Sunday, March 20, 2011

sogok menyogok...

Apa itu rasuah? Rasuah adalah suatu bentuk tindakan atau cara memberi sogokan untuk mempengaruhi pihak tertentu mahupun individu-individu perseorangan. Sogokan boleh jadi dalam apa sahaja bentuk tak kira wang ringgit malah hadiah atau barang-barang seperti hamper, barang makanan, kenderaan termasuklah tempat penginapan. Malah ada juga yang memberi sogokan berupa wanita untuk pemuas nafsu selagi ia boleh dan mampu mempengaruhi sesetengah pihak atau individu itu.
Tujuan sogokan ini sering kali dan kebiasaanya diguna pakai untuk tujuan meraih sokongan atau pun meraih undi. Dalam bab meraih undi ini biasanya terjadi kepada mana-mana parti politik baik yang berhaluan kiri atau sebaliknya. Baik pembangkang mahupun yang bukan pembangkang semuanya mengamalkan 'politik sogok' ini cuma kita sebagai rakyat biasa sahaja yang kadang-kala tidak sedar dan mungkin juga tidak faham.
Tiada beza sebenarnya samaada memberi sogokan berupa wang ringgit mahupun hadiah atau barang-barang malah sogokan berupa pemuas nafsu sekalipun. Amat menghairankan apabila pihak-pihak parti bukan pembangkang mengecam dan menuduh parti-parti pembangkang mengamalkan politik rasuah sedangkan mereka sendiri turut mempraktikkannya. Tak ubah seperti ibarat membuka pekong sendiri.
Wajib diingat, rasuah bukan sahaja bermaksud memberi atau 'menyogok' dengan wang ringgit sahaja malah apa sahaja bentuk material asalkan ia mampu mempengaruhi diri atau pemikiran individu dan pihak tertentu. Oleh yang demikian, elakkan diri dari terperangkap atau terpedaya dengannya.

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!