Monday, April 12, 2010

nasik lemak

Malam semalam, aku keluar cari barang makan. Mak aku tak masak, tak tau nak masak apa katanya. Lidah teringin pulak rasa nak makan nasik lemak. Round sampai ke Manjoi cari kot-kot ada orang jual nasik lemak malam-malam ni.

Kat taman aku sekarang banyak gerai-gerai makan dibuka waktu malam. Dari Silibin membawak ke Manjoi. Macam-mcam juadah boleh dapat. Tapi dalam hati still mau cari nasik lemak jugak.

Tengah dok melilau cari ternampak ada dua orang perempuan jual nasik lemak. Si emak dengan anak perempuannya, betul-betul kat bawah tiang lampu berhadapan dewan orang ramai Manjoi. Aku cadang nak singgah sekejap tengok, cadangnya nak beli. Tapi tak jadi singgah aku terus je drive sampai ke area Manjoi. Kat situ ada spot gerai-gerai kecik jual macam-macam barang makan. Cari nasik lemak takde. Sudahnya, aku beli pau ayam sama daging dengan cendawan goreng sebungkus. Mak aku heran kenapa aku tak jadi singgah beli nasik lemak tadi.

Masa dalam keta nak menuju ke rumah, mak aku tanya pasal apa tak beli nasik lemak tu tadi. Dengan selambanya aku menjawab tanpa rasa segan silu. Aku katakan...,

"dah kecik sangat nasik lemaknya, saiz 'tetek' budak perempuan tukang jual tu pun besar lagi... apa rasa..!!"

flat dan golf

Buat rumah flat tinggi-tinggi tapi luasnya ada dalam sekangkang kera.
Yang duduk dalam rumah tu dalam bilangan 5 orang ke atas.

Buat padang golf luas-luas tapi yang mainnya ada dalam 2 orang je tu pun dah dua kutuk nak mampus.
Rumah dah kata pegi, kubur kata mari.

Saturday, April 10, 2010

hanya untuk....

Hanya untuk yang tak paham, yang tak mau nak paham, yang saja buat-buat tak paham dan yang memang langsung sepatah haram tak paham atau yang memang bodoh bengap sangat-sangat...
"AGAINST THE SYSTEM DOESN'T MEAN THAT WE DON'T LOVE OUR COUNTRY."

berita

Sekarang ni aku banyak layan berita mandarin ngan tamil jer. Asal nak tengok berita jer aku akan tune ke saluran tv2. Aku nak cuba ikut seruan kerajaan 1M. Aku cuma layan berita dunia tv1 jam 11.00 malam jer. Memang sepatah haram pun aku tak paham cuma berpandukan pada gambar jer.

Bukannya apa, at least tak le telinga ni penuh sarat dengan bahan kutuk mengutuk antara satu sama lain, sesama bangsa, sesama warna kulit dan sesama agama. Dah tak larat dah deria pendengaran aku menanggung beban tersebut. Apa yang aku faham, warta berita sepatutnya menjadi medium utama bagi memperoleh maklumat dan berkongsi pengetahuan. Tapi kini warta berita dah jadi satu saluran, medan malah medium bagi pihak-pihak tertentu untuk meraih undi dan sokongan dengan cara paling keji di sisi agama iaitu meng'fitnah' dan mengumpat.

Macam manalah seruan 1M nak tercapai kalau dah sesama kaum bangsa dan agama sendiri pun takde perpaduan. Inikan pulak nak menyatukan kaum bangsa dan agama yang lain. Apa ada hal dengan beza warna dan logo bendera kalau betul nak 1M...?!

Saturday, April 03, 2010

apa hal?!

Apa hal nak perjuangkan hak asasi kaum wanita sana sini?!
Apa hal nak laungkan kebebasan wanita sana sini?!
Apa hal!!

Dok sibuk perjuang hak sana sini padahal diri sendiri pun tak pernah nak bersyukur dan berterima kasih kerna dilahirkan sebagai seorang wanita.

Padahal tanggungjawab sebagai seorang isteri terhadap suami, anak-anak dan rumah tangganya sendiri pun dok suruh orang gaji indon yang buat.

Padahal diri sendiri pun dok dedah aurat sana-sini, apa lagi nak bertudung yang punya senang pun tapi tak boleh nak buat. Tak cukup dengan itu dok pertikaikan tentang hukum aurat wanita sedangkan telah nyata dan jelas hukum itu dari yang Maha Esa dan bukannya suka-suka ditulis sendiri.

Padahal diri sendiri pun tidak pernah nak bersyukur dan nak memahami fitrah dilahirkan sebagai seorang wanita.

So, apa hal!!

mengilai di gig.

8 tahun tu..

Hari Rabu lepas aku menonton rancangan 'Bersamamu' kat tv3. Bukan minat sangat pun tapi pasal minat kat 'host'nya yang cun tu jer. Kesian pulak aku nengok kat budak laki dalam slot hari tu, ada penyakit dari dalam perut yang tak dapat dikesan oleh doktor. Skang budak tu terlantar jer kat umah tanpa mampu berbuat apa-apa. Mengikut kata ibunya, ia berpunca selepas pembedahan membuang apendiks yang dilakukan ke atas anaknya. Malah menurutnya lagi, mereka sudah berulang-alik ke hospital setiap tahun bagi mengesan apakah penyakit sebenar yang dialami anaknya itu dan kini dah masuk 8 tahun tapi masih tiada sebarang jawapan lagi dari pihak hospital.

Aku terfikir sejenak. 8 tahun tu. Bayangkan, bukannya 8 bulan, bukannya 8 minggu, bukannya 8 hari dan bukannya 8 jam. 8 tahun..! Sepatah haram jawapan pun tak dapat lagi. Tu belum kira yang setiap bulan kena pegi buat medical check-up kat hospital lagi. Tak termasuk duit ubat lagi. Dah 8 tahun... Apa tujuan suruh datang hospital setiap bulan pun aku tak tahu. Bukannya makin sembuh pun. Hospital kerajaan pulak tu. Takkan tak cukup facility kot. Takkan takde doktor yang terlatih kot. Last-last, emak aku pulak bersuara dari dapur. Kata mak aku "pasal yang sakit tu bukan dari golongan berada, bukan anak dato', anak tan sri... tu yang sampai 8 tahun tu... nak cukupkan lagi 2 tahun baru ler dapat tahu apa penyakitnya...". Aku tersenyum sendirian.

Nasib budak lelaki itu baik kerana mendapat perhatian dari ahli dewan undangan negeri tempatnya. Sekali lagi emak aku bersuara, sayup-sayup dari dapur... "dah masuk tv baru ler nak nampak batang hidung..! selama hari ni.. apa yang kome nampak..?!". Aku tersenyum lagi.

Mungkin betul cakap mak aku tu, kena jadi orang kaya dulu baru dapat bantuan. Kena jadi anak dato', anak tan sri dulu baru boleh dapat bantuan. Kena masuk tv3 slot 'Bersamamu' baru orang nak datang rumah hulur bantuan.

Kesimpulannya.....???