Thursday, June 17, 2010

so....

segala-galanya berkaitan dengan soal hiburan di negara tercinta ini. hiburan yang sudah dan terlalu melampau. targetnya sudah tentulah anak-anak muda. anak-anak muda sekarang dan beberapa tahun yang akan datang, akan mula hilang minatnya terhadap pengajian tinggi di universiti, kolej mahupun mana-mana institusi pengajian yang disediakan. jangan terkejut sekiranya suatu haru nanti ada institusi-institusi ini yang akan gulung tikar. sudah tentu AF, Malaysia Idol, One In a Million dan sebagainya akan jadi pilihan anak-anak muda ini suatu hari nanti. sijil-sijil kelayakan hanya akan tinggal nama sahaja.
takut..? risau..? mengapa perlu takut dan risau..? bukankah kita sendiri lebih menyanjungi para penyanyi dan pelakon? bukankah kita sendiri yang menjadikan mereka ini sebagai ikon kita? bukankah kita sendiri yang menggalakkannya? pernahkah kita hendak menyanjungi para tokoh-tokoh agama, ulama-ulama, ustaz dan sebagainya. pernahkan kita hendak memberi pengiktirafan kepada mereka ini seperti mana kita memberi pengiktirafan kepada para penyanyi dan pelakon? ketua, pemimpin dan wakil yang mana peka kepada kehendak hiburan dan keseronokan, inilah yang menjadi pilihan utama kita. kita lebih risaukan kepada ketiadaan tempat-tempat hiburan dan keseronokan daripada perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan seharian.
So, it's all about entertaiment...

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!