Wednesday, May 05, 2010

anak abah..

hairan bin ajaib...
bagaimana seorang remaja yang baru berusia 15 tahun boleh memandu kereta?
tak taulah kalau akta undang-undang keselamatan jalan raya dah digubal di parlimen, membenarkan individu dibawah umur 17 tahun mengambil lesen kenderaan.

telah menjadi kebanggaan bagi mak bapak zaman sekarang membenarkan anak-anak mereka untuk memandu kenderaan seawal usia belasan tahun lagi.

yelah, barulah orang lain tengok tu rasa dengki sikit. anak awak sorang je yang pandai bawak kereta, bawak motor. orang lain pun cakap andalah mak bapak yang paling pandai sekali kat dunia ni dalam bab-bab mendidik anak.

anak-anak tak boleh ditegur, dimarah malah dijentik sikit pun tak boleh. nanti anak-anak tu lari pulak dari rumah. tapi kalau anak-anak tu perangai dah kalah lagi dari syaitan dan iblis adalah patut dibelai dan diberi kasih sayang sepenuhnya.

teringat kat iklan dalam sinar fm tu.... 'alahai, anak abah...'..

apabila #2

apabila pihak polis makan rasuah semua masyarakat mula menyelar dan mencaci dengan pelbagai 'statement' dan sentimen-sentimen kurang enak.

mengapa pak menteri dan mak menteri , dato'-dato' dan tan sri-tan sri makan rasuah tidak diselar dan dicaci dengan bahasa-bahasa kreatif kurang sopan biadap kurang ajar kamu?

apabila pihak polis menyalah-gunakan kuasa ramai pula yang melaungkan 'statement' human right sana sini, anti sana dan anti sini.

mengapa pak menteri dan mak menteri, dato'-dato' dan tan sri-tan sri menyalah-gunakan kuasa tidak kamu laungkan hak-hak dan anti-anti kamu ke sana ke mari?

sepuluh ringgit yang diberi oleh pesalah jalan raya kepada anggota keselamatan lalu lintas untuk mengelak dari di saman sudah mampukah bagi anggota itu untuk membeli sebuah rumah, perkakasan elektrik, perabot rumah, barang-barng kemas buat isteri dan hanset buat anak-anak?

bagaimana pula dengan insentif lima puluh ribu yang diberikan kepada peneroka-peneroka?

bagaimana pula dengan sikap diri sendiri yang tidak pernah mahu mematuhi arahan-arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan padahal ia demi menjamin keselamatan dan kestabilan diri sendiri?

atau diri sendiri yang sebenarnya jenis tak boleh ditegur, ego bodoh sombong, jenis tak makan saman dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul?

cermin diri sendiri dahulu...

apabila...

apabila kaum wanita disarankan memakai purdah, menutup auratnya, maka ramai yang mengatakan ianya suatu bentuk penindasan dan berfikiran ala konservetif.

apabila kaum wanita menjadi suri rumah tangga, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu maka ramai yang mengatakan ianya suatu bentuk 'lifestyle' yang ketinggalan zaman dan ala ortodoks.

apabila kaum wanita dikatakan tidak mampu menjadi pemimpin maka ramai yang melaungkan slogan ' tangan yang menghayun buai, mampu menggegarkan dunia'.

tetapi,

apabila kaum wanita dijadikan 'front cover model', mendedahkan auratnya di khalayak ramai, dijadikan santapan seks sang jantan di kelab-kelab malam, dijadikan 'porn actress' atau 'porn star' di dalam industri-industri hiburan maka tiada salah dan silapnya.

kemana hilangnya istilah-istilah penindasan, human right, konservetisme dan ortodokisme??

siapa yang menindas dan siapa yang merelakan ditindas???

nothing

restless mind
wondering all days
nothing to do
nothing to say...