Dua hari yang sudah, aku berbuka dalam keadaan gelap. Ada blackout kat taman aku. Hujan lebat turun tak henti-henti dari pukul 7 membawak sampai ke tengah malam. Angin kencang dengan kilat sabung-menyabung. Hanya berpandukan cahaya lilin sahaja.
Makan pun ala kadar jer, simple. Aku just minum dan jamah kuih popia goreng 2 ketul jer. Tak berapa selesa nak makan. Mak aku pun sama, makan sikit jer dulu. Mana taknya, kat luar tu kilat sabung-menyabung, guruh berdentum-dentam dengan angin bertiup kencang. Takut dan risau pun ada. Itu yang buat tak berapa selesa. Risau kalau-kalau melayang ditiup angin atap bumbung rumah. Dekat sejam jugak ler hujan lebat dengan kilat serta guruhnya. Nasib baik lepas tu hujan mula reda tapi berlarutan sampai dekat tengah malam. Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku pada kami dan rumah.
Masa nak tido, aku teringat balik apa yang berlaku masa nak berbuka tadi. Ada pengajaran disebalik kejadian tersebut. Syukur aku kehadrat ilahi kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup. Tak senang, susah sangat pun tak jugak. Sederhana. Bayangkan mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang daif dan miskin. Setiap malam bertemankan lilin-lilin, bermandikan air hujan dan bertaruhkan nyawa dari kilat sabung-menyabung, angin kencang dan atap bumbung rumah yang hanya menunggu masa sahaja menyembah bumi. Baru aku sedar betapa bertuahnya aku. Baru aku sedar betapa kecilnya aku disisi-Nya. Betapa syukurny aku kerana diberi peluang untuk merasai kesusahan dan kepayahan ini walau hanya seketika.
Sesungguhnya, bulan ramadhan yang baik lagi mulia ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran bagi kita semua.
No comments:
Post a Comment
leave your comment or leave this site!!