami!!

Saturday, July 09, 2011

suara-suara kecil

Malaysia khasnya sedang mengalami suatu fasa baru dalam penubuhannya. Setelah lebih 50 tahun merdeka, akhirnya negara diserang oleh suara-suara kecil yang selama ini tidak pernah dijangkakan.

Suara menuntut, meminta, memprotes malah membantah juga yang selama ini tidak pernah difikirkan akan berlaku. Mungkin ini yang dikatakan sebagai 'revolusi'..., mungkin iya dan mungkin tidak.

Mana saluran yang dimaksudkan pihak tertentu andaikata merasa tidak puas hati? Saluran apa? Dimana?

Maka tak perlu dihairankan jika suara-suara kecil ini meraung-meraung dan memekik-mekik di sepanjang bandaraya serta ibukota. Aku sendiri tak rasa hairan atau pelik melihat mantan menteri besar Perak 'Dato' Seri Nizar Jamalludin' bersama beberapa exco pembangkang menyertai perhimpunan Ambiga. Walau aku tahu perhimpunan tersebut adalah bersifat peribadi terhadap penganjur tersebut dengan kerajaan pemerintah.

Semoga berjaya wahai suara-suara kecil. Harapnya janganlah ada suara penyesalan, pelompat dan penghipokrit di kemudian hari nanti.

Kasihan melihatkan nasib para anggota polis yang diperjudikan nyawa mereka oleh para politikus-politikus negara. Semoga Allah selamatkan kamu...

Thursday, June 09, 2011

naik... naik... naik...

gula naik...

minyak naik....

lektrik naik....

'mereka' yang berkuasa... apa boleh buat...


berat badan naik...

kolestrol naik....

lemak naik...

'aku' yang berkuasa.... tak boleh jadi ni...!!!

Tuesday, June 07, 2011

orang aper?

lu orang aper?


kau orang aper?





aku?


gua?





aku bukan orang UMNO.


bukan sebab aku tak sokong.


bukan sebab aku tak undi BN.


bukan sebab aku sokong pembangkang.





aku bukan orang PAS.


walau aku tanda 'right' masa mengundi.


walau aku tak setuju dengan perlantikan Dr. Zambry





aku bukan orang PKR.


walau aku tak percaya Anwar liwat.


walau aku tak percaya Anwar berlakon filem 'blue'.


walau aku menyampah sumpah menyumpah.





aku juga bukan orang DAP.


huh, lagi ler bukan..!!!


huh, memang celaka ler kalau betul..!!





tapi.....





aku orang Melayu


aku orang Islam





mahu hidup yang aman, bahagia, adil dan saksama


mahu melayu, cina dan india hidup dalam satu komuniti


saling hormat menghormati


tanpa rasa dengki


tanpa perasaan perkauman





Melayu berpegang teguh pada ajaran-Nya


Cina dengan pegangannya


India begitu juga





menghormati agama dan budaya masing-masing.





peace...

Monday, June 06, 2011

kurang lebih...

satu sudu sajer dah cukup...
kurangkan manis dalam minuman...
lebihkan harga gula tak mengapa...

kurangkan penggunaan tenaga elektrik...
lebihkan takrif elektrik tak mengapa...

bagaimana agaknya keadaan KLCC, Bukit Bintang, I-City Shah Alam, kelab-kelab malam dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya yang punya share setiap seorang menteri bila dipadamkan lampu??

bagaimana agaknya abang-abang yang pakai kod berkilat, yang cari makan berdiri macam tiang lampu 8 jam lebih setiap hari nak cari makan bila lampu dipadamkan??

bagaimana dengan rakyat yang sudah memang tak punya bekalan elektrik di rumah bila disuruh berjimat??

rakyat sajer... eerrr... menteri-menteri, tan sri-tan sri.... bagaimana...? mau join berjimat sekali??

kenapa?

kenapa bomoh-bomoh seantero M'sia tak dikata 'Black Metal'?
kenapa Ayah Pin, Mona Fendi, Anton Levi serta pengamal-pengamal ilmu sesat tak dikata 'Black Metal'?
kenapa pengunjung-pengunjung kelab malam tak dikata 'Black Metal'?
kenapa pelanggan-pelanggan GRO, pelacur dan rumah urut tak dikata 'Black Metal'?
kenapa Mastika sendiri tak dikata 'Black Metal'?

kenapa... kenapa... kenapa....

Saturday, June 04, 2011

"KaraK"

selepas menonton 'Karak' , kesimpulannya adalah...

i) siap buleh speaking lagi time tengah takut
ii) tak ramai yang sanggup berkemban depan hantu melainkan Kilafairy
ii) extra bumper Kilafairy memang ummpphh...!!
iv) lurah dendam kilafairy memang standard omputih
v) sempat lagi jaga penampilan tengah takut-takut, dalam hutan pulak tu..!

diringkaskan.... hantu tu memang tak geram pon nengok Kilafairy, penonton jer yang geram!!

Thursday, May 05, 2011

kenapa buat blog?

Kenapa aku buat blog?


a) trend orang skarang ber'blogging'

b) sajer suka tiru orang yang ada blog

c) nak glamer, biar orang kenal aku (macam blog aku best sangat)

d) untuk suka-suka, senang citer syok sendiri!

e) entah... tak tau apa sebab!


Jawapannya... semua di atas...

Monday, May 02, 2011

kenapa tak komen?

kenapa takde orang komen kat blog aku?


a) takde orang baca blog aku

b) blog aku tak best

c) aku tulis merapu orang tak paham

d) orang menyampah nak baca

e) pasal aku buat blog syok sendiri


kesimpulannya, semua yang di atas...

Thursday, April 28, 2011

merah kuning hijau

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar... sedangkan perangai tak ubah macam Nasrani dan Yahudi. Samseng yang mengaku Islam. Jelik mendengarnya walhal Islam itu bukanlah agama samseng atau agama kaki pukul dan tidak pernah menerapkan elemen-elemen kekerasan mahupun keganasan sebagai cara hidup.


Sesama Islam, yang mengucap 2 kalimah syahadah kau jadikan musuh sedangkan kafir, yang menyeterukan tuhan kau jadikan tuan tempat kau bertahta dihati. Ini yang kau sanjung dan perjuangkan. Nyata memang kau bertuhankan duit dan pangkat. Adakah ini yang dikatakan 'ketuanan melayu'? '


Kau bangga dengan logo yang kau lekatkan pada plat kereta. Siang hari kau jaja sana sini logo. Malam hari kau jaja di kelab malam, kau usung jalang ke hulu ke hilir. Ini yang kau banggakan? Ini yang kau amalkan? Jangan kau sebut perkataan yang kau laungkan itu lagi.


Animisme...!!!

Wednesday, April 13, 2011

kenapa tak update?

Kenapa aku lama tak update blog?


a) saja malas nak update blog.

b) malas nak sign-in.

c) memang malas nak menulis blog.

d) takde orang nak baca blog aku.

e) otak memang dah blok.

g) semua diatas...


penyudahnya, aku tutup jer blog ni...

Sunday, March 27, 2011

Sodom

Kumpulan Sodom adalah sebuah kumpulan thrash metal yang berasal dari negara Jerman. Meraka pernah mengecapi zaman kegemilangan di era gelombang muzik thrash metal suatu ketika dahulu iaitu sekitar 80an dan awal 90an. Mereka juga digelar sebagai 'German Thrash Attack' bersama-sama dengan dua buah lagi band thrash metal Jerman iaitu Kreator dan Destruction. Bukan sahaja di barat malah gelombang muzik thrash metal Sodom turut memberi tempiasnya kepada anak-anak muda remaja Malaysia sekitar awal 90an dahulu. Salah satu band di Malaysia yang mendapat pengaruh kuat dari mereka adalah band dari Ipoh, Perak iaitu Athotorgh yang cukup popular bagi peminat metal underground suatu masa lalu.


Aku mula mengenali Sodom selepas aku mengenali band thrash metal 'Bay Area' iaitu Metallica dan Megadeth. Ketika itu aku masih lagi dalam sekolah menengah, gila Metallica ler katakan masa tu. Namun apa yang membuatkan aku lebih mengenali mereka (Sodom) adalah setelah aku mendengar kaset band Athotorgh dari kawan ku, lawak bukan... poser betul.


Setelah berbelas-belas tahun memperjuangkan muzik mereka di mata dunia, mereka masih lagi utuh sebagai sebuah band walaupun usia ketiga-tiga line-up sudah pun menjangkau usia senja. Pengaruh muzik mereka memang tidak dapat disangkal lagi kepada peminat-peminat muzik metal di seluruh dunia.


Di Malaysia sendiri, peminat-peminat Sodom bukan sahaja terdiri daripada golongan anak muda kebanyakkan (golongan kebanyakkan) malah golongan-golongan korporat kelas atasan juga begitu terpengaruh dengan band ini. Semuanya bermula di sekitar tahun 98 lagi di mana kisah mengenai sodom berada di setiap dada akhbar dan berita di televisyen. Yang paling mengejutkan apabila saluran televisyen milik kerajaan iaitu RTM sendiri tidak segan silu untuk menyiarkan liputan berita mengenai sodom.


Siapa menyangka, bahawa bekas atau mantan perdana menteri negara yang ke-4 juga seorang peminat fanatik kepada band Sodom dan ini turut diikuti sendiri oleh menteri-menteri kabinet yang lainnya. Kesan pengaruh kumpulan Sodom masih lagi boleh didapati pada hari ini. Ini dapat dilihat apabila perdana menteri ke-6 kita bersama menteri-menteri kabinet masih mahu mempopular dan mengembalikan zaman kegemilangan muzik thrash metal Sodom sepertimana di era gelombang 'German Thrash Attack' suatu ketika dahulu. Dasyat....


Tak sangka, menteri-menteri kita pun minat kat muzik thrash metal yer. Agaknya camanalah penampilan mereka sewaktu muda dahulu, nama 'Angelripper' sah tak lekang dari mulut. Betapa hebat tak hebatnya penangan Sodom ni. Apa lagi ..."Outbreak of Evil" satu...!!

Sunday, March 20, 2011

sogok menyogok...

Apa itu rasuah? Rasuah adalah suatu bentuk tindakan atau cara memberi sogokan untuk mempengaruhi pihak tertentu mahupun individu-individu perseorangan. Sogokan boleh jadi dalam apa sahaja bentuk tak kira wang ringgit malah hadiah atau barang-barang seperti hamper, barang makanan, kenderaan termasuklah tempat penginapan. Malah ada juga yang memberi sogokan berupa wanita untuk pemuas nafsu selagi ia boleh dan mampu mempengaruhi sesetengah pihak atau individu itu.
Tujuan sogokan ini sering kali dan kebiasaanya diguna pakai untuk tujuan meraih sokongan atau pun meraih undi. Dalam bab meraih undi ini biasanya terjadi kepada mana-mana parti politik baik yang berhaluan kiri atau sebaliknya. Baik pembangkang mahupun yang bukan pembangkang semuanya mengamalkan 'politik sogok' ini cuma kita sebagai rakyat biasa sahaja yang kadang-kala tidak sedar dan mungkin juga tidak faham.
Tiada beza sebenarnya samaada memberi sogokan berupa wang ringgit mahupun hadiah atau barang-barang malah sogokan berupa pemuas nafsu sekalipun. Amat menghairankan apabila pihak-pihak parti bukan pembangkang mengecam dan menuduh parti-parti pembangkang mengamalkan politik rasuah sedangkan mereka sendiri turut mempraktikkannya. Tak ubah seperti ibarat membuka pekong sendiri.
Wajib diingat, rasuah bukan sahaja bermaksud memberi atau 'menyogok' dengan wang ringgit sahaja malah apa sahaja bentuk material asalkan ia mampu mempengaruhi diri atau pemikiran individu dan pihak tertentu. Oleh yang demikian, elakkan diri dari terperangkap atau terpedaya dengannya.

Friday, March 11, 2011

rambut

Tak silap aku last month kot ade citer kat Berita Harian sorang remaja Punjabi yang rambutnye kena potong masa tengah tido kat kem PLKN. Beliau mendakwa ade dikalangan penghuni asrama kem tersebut yang telah membuat khianat ke atasnye. Lalu atas rasa tidak puas hati dan rasa dipersendakan maka keluarganye telah membuat laporan kepada pihak berwajib. Keluarga berkenaan mendakwa mereka berasa terhina di atas cubaan sesetengah individu di kem terbabit yang cuba hendak mempersendakan kepercayaan agama mereka.

Pagi tadi, aku baca paper laporan mengatakan tiadanya unsur-unsur khianat seperti yang dilaporkan oleh remaja berkenaan. Tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan ade dikalangan penghuni asrama kem tersebut yang cuba memotong rambut beliau. Maka tiada kes ler nampaknye. So, sapa yang kerat..?

Takde sapa yang tahu. Mungkin gigit dek lipas kot. Wallahualam. Nak senangkan citer, baik ler kerajaan bagi skit bayaran ganti rugi kat keluarga tu. Nescaya they all diamnye. Sama ler macam kes yang berlaku dulu kat remaja India mati lemas kat kem PLKN. Bukan main lagi mak bapaknye nak saman menyaman. Last-last dapat duit pampasan 10 ribu terus senyap, senyum sampai ke telinga. Kalo anak deme mati lagi pun tak kisah janji masyuk. Sure ade yang cakap gua racist kalo terbaca artikel nih.

Sunday, March 06, 2011

che citer.....

lama dah tak menulis. tak tau ape yang nak ditulis. sekadar memaklumkan bahawa tanah ini masih ada dan wujud.

heran bila melihatkan dikalangan ngo-ngo mahupun orang perseorangan di negara ini yang tak abis-abis nak protes the system. sampaikan hindu kepala samseng mati pun mereka bela. biaq pi la bak kata orang utara, hidup pun menyusahkan orang jer. orang-orang yang tak berdosa kena bunuh ngan hindu samseng tu hangpa taknak bela pulak nasibnye.

kalau dah tak suka dengan sistem-sistem yang ada kat sini then blah pi duduk tempat lain. korang jugak yang nak dok guna api, air, pos dan etc. tu semua. siap beratur panjang sanggup nak tunggu subsidi kerajaan.

satu perkara aku nak tanya, ada ker tempat atau mana-mana negara dalam dunia ni yang bebas sepenuhnye untuk kita buat benda ikut suka hati sendiri jer..? che.. citer.. che citer....

Friday, January 28, 2011

bola..

Liga bola sepak Malaysia akan bermula esok. Dengan perlawanan pembukaan 'Charity Sheild' Kelantan vs Selangor yang sudah semestinya ada live kat tv. Perak punya game tunggu live lain hari. Yeah, gua memang menyokong sepenuhnya pasukan negeri kelahiranku iaitu the only 'PERAK F.C.' Dikala rakan-rakan setia menyokong pasukan-pasukan luar gua masih lagi setia dengan pasukan kesayanganku. Dua musim yang cukup kelam sudah cukup untuk menutup dairi lama yang sudah pastinya catatan-catatan kelam yang lalu tak akan atau mungkin berulang lagi.
Walau ramai yang tak malu dan tak sayang mulut mengatakan tiada standard, dan tak kurang juga ada yang kata "tak rock la tengok bola Malaysia..!!". Heran gua, apa kena mengena bola sepak dengan muzik rock..???
Takde apa yang gua nampak lebihnya dengan 'Setan Merah' mahupun 'Si Merah' atau 'Si Biru' tuh. Kalah banyak kali pun still korang boleh sokong tapi team tanah tumpahnya darah sendiri baru kalah 2-3 game dah mengamok caci maki coach mengalahkan tuan punya badan tu ada lesen kejurulatihan jer.
Nama player luar siap hafal di mulut tapi player anak jati negeri sendiri haram kenal. Ntah player tuh duduk sebelah rumah korang berjiran pun tak sedar gamaknya. Bila nak kenal? Bila Pasukan Tanah Melayu menang 'World Cup' yer...?!

Thursday, January 20, 2011

KITA pulak dah..!!

Dah KITA pulak... Macam-macam... Trend orang-orang besar kita sekarang, suka main lompat si katak lompat. Kemudian buat sidang akhbar maklumkan pada semua orang. Ceritakan keburukan dan kelemahan orang lain. Puncanya sangatlah mudah, iaitu ketidakpuasan hati sebab takde sapa nak calonkan awak tu. Gila kuasa, gila pangkat dan gila nak jadi ketua. Cakap je la terus terang awak nak jadi ketua, kan ke senang.
Biasanya kalau kat England pun perkara macam ni biasa terjadi. Tapi dalam liga EPL je, pasal ada transfer week atau month untuk player cari team baru dan untuk team cari player baru. Kadang-kadang tu, bulan ni main dengan team ni, bulan depan main team lain pulak. Kira buleh merasa le main dalam setiap satu team. Kat sini pun terjadi jugak, kat negeri Perak ni jer. Hari ni announce keluar parti then esok lusa dah masuk balik. Adik beradik Si Keane la ni.
Sekarang KITA, es0k lusa KAMU, AKU, HANG, MEREKA dan ntah apa-apa lagi. Apsal tak bubuh jer nama sendiri, terang-terang jadi ketua takde sapa buleh usik.

Tuesday, January 18, 2011

inhaler

Ini namanya 'Inhaler' untuk kegunaan pesakit Asma. Merupakan teman setia aku selain dari handphone. Doktor pesan semalam, pegi mana pun mesti make sure ada bawak mende alah ni. Apa buleh buat dah nasib. Aku pun tak nak sakit tapi dah ketentuan ilahi. Tak ada orang di muka bumi ni yang nak sakit.
'Inhaler' ni ada macam-macam brand. Antaranya Ventolin, Ashtalin, Budesonide dan pelbagai lagi. Antara 3 nama di atas tu yang biasa aku guna adalah Ventolin. Cara gunanya letak kat mulut then tekan bahagian bulat kat atasnya. Sedut sebanyak 2 kali jer. Lebih tak boleh, nanti ketagihan. Kalau dah sedut 2 kali tak kurang jugak semputnya, better terus pegi hospital. Rasa Ventolin ni macam kita makan ubat tu la. Ada pahit sikit. Tapi untuk brand Ashtsalin dan Budesonide tu rasanya kuat pahit sikit. Kena minum banyak air kalau tak lekat rasa pahit tu kat dalam mulut. Yang ada kat aku sekarang ada 2 jenis, satu Ventolin dan satu lagi Budesonide. Hospital siap bagi 2 kotak setiap satu sebagai spare. Ambik kau.. heheh... Puncanya sebab masuk hospital malam tahun baru aritu dengan kondisi yang kritikal.
Bila terkenang saat belajar di kolej dulu rasa macam tak percaya aku buleh dapat penyakit ni. Mana taknya, dulu aku boleh dikira agak aktif jugak orangnya. Boleh tahan ler tak duduk diamnya. Walau macam mana pun, ini semua berlaku atas kuasa tuhan. Aku redha. Hanya Dialah saja penyembuhnya.

'chatbox'

wei.. camana nak kasi masuk 'chatbox' ni haa..? banyak kali buat tak jadi-jadi jugak, buta 'IT' sungguh aku..

17hb Januari 2011

'well, everything's okay..' kata doktor semalam.
'blood pressure... heart... normal... but you must bring along your breath inhaler to anywhere you go...' katanya lagi.
Aku boleh dikatakan aktif juga masa di sekolah dan kolej. Jenis yang tak duduk diam jugak ler, tetiba kena semput memang macam tak percaya. Siap ada inhaler pulak lagi usung ke sana ke mari macam bawak handphone tu.
'adakah disebabkan masalah kegemukan saya doktor..?' tanya ku.
'no.., asma tiada kena-mengena dengan gemuk atau kurus...' itulah jawabnya.
Kadang-kala ia berpunca dari faktor keturunan juga selain dari amalan merokok luar kawalan dan pengambilan makanan yang tak berkhasiat secara berleluasa. Memang keturunan belah mak aku ramai yang ada asma so logik la jugak cakap doktor tu.
Aku memang tak merokok. Memang tak minat dan terlintas pun nak merokok. Mungkin disebabkan oleh arwah ayah aku yang kuat merokok sampai tak terkawal menyebabkan aku jadi menyampah pada rokok. Arwah ayah aku setakat Dunhill 7 tu, tak sampai setengah hari pun boleh licin.
Lega jugak hati pasal tak payah kena ambik darah lagi. Aku memang fobia bab-bab cucuk ni. Paling tak boleh lupa masa 'cik misi' cucuk masukkan ubat kat tangan masa dalam wad aritu. Peritnya masa ubat tu nak masuk ke urat, Tuhan jer yang tahu. Depan nurse tu jugak menitik air mata aku menahan sakit, takde cover-cover dah.
Sejak keluar wad 2 minggu sudah, aku sering dapat pening-pening lalat sikit. Dah masuk minggu ketiga dah. Kata doktor itu normal sebab masa di hospital mereka terpaksa bagi ubat dan oksigen dengan 'dos' yang agak tinggi memandangkan keadaan aku masa tu agak kritikal. So pening-pening tu akan hilang dalam masa terdekat ni katanya.
Syukur alhamdulillah, tak kena masuk wad balik. Fobia weh nengok jarum. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semua atas izin dari-Nya.

Saturday, January 15, 2011

I See U

Tanggal 1 Januari 2011 disambut penuh kecemasan dan kesesakkan. Hampir 6 jam di dalam wad kecemasan ICU dengan bantuan oksigen 5 kali sedutan. Sedutan kali ke-3 selepasnya baru mampu membuat ku mengeluarkan kata-kata walau tak seberapa kuat dan jelas. Tanpa ku sangka, aku hampir berdepan saat-saat terakhir ku untuk melihat ibu dan adik. Ternyata, berpantang maut sebelum ajal, aku kembali bernafas dari asalnya yang cuma tinggal nyawa-nyawa ikan. Tuhan maha kaya dan maha berkuasa, belum sampai lagi waktu ku. Cukup menginsafkan aku. Memberi seribu pengalaman bermakna buat ku. Terima kasih pada doktor dan terutamanya tak terhingga buat para 'cik misi' yang setiap jam memantau. Syukur, aku masih lagi di sini....