Diam tak diam, dah 53 tahun kita menyambut kemerdekaan. Kemerdekaan yang bukan sepenuhnya bagi ku. Kemerdekaan yang bukan hakiki. Dan pertama kali juga kita menyambutnya di bulan ramadhan yang mulia penuh keberkatan. Maka mengapa tidak ia disambut dan dirai dengan penuh rasa kesyukuran. Syukur pada yang maha Esa. Kalau tidak dengan izin-Nya belum tentu kita merasai nikmatnya kini. Sebarang usaha dan akal fikiran yang bernas jika tidak diringi dengan izin-Nya pun belum tentu akan menjadikan kemerdekaan itu suatu kenyataan.
Haruskah disambut dengan event-event dan function-function bajet besar? Perlukah diraikan sebegitu? Mungkin ia suatu kejayaan selama 53 tahun di dalam menjayakan event sebesar begini.
Satu perkara yang sentiasa bermain difikiran, pernahkah kita melahirkan rasa kesyukuran kepada yang Maha Esa di atas nikmat yang dirasai ini setiap kali tibanya 31 Ogos...?
Merdeka... merdeka... merdeka....
Bagaimana pula dengan alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah....?
Salam merdeka khas buat warga yang merdeka sahaja.
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!