Wednesday, December 15, 2010

Penapis Air

Penapis air tengah laku buat masa ni. Sana sini orang dok promote penapis air. Rumah ke rumah, pejabat ke pejabat dan mungkin di sekolah juga. Banyak faedah khasnya bagi kesihatan diri. Sesuai untuk yang kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan mungkin juga mati pucuk!

Laptop sana sini ke usung, tak boleh tinggal bagi memudahkan kerja. Kata-kata juga kena susun rapi biar sampai kalah budak U yang nak buat presentation. Baru kasi cair telinga sekali dengan khazanah-khazanah di dalamnya. Pengidap 3 serangkai perlu prepare diri kuatkan gegendang pendengaran. Pakcik makcik, kerani, pegawai kerajaan atau swasta dan guru-guru malah housewive sudah lebih bijak berbicara soal kesihatan dan perubatan berbanding doktor-doktor. Subjek 'medical' bakal dimansuhkan tak lama lagi.

Bukan nak bicara soal kesihatan mahupun perubatan. Bahkan sakit demam mati hidup orang pun takde nak kisah. Bukan masalah sapa-sapa pun.

Ini berkenaan dengan target atau rating. Yang penting 'pointer' atau 'marks' kena naik bulan ni. Rating jualan tinggi, pointer pun tinggilah. Pointer tinggi, bonus atau saguhati pun sure besarlah. Sebuah MPV import buatan Korea bakal menghiasi garaj rumah nanti.

Penyakit sembuh atau tak itu belakang kira. Mati hidup pun aku tak kisah. Janji itu MPV aku yang punya..!!!

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!