Saturday, June 26, 2010

terfikir tertanya...

Dalam paper hari ni...
Kerajaan tidak meluluskan lesen judi bola sepak seperti yang diwar-warkan di parlimen sedikit masa dahulu. Kerajaan negeri Perak bersama MBnya Dato' Seri Zambry Abdul Kader terdahulu telah menyuarakan rasa tidak setuju dan menentang sekeras-kerasnya cadangan lesen judi tersebut. Masih ada lagi orang-orang "besar" ni yang punya kesedaran agama dan tahu membezakan yang mana halal dan haram. Jangan dek kerana ada pangkat menteri, sampai yang haram pun boleh nak dihalalkan, yang dosa pun boleh dipahalakan. Jangan sama sekali hendaknya. Kadang-kala membuat aku terfikir dan tertanya-tanya pada diri sendiri..... Malaysia ni sebuah negara Islam yang berpegang teguh kepada agama atau hanya sekadar negara yang berpegang kepada etnik bangsanya sahaja..?

Saturday, June 19, 2010

Setan Merah, Si Biru, Kolam Hati & Gudang Senjata

bajet letak mamat-mamat "Setan Merah", "Si Biru", "Kolam Hati" dengan "Gudang Senjata" tu dah cukup ampuh la untuk qualify. penyudahnya, tersungkur jugak. pasni, gerenti ada yang kena pelangkung bila sampai jer ke tanah jajahan sendiri especially si cikgu Itali tu yang dah tentunya jadi main target sebaik saja mencecahkan kaki ke airport. tahun 66 dulu menang pun sebab bebudak samba and the others tak tahan dengan corak keras dan agresiveness you all. at that time pun sistem pengadilan masih di tahap bawah sedar lagi. so, what's left for "si bendera putih bersalib merah" ni??

sembang...

petang ni, macam biasa aku akan bagi rezeki dan tambah rezeki kat mamak seberang jalan rumah aku. aku memang baik, selalu bagi rezeki dan bersedekah kat orang lain. itu lebih elok dari aku merempit dan usung anak dara orang sana sini. cuma satu jer yang tak eloknya, sure aku tinggal solat maghrib punye. semua ni TV1 punye pasal ler. penaja dan penyiar rasmi konon. konon siap ada live, delayed dan ulangan lagi. penyudahnya, live ntah ke mana, delayed haram, ulangan langsung ler. promote dalam tv hari-hari sampai macam nak pecah tv rumah aku. macam le Malaysia ni qualified jer. sembang orang melayu betuiii...

Thursday, June 17, 2010

so....

segala-galanya berkaitan dengan soal hiburan di negara tercinta ini. hiburan yang sudah dan terlalu melampau. targetnya sudah tentulah anak-anak muda. anak-anak muda sekarang dan beberapa tahun yang akan datang, akan mula hilang minatnya terhadap pengajian tinggi di universiti, kolej mahupun mana-mana institusi pengajian yang disediakan. jangan terkejut sekiranya suatu haru nanti ada institusi-institusi ini yang akan gulung tikar. sudah tentu AF, Malaysia Idol, One In a Million dan sebagainya akan jadi pilihan anak-anak muda ini suatu hari nanti. sijil-sijil kelayakan hanya akan tinggal nama sahaja.
takut..? risau..? mengapa perlu takut dan risau..? bukankah kita sendiri lebih menyanjungi para penyanyi dan pelakon? bukankah kita sendiri yang menjadikan mereka ini sebagai ikon kita? bukankah kita sendiri yang menggalakkannya? pernahkah kita hendak menyanjungi para tokoh-tokoh agama, ulama-ulama, ustaz dan sebagainya. pernahkan kita hendak memberi pengiktirafan kepada mereka ini seperti mana kita memberi pengiktirafan kepada para penyanyi dan pelakon? ketua, pemimpin dan wakil yang mana peka kepada kehendak hiburan dan keseronokan, inilah yang menjadi pilihan utama kita. kita lebih risaukan kepada ketiadaan tempat-tempat hiburan dan keseronokan daripada perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan seharian.
So, it's all about entertaiment...

kiri @ kanan?


pilih...
apapun pilihan anda, itu hak anda.
tapi jangan sampai lupa akan asal kejadian kita.
ingat...
lahirnya kita sebagai seorang Muslim adalah perkara yang paling terindah dalam kehidupan dan kejadian manusia tanpa kita sedari sendiri.
(mylifeisepic.wordpress.com)

Wednesday, June 16, 2010

jelik...

Dah berapa hari dah, aku dok kaya-kan tokey kedai mamak jer. Rasanya dalam sebulan ni mau rekod bersih aku dalam menjadi pengunjung setia kedai mamak. Mak aku dah malas nak cakap dah. Apa bole buat, anak orang lain pun macam aku jugak.
Sejak kedai-kedai mamak ni dah buat free WI-FI, kemudahan untuk para pengunjung yang nak online. Yelah, line free la katakan. Barang free sapa yang tak nak! Tapi bagi aku ia sangatlah menyusahkan dan menjelikkan. Terutama bagi yang bertujuan nak datang makan minum dan tengok live bola.
Personally, aku merasakan pengunjung-pengunjung spesis online ni amatlah menyemakkan dalam kedai mamak tu. Kena pulak time demam bola ni, amatlah menjelikkan. Weiii, kalo dah nak online sangat dok umah je lar lagi baik. Beli laptop mahal-mahal, macam-macam brand pulak tapi takkan nak bayar line streamyx yang berapa puluh je pun tak mampu! Kan skang ni dah macam-macam pakej streamyx dah ada. Pilih jer la... bukan mahal mana pun. Kalo tak, jangan usung laptop korang tu ke sana ke mari. Ada setengah tu, kejap ketika tu jugak ler nak online facebooknyer la, nak blogging la, nak buat assignment la dan macam-macam pe'el lagi ler. Nampak sangat 'palo'nyer (bahasa orang Perak)...
Yang menghairankan tu, datang bukan main lagi dengan baju bola masing-masing. Dah tu layan je lar bola kat tv tu, buat per yang nak sibuk kejap ketika tu jugak nak ber-onlinenyer. Kesian le kat orang-orang yang datang semata-mata nak tengok bola ni. Semalam jer dah berapa orang dah yang dok online time game tengah main. Duduk depan dekat tv pulak tu padahal bukan nak tengok pun. Orang yang tengok bola pun dok jauh belakang semata-mata kerana manusia-manusia kemaruk dan perasan 'IT'nya ni. Nak kata keje hebat sangat tak jugak. Kot keje web designer ke takpe le jugak. Ini haram! Gua yang keje kat printing company as a designer pun takde nak usung pc sana sini. Orang lain tengok aku pun diorang tak tau ape keje sebenar aku. Ingat aku budak haprak jer..
Buat manusia-manusia spesis online ni, gua kasi last warning sama lu orang...
Jangan sampai gua bawak pc rumah gua complete sekali dengan speaker kat kedai mamak tu!! Lu orang punyer ada seketul jer, tapi gua selambak!!!

marah.. marah.. marahhh...

Marah...
Semalam pun marah..
Hari ni pun still lagi...
Minggu lepas punyer marah pun belum reda lagi...
Tengok orang rasa nak pukul jer, rasa nak pijak, rasa tikam pun ada...
So kalo tak nak kena tikam jangan memandai buat lawak bangang depan aku dalam sehari dua ni...

Begitu..??

Bantahan terhadap lesen judi bola sepak sebenarnya adalah lebih bersifat peribadi - Tun Mahathir (sumber dari RTM1, warta jam 8.00 malam, 15.06.2010)
So, maknanya ia lebih kepada kepentingan atau rasa ke-tidakpuasan hati individu semata-mata jelah...
Bukankah judi itu dan segala yang seangkatan serta yang sejenis dengannya adalah haram disisi agama Islam kita.
Demikian, mengapa Tun boleh kata yang ia lebih bersifat peribadi? Adakah semata-mata kerana yang membantah usul tersebut terdiri dari individu-individu parti pembangkang?
Maknanya, jika sesuatu usul atau cadangan itu yang datang dari mulut bukan pembangkang maka ia mestilah dipersetujui sekalipun ianya jelas haram dan bertentangan dengan hukum syarak agama. Begitu..??
Masyaallah....

Tuesday, June 08, 2010

Hari paling berani..

Hari ni adalah hari paling berani bagi diri aku. Tau apasalnyer?
Tadi aku sudah 'fight' sama one of my boss kat opis. Aku ada dua boss, boss besar (memang besar pun, kurang skit dari syanie jer) dan boss kecik (memang padan pun ngan badan kurus keringnyer). Motif utama pergaduhan adalah kerana kehilangan kunci ketanya. Kunci keta dia hilang, tak pasal-pasal nak moody padahal dia sendiri yang hilangkan!
Tak cukup dengan itu, dia bole balik umah pi tido (rumah boss kecik aku tak jauh dari opis), sambil meninggalkan keje yang berlambak yang sepatutnya dah diproceed ke kilang. Dah tu aku pulak yang terpaksa take over keje dia dengan tray 'job in' aku yang berlambak-lambak dengan dateline yang perlu dibereskan. Customer sudah telepon berkali-kali tanya design dah siap ke belum. Dah le aku jugak yang nak mengadap monitor, logistik punye bahagian pun aku nak kena cover jugak. Lu ingat gua sotong ke atau spider boss tangan banyak?! Kalau dah aku nak kene cover keje dia dah tu sapa plak nak cover keje aku? Boss besar? Makan tido tau le dia!! Nak fax surat pun bangang tak reti.
Dah le aku sampai 2 kali berulang pegi rumah boss kecik ni panggil dia balik ke pejabat, last-last bini dia kasi tau aku "abang pening... tak sihat.." Huh, mulianya alasan ngko! Penyudahnya, dengan boss kecik sama wife dia sekali aku sumpah seranah maki hamun tadi. Dengan selambanya aku cakap "bodoh!!" campur beberapa ayat lain lagi yang telah di-censor oleh management blog ini. Ambik kau, dua-dua dapat pangkat. Setelah puas nyumpah seranah, aku pun start keta drive balik rumah, jam baru je pukul 4 ptg. Puas hati aku..
Esok tak tau apa ceritaaa... Gua plan nak bawak pisau potong daging je simpan dalam stokin. Amacam, ada berani..??!!

Thursday, June 03, 2010

trimas boss

7 hari jer lagi...

start next week sampai ler bulan depan, ramai yang datang ke opis dengan mata bengkak tak cukup tido. topik perbualan pun bakal berubah buat sementara waktu. orang yang tak tahu-menahu langsung pun akan turut sama bersembang nak tunjuk terror. padahal mana rupa rumput pun tak kenal. padang depan rumah pun tak pernah ada hati nak pijak.

petang tadi kat opis, boss aku sudah sound sama aku.. katanya nak bawak masuk tv satu..
memang bagus aku katakan cadangan beliau tu. lagi meriah ler keadaan opis dengan hiruk pikuk sorakan manusia-manusia. aku cakap kat boss... nak lagi best kasi masuk flat screen 40' inch nyer. lagi real boss...

tapi, design work yang berlambak dalam tray tu sapa nak tolong settlekan pulak?

trimas boss kerana memahami ku. dalam sebulan tu kita rest kejap work kita yer boss...
boss takyah keluar pegi buat marketing dan aku takyah teruk-teruk nak ngadap monitor siapkan dateline. tak gitu boss...?!

gaji still jalan yer... boss..!?

hari ini dan semalam..

camanalah aku bole terjerumus dalam bidang keje yang aku buat skang nih...

hari-hari dateline..
hari ni dateline...
esok dateline...
lusa dateline...
tulat pun dateline..
semalam pun sama...
hari-hari yang sebelumnya pun camtu jugak..

tu baru company kecik besar taik idung, belum lagi masuk company taraf keparat-keparat tu...
mau tak balik rumah terus aku...
mintak kerani kot baru dapat balik awal, keje pun tenang...
mintak promoter kat supermarket billion bole balik cepat, tapi gaji ciput ler...

dah tu gaji skang ni besor sangat ker..??? #$%@!!!

kisah betul..

8.30 am to 5.30 pm - dalam appointment letter..

8.30 am to 7.30 pm - durasi sebenar aku habiskan masa di pejabat..

bila sesekali dapat balik on-time 5.30, rasa nak laungkan 'merdeka' 7x macam yang Tunku pernah laungkan..

tu pun tak kaya-kaya jugak, ambik gaji buang gaji... tu je lar..

bila lar agaknye........ hish... #@%$!!!

Tuesday, June 01, 2010

ish.. ishh..

macam manalah ada menteri kita yang boleh galakkan pertaruhan dalam sukan? bukankah pertaruhan itu boleh membawa kepada unsur-unsur perjudian. orang macam tu pun layak di angkat sebagai ketua atau wakil kepada rakyat... ish.. ishh..

an justice 4 all..

Jumaat ari tu ada live bola kat TV 1.. Fiesta Perak Cup. Lagenda Perak beraksi. Antara pemain yang akan beraksi adalah Azizul Abu Hanifah.

Game setart 8.45 pm. Masa live nampak team lawan dah bersiap sedia tapi player Perak tak keluar-keluar dari bilik persalinan. Game start agak lambat. Ada cerita mengatakan Player Lagenda Perak dah bukak boot dan Jersi tak nak main sebagai protes kerana Azizul tidak dibenarkan bermain bersama mereka.

Pengurus pasukan Dato Jamal Nasir terpaksa memujuk pemain agar bermain dalam perlawanan tersebut demi menjaaga nama pengajur dan perlawanan tersebut juga di siarkan secara langsung.

Kes berpunca dari team lawan yang buat protest kerana Lagenda Perak menurunkan Azizul Abu Hanifah sebagai salah seorang pemain. Untuk makluman Azizul digantung dari menyertai mana-mana kejohanan anjuran FAM atas kes beliau satu ketika dulu. Dengarnya seumur hidup..

Tapi game malam tu anjuran FAM ker? Wak J kata kalau Azizul beraksi akan menengelamkan aksi dan prestasi team lawan dan antara meraka adalah kakitangan FAM.. Mungkin sebab tu kot maka Azizul tidak boleh beraksi....

Aura Azizul begitu kuat sehingga hari ini, sampaikan dalam perlawanan charity seperti Jumaat lepas pun beliau tidak boleh beraksi. Takut berjangkit dekat pemain lain gamaknya..

Kalau macam nie punya perangai pun ada..lengkali jangan buat hukuman gantung main bola.. tapi tukar ker hukuman tembak sampai mati..

Dan tambah sekali kalau setiap kali ranking Bolasepak Malaysia jatuh... mana-mana yang terbabit mengendalikan persatuan tersebut bawak-bawak berambus... bagiler kat orang lain pulak.. awak tu dah tak de idea... kata bodo kang marah..

The event is organised by Manifest Media Sdn. Bhd, the publisher of Majalah Stadium, Perak State government and Radio Perak FM.

TAK DE NAMA F.A.M PONNNN???? Abis kenapa ada muka tak malu nak sibuk.

"Piala cap ayam macam tu selangor dok gila nak gak.. sampai protes-protes..... orang nak tengok legend main.... bukan heran sangat sapa yang menang.... tarak akai punya selangor"

p/s :- sumber diperolehi dari yob4ever.com. penyokong-penyokong selangor jangan marah yer.. apa yang dicakap tu ada betulnyer.. zainal ngan dollah tu rekod bersih sangat ker? ada orang yang berpengaruh cover, boleh le selamat...