Pihak berkuasa dan orang awam memang tak pernah punya hubungan yang baik. Sering kali dilihat bagaimana setiap tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa khasnya polis yang senantiasa menjadi mangsa dan bahan untuk orang awam menghentam sana sini. Sampaikan polis nak sentuh sikit ketua kepala samseng india pun tak boleh. Bertentangan dengan akta hak asasi manusia katanya. Human right konon. Padahal si kepala samseng tu dah berapa ramai orang tak berdosa termasuklah orang melayu sendiri yang pernah dibunuhnya. Human right la katakan.
Hak apa? Hak untuk melakukan jenayah? Hak untuk melanggar peraturan dan undang-undang? Hak untuk buat sesuka hati tanpa ada batasan? Hak untuk berpakaian seksi tak ubah seperti separuh bogel? Hak untuk bercumbu dikhalayak ramai? Hak untuk mabuk? Hak untuk tidak mengerjakan amal ibadat? Hak untuk keluar dari agama bila dah cukup umur? Begitu? Inikah perjuangan yang kamu laung-laungkan?
Berduyun-duyunlah datang segerombolan golongan-golongan aktivis dan ngo-ngo yang entah dari mana asal-usulnya mula menyuarakan kata-kata "every human has right", salah guna kuasa pihak itu dan ini dan macam-macam lagi. Apa yang menghairankan, semua yang memperjuangkan ideologi itu punya pegangan agama masing-masing termasuklah orang Islam sendiri.
Persoalannya, kalau semua punya pegangan agama masing-masing kenapa perlu memperjuangkan human right? Malaysia sebuah negara yang punya perlembagaan malah dalam rukun negaranya sendiri ada menyatakan bahawa "kepercayaan kepada tuhan". Maka, adakah anda tidak punya kepercayaan kepada tuhan dan ajaran agama sendiri amnya buat orang melayu. Kenapa perlu disanjung sangat akan ideologi bekas penjajah dan bukan Islam itu?
Seperti kata ketua polis negara dalam rancangan diskusi yang ditayangkan di tv9 tidak beberapa lama dahulu yang berbunyi, "rakyat Malaysia memang suka menggalakkan kejahatan dan jenayah...". Ada betulnya kata beliau. Orang kita punya ego yang lebih besar dari kepala sendiri dan tahap bodoh sombong yang maksima. Tak boleh ditegur dan tak boleh ditegah. Terimalah hakikat.
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!