Majlis tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya. Syabas dan tahniah buat qari dan qariah yang dipilih sebagai pemenang. Tak lupa juga buat qari dan qariah dari seluruh dunia yang turut serta bertanding memeriahkan lagi majlis. Buat juara qari dari Mesir, gua memang dah jangkakan dah beliau akan menang. Mana taknya, slumber dan 'gembel' jer baca tanpa perlu sedikit pun tengok kitab. Timing beliau pun memang tepat. Setiap ayat disebut satu persatu dan boleh dengar sendiri clear setiap ayat tu. Dah tu siap boleh lambai tangan lagi lepas abis baca kat audiens. Mentang-mentang ler dia paham apa yang dibaca. Gua respek sama lu bro. Lain le macam yang punya diri ni, terpinga-pinga nak paham. Tau baca jer (malu). Ada jugak sorang qari dari golongan OKU tapi gua dah lupa dari negara mana.
Buat qari dari Malaysia, tahniah juga kerana masih mengekalkan tradisi kita untuk setiap tahun tercalon sebagai pemenang walaupun just naik juara saja. Keadaan dah tak sama macam dulu-dulu. Qari dan qariah dari negara luar pun dah pandai berlagu dalam bacaan mereka. Mereka pun banyak belajar dari orang kita jugak sebenarnya. Tapi kemenangan bukanlah segalanya, yang penting keikhlasan kerana Allah dan bertujuan memeriahkan lagi majlis tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia kini telah pun hampir menyamai tahap Las Vegas ataupun Junior Las Vegas bagi sesetengah tempat amnya tak kira budaya, pemikiran dan lifestylenya. Namun perkara-perkara ataupun aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan masih menjadi teras utama dan masih lagi diteruskan. Alhamdulillah di sini. Diharapkan, majlis yang menjadi annual event ini akan terus menerus dijalankan dan sentiasa mendapat kesinambungannya sampai bila-bila. Enjoy-enjoy jugak tapi amal ibadat jangan dilupa.
Kebiasaannya, kalau organise sesuatu event tu, golongan-golongan VVIP dan VIP menjadi tetamu kehormat yang harus ada. Malah golongan-golongan perasan vip juga turut sama tanpa rasa segan silu menempelkan diri dicelah-celahan seat tetamu kehormat tadi. Biasalah tu, dah namanya pun kaki bodek kaki jilat. Selagi boleh jilat, selagi tak kering ler dijilatnya.
Bagi tetamu kehormat ini biasanya mereka hanya hadir sebanyak 2 kali sahaja iaitu semasa pembukaan atau perasmian majlis dan ketika majlis penutupan. Normallah dalam majlis seperti ini siapa yang nak turut sama meng'setia'kan diri untuk feature setiap hari even ngko buat free pun they all hinginnya. Lain le kalo majlis nyanyi-nyanyi, hiburan-hiburan tu tidur terus kat tempat event tu pun they all sanggup. Dan lagi kebiasaanya, masa ni jugaklah kita nak tengok menteri-menteri kita ni menguap dua tiga kali. Silap hari bulan kalo ada rezeki nak tengok camana rupa menteri kita tido pun boleh. Ini terpulang juga kepada cameraman yang bertugas samada mereka cekap atau tidak. Dalam majlis perasmian hari tu, dapat jugak tengok menteri terlelap sekejap. Gila sharp punya cameraman. Tak lama la ngko berkhidmat tu.
Dalam majlis-majlis sebegitu bukan saja manusia-manusia yang hadir malah Setan-Setan pun turut serta tak nak lepaskan peluang. Yelah, diorang tu mana ada cuti-cuti macam kita ni. Half day pun takde. Setan ngantuk, setan boring, setan nguap, setan sembang, setan suruh balik cepat dan bermacam spesis lagi. Tak kurang juga buat para penonton di rumah yang menonton dikaca tv iaitu setan tukar channel lain. Dashyat doh......
Tapi dalam ramai-ramai vvip malam tu, ada sorang lagi yang takde. Biasanya beliau ni dalam mana-mana saja ada event gerenti muka nyelinap masuknya. Kalo tak feature muka beliau dalam berita memang tak sah ler sesuatu event tu. Pendek kata tak berseri ler. Tu belum suruh beliau bagi pendapat lagi tu. Kalah penulis-penulis novel tersohor negara dibuatnya. Memang profesor serba tau gua cakap lu. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim rasanya gua tak perasan ler. Rasanya takde pun. Aii..., takkan tak datang kot. Majlis penutup pun takde. Mana boleh tak dijemput. Masakan MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN tak dijemput. Tak tau ler kot mata aku buta malam tu.
Majlis bercorak hiburan, melalak sana melalak sini si artis boleh pulak jemput beliau yer. Even tak jemput pun sanggup hadirkan diri tak tahu malu. Yang melalak-lalak terkinja-kinja atas pentas tu namanya kebudayaan dan kesenian yer...?! Ohhh... baru hari ni gua tau....
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!