Wednesday, September 07, 2011

Aidilfitri

Raya.. raya... raya... walaupun yang bekerja dah balik bekerja, yang belajar dah sambung belajar balik, raya tetap raya. Syawal kan sebulan. Cuma sambutannya saja yang tak macam sambutan raya pertama dan kedua.

Raya kali ini adalah raya yang pertama tanpa datuk yang baru saja meninggal dunia seminggu sebelum raya. Kalau sebelum ini, beraya tanpa ayah yang juga meninggal seminggu tetapi seminggu sebelum puasa. Namun raya tetap raya, tak boleh sedih-sedih sangat. Yang dah pergi biarkan pergi, tuhan lebih menyanyangi mereka. Andai teringatkan arwah, sedekah sahaja al-fatihah. Itu yang lebih baik dari menangis tak henti-henti.

Bagi sesetengah orang, hari raya adalah seperti medan atau medium utama untuk mereka. Medium untuk sebuah showcase.

Hari raya bukan tempat atau masa untuk nak buat 'car show' bagi yang nak tayang kereta baru, kereta mewah mahupun secondhand walau sebahagian besarnya bawak balik kereta sewa. Tapi lagaknya mengalahkan dari orang yang punya kereta sendiri. Lebih-lebih lagi yang balik dari KL tu.... beware yop. (KL kereta sewa murah weh..!!)

Hari raya juga bukan tempat untuk organize fesyen show walaupun ada setengah tu kerja tak besar mana pun tapi bergaya dah kalah pegawai eksekutif.

Hari raya adalah hari kemenangan setelah sebulan menahan nafsu, nafsu makan, nafsu mata, nafsu telinga, nafsu mulut dan nafsu syahwat. (khas buat yang berpuasa sahajalah..!) Maka, jangan jadikan raya sebagai hari untuk buat showcase.

Namun, raya sekarang memang dah tak sama macam raya dulu-dulu waktu aku kecik-kecik. Mana taknya, ketika itu kanak-kanak dan remaja-remaja masih bebas tangan serta pala otaknya dari pengaruh hanset dan facebook.

Raya dahulu lebih meriah dan disambut penuh kesyukuran berbanding sekarang.

Ada juga yang sengaja suka menimbulkan kekecohan tak kira raya ke tak raya. Orang sibuk buat persiapan nak beraya, yang sorang lagi ni pulak sibuk nak berceramah politik sana sini sedangkan kopiah tak pernah lekang di kepala.

Yang terbaru dan terhot adalah 'komunis adalah wira sebenar...' kata timbalan presiden PAS sendiri. Hadui... masih ada yang tak tahu bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi negara. Kadang kala buat aku tertanya-tanya, apalah masalah sebenar orang-orang macam ni?

Kalau rasa tak suka pada negara ni, kenapa tak keluar saja dari sini pergi negara lain. Kalau dah memang sistem pemerintahan negara ini sekular, tapi kenapa masih nak harapkan subsidi kerajaan dan pinjaman PTPTN? Kenapa masih nak hantar anak-anak ke sekolah-sekolah kebangsaan dan universiti-universiti kerajaan?

Tak paham, tak paham dan tak paham...

Akhir kata, buat seluruh umat Islam di negara ini, bersyukurlah kita kerana masih dapat menyambut syawal dengan aman makmur dan meriah. Lihat sahaja saudara-saudara Islam kita di negara-negara lain yang mana menyambut syawal dengan bom atom, peluru berpandu dan peluru bertebangan beserta jet pejuang sana sini.

Jadikanlah iktibar dan bersyukurlah ke hadrat Ilahi.