Tuesday, August 31, 2010

Dinosaur Jr



p/s : kat ipoh kita ada Harmacy...

salam merdeka

Diam tak diam, dah 53 tahun kita menyambut kemerdekaan. Kemerdekaan yang bukan sepenuhnya bagi ku. Kemerdekaan yang bukan hakiki. Dan pertama kali juga kita menyambutnya di bulan ramadhan yang mulia penuh keberkatan. Maka mengapa tidak ia disambut dan dirai dengan penuh rasa kesyukuran. Syukur pada yang maha Esa. Kalau tidak dengan izin-Nya belum tentu kita merasai nikmatnya kini. Sebarang usaha dan akal fikiran yang bernas jika tidak diringi dengan izin-Nya pun belum tentu akan menjadikan kemerdekaan itu suatu kenyataan.
Haruskah disambut dengan event-event dan function-function bajet besar? Perlukah diraikan sebegitu? Mungkin ia suatu kejayaan selama 53 tahun di dalam menjayakan event sebesar begini.
Satu perkara yang sentiasa bermain difikiran, pernahkah kita melahirkan rasa kesyukuran kepada yang Maha Esa di atas nikmat yang dirasai ini setiap kali tibanya 31 Ogos...?
Merdeka... merdeka... merdeka....
Bagaimana pula dengan alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah....?
Salam merdeka khas buat warga yang merdeka sahaja.

Friday, August 27, 2010

bila lagi?

Penjualan mercun diharamkan. Bila lagi nak haramkan penjualan arak? Setahu aku, arak lebih merbahaya dari mercun. Bukan saja dari segi kesihatan malah agama sendiri. Mana lebih bahaya?

Monday, August 23, 2010

terbuka

Baru sekarang aku tau ada 'Akta Rumah Judi Terbuka'.

'Akta Minum Terbuka' ada tak?

suntik...

Semalam, pagi-pagi lagi dah ke klinik. Perak Medical Centre open for 24 hours kat Silibin ni. Dah masuk 4 hari aku batuk dan selsema. Batuk tahap kahak pekat yang meloyakan tekak aku. Pagi-pagi orang tak ramai so takyah tunggu lama-lama. Aku lebih suka ke sini berbanding hospital kerajaan yang doktornya takut sangat nak sentuh dada dengan alat rasmi perubatannya. Takut dituduh cabul kehormatan agaknya. Kalau doktor pompuan apa salahnya nak sentuh dada aku. Kat PMC ni charge memang mahal sikit tapi service totally satisfied. Time tengah bulan je aku akan ke hospital kerajaan tu pun kalau tak sihat.

Sementara nak tunggu ambik ubat, sampai 2 orang couple dengan keadaan tergesa-gesa nak jumpa doktor tak ubah macam orang nak tercirit. Samaada husband and wife atau couple gitu je, aku tak tau ler. Sekejap je diorang jumpa doktor, tak lama pun. Masa awek punjabi nurse nak bagi ubat kat aku, 2 orang couple tu terus saja ke kaunter untuk membuat bayaran. Juga dalam keadaan tergesa-gesa, nak balik gamaknya. Aku dan mak yang temankan aku hanya memerhatikan saja. Aku perasan yang sorang lagi nurse tu berkata sesuatu sambil tersenyum kat nurse yang nak bagikan ubat kat aku tu. Aku tak tau apa yang 2 orang nurse tu cakap. Kutuk aku ker?

On the way nak balik rumah, dalam keta mak aku bagitau yang couple tu tadi si aweknya jumpa doktor mintak suntikan tak nak bagi mengadung. Padan la apa nurse tu cakap tadi aku tak paham. Hal orang pompuan rupanya. Aku mana la tau pun, bukannya dah kahwin. Lain ler macam mak aku, ada pengalaman.

Patut la pun tergesa-gesa je nak jumpa doktor. Dah tak sempat-sempat lagi dah. Agaknya malam tadi baru main. Si laki pulak tersalah timing kot. Bajet nak pancut luar, last-last terlepas kat dalam. Yang si pompuan pulak mangkuk, bila time dia subur tak subur pun tak tau. Apa klass guna durex yer tak. Takde ereksi antara kulit dengan getah, mana feel!! Tak pun dah tak sabar-sabar dah nak melayar bahtera bersama-sama. Maklum le, sejak dari puasa yang pertama lagi dah hujan je. Ombak pun memukul-mukul pantai dengan penuh nafsu.

Ko amalkan le selalu macam tu pompuan. Sikit-sikit cucuk, sikit-sikit cucuk. Esok langsung terus mandul baru padan muka nko. Tengah muda-muda lagi dah suntik. Lain ler kalau yang dah memang dah pernah mengandung tu. Itu satu cara nak merancang keluarga, family planning.

Nak buat camana yer tak, dah alat sulit kat bawah tu memanjang jer meraung mintak. Buat si laki tu, pancut la nko sepuas-puasnya mana jer yang nko rasa ndak. Orang yang tak boleh beranak, nak sangat mengadungkan anak...

Thursday, August 19, 2010

malam ke 10

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Wednesday, August 18, 2010

malam ke 9

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Tuesday, August 17, 2010

malam ke 8

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Fadilat Solat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
p/s: the rest coming soon.

Sunday, August 15, 2010

terang gelap

Dua hari yang sudah, aku berbuka dalam keadaan gelap. Ada blackout kat taman aku. Hujan lebat turun tak henti-henti dari pukul 7 membawak sampai ke tengah malam. Angin kencang dengan kilat sabung-menyabung. Hanya berpandukan cahaya lilin sahaja.
Makan pun ala kadar jer, simple. Aku just minum dan jamah kuih popia goreng 2 ketul jer. Tak berapa selesa nak makan. Mak aku pun sama, makan sikit jer dulu. Mana taknya, kat luar tu kilat sabung-menyabung, guruh berdentum-dentam dengan angin bertiup kencang. Takut dan risau pun ada. Itu yang buat tak berapa selesa. Risau kalau-kalau melayang ditiup angin atap bumbung rumah. Dekat sejam jugak ler hujan lebat dengan kilat serta guruhnya. Nasib baik lepas tu hujan mula reda tapi berlarutan sampai dekat tengah malam. Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku pada kami dan rumah.
Masa nak tido, aku teringat balik apa yang berlaku masa nak berbuka tadi. Ada pengajaran disebalik kejadian tersebut. Syukur aku kehadrat ilahi kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup. Tak senang, susah sangat pun tak jugak. Sederhana. Bayangkan mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang daif dan miskin. Setiap malam bertemankan lilin-lilin, bermandikan air hujan dan bertaruhkan nyawa dari kilat sabung-menyabung, angin kencang dan atap bumbung rumah yang hanya menunggu masa sahaja menyembah bumi. Baru aku sedar betapa bertuahnya aku. Baru aku sedar betapa kecilnya aku disisi-Nya. Betapa syukurny aku kerana diberi peluang untuk merasai kesusahan dan kepayahan ini walau hanya seketika.
Sesungguhnya, bulan ramadhan yang baik lagi mulia ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran bagi kita semua.

Saturday, August 14, 2010

4 orang dah..

Masuk hari ni dah 4 orang meninggal kat taman aku ni.
Terbaru dan yang ke-4 adalah malam tadi.
Sebaik jer abis terawikh 20 rakaat, imam mengumumkan berita yang baru diterima.
Dari posa yang pertama masuk posa keempat, dah 4 orang dah.
Malam ni tak tau ler pulak sapa yang akan tersenarai dalam announcement tok imam.
Innalillah...

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadhan...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan samaada yang mengikuti atau yang tidak mengikuti blog ini.

posa

Posa dah dekat. Tak esok lusa. Syok bulan posa ni boleh nengok macam-macam bahan melantak yang pelik-pelik dan best. Bulan posa ni rahmat sebenarnya. Mana taknya, barang makan berlambak walaupun tak boleh makan. Syukur kita kehadrat ilahi.
Tapi ada jugak yang tak suka bulan posa ni. Ada yang dah mula merungut bila nak tiba ramadhan. Pasai apa? Bulan baik lagi mulia, di mana pintu keampunan dibuka untuk setiap umat. Inilah bulan yang mana dosa-dosa sepanjang tahun kita lakukan mendapat keampunan. Tu pun ada yang tak suka lagi. Tak suka gamak dosanya diampunkan tuhan. Tak tau ler manusia jenis apa tu.
Ada member aku merungut bila tiba bulan posa ni. Katanya nak makan susah. Duit banyak keluar. So takde duit nak beli makan buka posa. Apa nak susah, pegi je la masjid berbuka ramai-ramai. Free lagi. Jawab aku. Itu pun susah ker. Dah memang jenis tak pernah nak ke masjid namanya.
Pada yang langsung tak pernah posa tu, berpuasalah selagi ada masa dan kesempatan. Sampai bila tak nak posa? Sampai tua? Tengok orang kawin, awak pun nak kawin. Tapi tanggungjawab berpuasa pun tak bole nak buat dan langsung tak pernah buat. So camana nak jalankan tanggungjawab kat anak orang?
Sampai bila tak nak posa? Sampai tua. Kalo tak sempat tua? Buatnya esok lusa mati camana...??

- khas buat kawan-kawan.

a lesson on sunday morning...

Semalam aku ke stesen bas express Medan Gopeng (bukan Medan Indonesia yer..) hantar adik nak balik ke Malacca. Ada sorang pompuan cina datang ngan husbandnya nak hantar kawan, dua orang minah mat salleh. Sementara tunggu bas sampai, aku lepak-lepak sambil sembang dulu ngan adik. Pompuan cina ngan kawan mat sallehnya tu pun lepak tak jauh dari aku.
Secara tak sengaja, aku terperasan pompuan mat salleh tu sedang membetulkan butang baju si pompuan cina yang sengaja tak ditutup habis hingga hampir menampakkan lurah dendam dan aset separuh kecut lanjutnya itu. Aku layan jer tengok tingkah laku minah mat salleh tu. Then, baru aku perasan yang dua orang pompuan mat salleh tu pakai t-shirt dengan long pants tertutup kemas atas bawah tanpa menampakkan sebarang lurah mahupun shape badan mereka.
Bandingkan dengan pompuan cina tu yang hanya pakai seluar pendek ketat cecah celah kangkang dengan baju yang sengaja tak di key-in-kan butangnya penuh. Aku ingat la kalo cina tu jenis berbulu mau terkeluar sikit helaian-helaian bulu tu dari celah seluarnya. Dah ler kencing berak pun main 'salat' ngan tisu jer. Kalo aset tu masih segar dan ranum takpe le jugak, ini dah tertampau masak dan tunggu masa nak gugur jer. Ulat-ulat pun dah tak nak dekat.
Sekarang aku tau dah yang tak semua pompuan mat salleh ni yang tak tahu adat sopan. Bukan semuanya suka pakai dedah dedah. Aku peratikan, pompuan-pompuan lain yang ada kat situ pun banyak yang tak sopan pemakaiannya walau orang melayu sekali pun. Aku yang takde kena-mengena dalam ini cerita pun rasa malu bila tengokkan pakaian anak bangsa sendiri. Kalau dah mat salleh pun tahu malu, inikan pulak kita yang sepatutnya lebih malu lagi. Yelah, 1 Malaysia ler katakan. Buah dada ngan kemaluan sendiri pun boleh kongsi ngan orang lain…!
Aku sempat bertanya kat mak aku yang ada sekali kat situ.
“Kita kat oversea ke Malaysia ni, mama..?”

Saturday, August 07, 2010

nostalgia buat si kerek...



- first time nengok video clip ni masa sekolah menengah. form 1 ke form 2 tak silap aku. memang cool abih ler diorang ni, bagi akulah time tu. especially time helikopter tu landing then sorang-sorang line-up keluar. perghh... budak sekolah le katakan. heh...



- dan lagu ni pulak boleh buat aku terbang tinggi melayang di udara bila dengar. eventhough si noel gallagher ni kerek dan perasan best, gua terpaksa admit jugak yang memang lagu ciptaan dia ni teramat best. even sekarang ni pun still rasa nak melayang-layang. teringat time sekolah dulu selalu dengar lagu ni kat bilik kemahiran hidup. cikgu aku selalu pasang hit'z fm time tu masa buat kerja pertukangan. nostalgia....

Thursday, August 05, 2010

Venus As A Boy



Directed by Sophie Muller

One of the early music video from Bjork.

mengaji, menteri & *****

Majlis tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya. Syabas dan tahniah buat qari dan qariah yang dipilih sebagai pemenang. Tak lupa juga buat qari dan qariah dari seluruh dunia yang turut serta bertanding memeriahkan lagi majlis. Buat juara qari dari Mesir, gua memang dah jangkakan dah beliau akan menang. Mana taknya, slumber dan 'gembel' jer baca tanpa perlu sedikit pun tengok kitab. Timing beliau pun memang tepat. Setiap ayat disebut satu persatu dan boleh dengar sendiri clear setiap ayat tu. Dah tu siap boleh lambai tangan lagi lepas abis baca kat audiens. Mentang-mentang ler dia paham apa yang dibaca. Gua respek sama lu bro. Lain le macam yang punya diri ni, terpinga-pinga nak paham. Tau baca jer (malu). Ada jugak sorang qari dari golongan OKU tapi gua dah lupa dari negara mana.
Buat qari dari Malaysia, tahniah juga kerana masih mengekalkan tradisi kita untuk setiap tahun tercalon sebagai pemenang walaupun just naik juara saja. Keadaan dah tak sama macam dulu-dulu. Qari dan qariah dari negara luar pun dah pandai berlagu dalam bacaan mereka. Mereka pun banyak belajar dari orang kita jugak sebenarnya. Tapi kemenangan bukanlah segalanya, yang penting keikhlasan kerana Allah dan bertujuan memeriahkan lagi majlis tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia kini telah pun hampir menyamai tahap Las Vegas ataupun Junior Las Vegas bagi sesetengah tempat amnya tak kira budaya, pemikiran dan lifestylenya. Namun perkara-perkara ataupun aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan masih menjadi teras utama dan masih lagi diteruskan. Alhamdulillah di sini. Diharapkan, majlis yang menjadi annual event ini akan terus menerus dijalankan dan sentiasa mendapat kesinambungannya sampai bila-bila. Enjoy-enjoy jugak tapi amal ibadat jangan dilupa.
Kebiasaannya, kalau organise sesuatu event tu, golongan-golongan VVIP dan VIP menjadi tetamu kehormat yang harus ada. Malah golongan-golongan perasan vip juga turut sama tanpa rasa segan silu menempelkan diri dicelah-celahan seat tetamu kehormat tadi. Biasalah tu, dah namanya pun kaki bodek kaki jilat. Selagi boleh jilat, selagi tak kering ler dijilatnya.
Bagi tetamu kehormat ini biasanya mereka hanya hadir sebanyak 2 kali sahaja iaitu semasa pembukaan atau perasmian majlis dan ketika majlis penutupan. Normallah dalam majlis seperti ini siapa yang nak turut sama meng'setia'kan diri untuk feature setiap hari even ngko buat free pun they all hinginnya. Lain le kalo majlis nyanyi-nyanyi, hiburan-hiburan tu tidur terus kat tempat event tu pun they all sanggup. Dan lagi kebiasaanya, masa ni jugaklah kita nak tengok menteri-menteri kita ni menguap dua tiga kali. Silap hari bulan kalo ada rezeki nak tengok camana rupa menteri kita tido pun boleh. Ini terpulang juga kepada cameraman yang bertugas samada mereka cekap atau tidak. Dalam majlis perasmian hari tu, dapat jugak tengok menteri terlelap sekejap. Gila sharp punya cameraman. Tak lama la ngko berkhidmat tu.
Dalam majlis-majlis sebegitu bukan saja manusia-manusia yang hadir malah Setan-Setan pun turut serta tak nak lepaskan peluang. Yelah, diorang tu mana ada cuti-cuti macam kita ni. Half day pun takde. Setan ngantuk, setan boring, setan nguap, setan sembang, setan suruh balik cepat dan bermacam spesis lagi. Tak kurang juga buat para penonton di rumah yang menonton dikaca tv iaitu setan tukar channel lain. Dashyat doh......
Tapi dalam ramai-ramai vvip malam tu, ada sorang lagi yang takde. Biasanya beliau ni dalam mana-mana saja ada event gerenti muka nyelinap masuknya. Kalo tak feature muka beliau dalam berita memang tak sah ler sesuatu event tu. Pendek kata tak berseri ler. Tu belum suruh beliau bagi pendapat lagi tu. Kalah penulis-penulis novel tersohor negara dibuatnya. Memang profesor serba tau gua cakap lu. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim rasanya gua tak perasan ler. Rasanya takde pun. Aii..., takkan tak datang kot. Majlis penutup pun takde. Mana boleh tak dijemput. Masakan MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN tak dijemput. Tak tau ler kot mata aku buta malam tu.
Majlis bercorak hiburan, melalak sana melalak sini si artis boleh pulak jemput beliau yer. Even tak jemput pun sanggup hadirkan diri tak tahu malu. Yang melalak-lalak terkinja-kinja atas pentas tu namanya kebudayaan dan kesenian yer...?! Ohhh... baru hari ni gua tau....

Tuesday, August 03, 2010

peng'tegar' dan peng'hardcore'....

Kepada mereka yang tegar atau 'harcore' dalam MLM dan Skim Cepat Kaya (baca no 4 khasnya) :

i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.

ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.

iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.

hak apa?

Pihak berkuasa dan orang awam memang tak pernah punya hubungan yang baik. Sering kali dilihat bagaimana setiap tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa khasnya polis yang senantiasa menjadi mangsa dan bahan untuk orang awam menghentam sana sini. Sampaikan polis nak sentuh sikit ketua kepala samseng india pun tak boleh. Bertentangan dengan akta hak asasi manusia katanya. Human right konon. Padahal si kepala samseng tu dah berapa ramai orang tak berdosa termasuklah orang melayu sendiri yang pernah dibunuhnya. Human right la katakan.
Hak apa? Hak untuk melakukan jenayah? Hak untuk melanggar peraturan dan undang-undang? Hak untuk buat sesuka hati tanpa ada batasan? Hak untuk berpakaian seksi tak ubah seperti separuh bogel? Hak untuk bercumbu dikhalayak ramai? Hak untuk mabuk? Hak untuk tidak mengerjakan amal ibadat? Hak untuk keluar dari agama bila dah cukup umur? Begitu? Inikah perjuangan yang kamu laung-laungkan?
Berduyun-duyunlah datang segerombolan golongan-golongan aktivis dan ngo-ngo yang entah dari mana asal-usulnya mula menyuarakan kata-kata "every human has right", salah guna kuasa pihak itu dan ini dan macam-macam lagi. Apa yang menghairankan, semua yang memperjuangkan ideologi itu punya pegangan agama masing-masing termasuklah orang Islam sendiri.
Persoalannya, kalau semua punya pegangan agama masing-masing kenapa perlu memperjuangkan human right? Malaysia sebuah negara yang punya perlembagaan malah dalam rukun negaranya sendiri ada menyatakan bahawa "kepercayaan kepada tuhan". Maka, adakah anda tidak punya kepercayaan kepada tuhan dan ajaran agama sendiri amnya buat orang melayu. Kenapa perlu disanjung sangat akan ideologi bekas penjajah dan bukan Islam itu?
Seperti kata ketua polis negara dalam rancangan diskusi yang ditayangkan di tv9 tidak beberapa lama dahulu yang berbunyi, "rakyat Malaysia memang suka menggalakkan kejahatan dan jenayah...". Ada betulnya kata beliau. Orang kita punya ego yang lebih besar dari kepala sendiri dan tahap bodoh sombong yang maksima. Tak boleh ditegur dan tak boleh ditegah. Terimalah hakikat.