Wednesday, December 29, 2010
Arwah Ayah
Sunday, December 26, 2010
I'm a Muslim's too.
Kecoh jugak ler dalam facebook sehari dua nih dek pasal upcoming show kat atas tuh. Sampai ada yang sanggup melabelkan sesama manusia dengan gelaran yang aku sendiri pun meremang bulu satu badan membacanya. Mungkin individu tersebut terlupa dan tak sedar bahawa beliau telah membuka 'pekong'nya sendiri.
Peminat muzik metal di sini sudah lebih bijak dan matang kini dalam minat muzik mereka berbanding dengan dahulu. Saya kira mereka sudah pun maklum sendiri bagaimana nak membezakan antara muzik dan ideologi mahupun culture. So tak perlulah nak melabelkan peminat muzik sebegini dengan bahasa-bahasa yang kasar dan tak menyedapkan.
I'm a Muslim's too and I have Faith. I only believed in Allah S.W.T. which is the only god and Muhammad is the messengger. I'm not a satanic worshipper nor even satanic follower. I'm just a normal person and human being same as you are. I'm just a Music Lover who interested in Metal. That's all. Watching this band performance or listen to their songs would never ever change my believe's and IMAN's. Insyaallah...
Wednesday, December 15, 2010
Penapis Air
Laptop sana sini ke usung, tak boleh tinggal bagi memudahkan kerja. Kata-kata juga kena susun rapi biar sampai kalah budak U yang nak buat presentation. Baru kasi cair telinga sekali dengan khazanah-khazanah di dalamnya. Pengidap 3 serangkai perlu prepare diri kuatkan gegendang pendengaran. Pakcik makcik, kerani, pegawai kerajaan atau swasta dan guru-guru malah housewive sudah lebih bijak berbicara soal kesihatan dan perubatan berbanding doktor-doktor. Subjek 'medical' bakal dimansuhkan tak lama lagi.
Bukan nak bicara soal kesihatan mahupun perubatan. Bahkan sakit demam mati hidup orang pun takde nak kisah. Bukan masalah sapa-sapa pun.
Ini berkenaan dengan target atau rating. Yang penting 'pointer' atau 'marks' kena naik bulan ni. Rating jualan tinggi, pointer pun tinggilah. Pointer tinggi, bonus atau saguhati pun sure besarlah. Sebuah MPV import buatan Korea bakal menghiasi garaj rumah nanti.
Penyakit sembuh atau tak itu belakang kira. Mati hidup pun aku tak kisah. Janji itu MPV aku yang punya..!!!