Thursday, February 25, 2010

0:00 - 0:03



p/s : playlist minggu ini, grindcore. the shortest music video ever made. aku pun reti...

Friday, February 19, 2010

ada paham?

Bila tiba bulan perayaan ni macam biasalah majlis rumah terbuka merata sana-sini. Tak kiralah apa bangsa mahupun agama sekali pun turut sama-sama berkunjung dan memenuhkan rumah terbuka. Makan free lah katakan, sapa yang tak nak ye tak. Barang free memang kebiasaannya sedap-sedap dan best-best belaka. Sekarang ni dah tak kisah dah, rumah terbuka apa pun semua bangsa main redah jer tanpa mengira perayaan yang disambut. Orang Islam pun dah boleh menyambut Kristmas dah tanpa segan silu lagi. Rasanya belum ada lagi rumah terbuka yang tak pernah dikunjungi sesiapa pun sekarang ni. Pendek kata, kalau rumah terbuka tu start pukul 4.oo petang karang, pukul 2.00 dah tertonggok tak tau malu dok kat meja makan. Tu belum kira bab makan lagi tu. Ada sesetengah tu makan dah standard macam setahun tak pernah makan. Melantak tak ingat tanpa ambik kisah apa bahan atau menatang yang dah dibubuh dek tukang masak dalam masakan tu. Halal haram belakang kira. Kalau dok pikir pasal halal haram nanti tak dapatlah pulak nak menyahut seruan kerajaan 1 Malaysia. Betul jugak tu. So bedal je lah. Alah, lambat lagi nak mati...

Satu benda yang masih aku tak paham. Buat rumah terbuka, memang full booked. Buat forum perdana, ceramah agama dan majlis tilawah Al-Quran tak boleh nak full booked. Bangsa yang bukan Islam tu dah tentu le tak datang tapi yang herannya, orang melayu, orang Islam sendiri pun susah nak nampakkan muka dan rajinkan diri ke majlis yang macam tu. Yelah, boring la katakan. Buat ngantuk je. Apa yang ada pun, dok dengar bebelan si penceramah ada le. Lagipun bukannya ada artis pun. Kat sini yang dah lari sikit seruan menteri kita 1 Malaysia tu. Kalau kat majlis rumah terbuka tu selain makan-makan turut diserikan lagi dengan artis-artis top masa kini. Ada Ning beb... silap-silap Rozita Che Wan pun datang melantak sekali. Untung aku...

Sekarang ni aku dah mula paham satu benda. Kalau nak buat apa-apa majlis yang sure full punyer mesti kena panggil artis. Setlist artis mestilah bebudak AF, tak pun band-band indie boleh jalan gak, sure gerenti senyum sampai ke telinga tuan punyer majlis. So kesimpulannya, kalau nak seruan P.M. kita tercapai kenalah panggil artis untuk serikan lagi majlis. Tu sebab kalau korang perasan la, majlis tilawah Al-Quran pun dah ada sesi nyanyi-nyanyi. Nak buat kempen anti dadah, kempen keselamatan jalan raya dan macam-macam kempen lagi pun kena ada sorang dua artis. Kalau tak, usah haraplah orang nak jenguk-jengukkan muka. Orang kita bukan kisah pun apa mesej yang kerajaan nak sampaikan janji nyanyi-nyanyi dan hiburan-hiburan mesti kena ada. Kalau tak, tak jalan kempen.

Oleh itu, demi memastikan seruan kerajaan tercapai, setiap majlis atau kempen yang hendak diadakan mestilah jemput artis. Ada paham?

Thursday, February 18, 2010

cakap..

Pepatah orang tua-tua ada mengatakan, "kerana mulut, badan binasa". Bila nak mengeluarkan kata-kata tu biar berwaspada, biar beradab, biar bersopan dan biar bersusun ayat-ayat tu. Agar tidak menyakiti hati orang lain malah amatlah ditegah sama sekali bagi kita sesama umat Islam agar kata-kata kita itu tidak mengaibkan orang lain secara sengaja mahupun secara tidak sengaja. Namun dikala kita berdiam diri juga kadang-kala di salah anggap oleh sesetengah pihak. Ada yang kata kita sombong, berlagak, ego malah yang sanggup kata kurang ajar pun ada! So, nampak gayanya pepatah lama tu dah tak relevan lagi dalam zaman serba canggih ala zaman primitif ini. Future primitif beb...

Kesimpulannya, cakap salah... tak cakap pun salah.... hisshh... lantak korang ler!!

Future primitive.....

sudah patah..!

before

after

Maka dengan ini, saya mengesahkan bahawa sunglass yang saya baru beli lebih kurang sebulan yang lepas telah pun patah. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ia berpunca darpada kecuaian seorang hamba Allah yang baru pertama kali ingin cuba melaram dengan mengenakannya ke muka beliau. Akibatnya, ia telah patah dengan hanya sekali sarung sahaja yang mengambil masa tak sampai 5 minit pun!! Mengikut siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib, kerugian yang dialami oleh tuan punya barang tersebut adalah sebanyak rm10.00 sahaja. Pihak berkuasa juga telah pun mengeluarkan waran tangkap dan habuan berupa wang tunai yang berjumlah sebanyak mana kerugian yang dialami oleh tuan punya sunglass ini. Oleh yang demikian, kerjasama dari pihak anda adalah amat dialu-alukan. Berikutnya adalah wajah suspek yang telah berjaya diperolehi melalui cctv.

suspek

Tuesday, February 09, 2010

pegi tak pegi?

mau pigi ka tak mau..?? amacam azuar dung.. meorazor..?

p/s : dok pikir apa dress-up paling ganas nak pakai kalo pegi (gua poser!!)... better call Poppie nih.. keh.. keh..

Thursday, February 04, 2010

nah..!!

enjoy it..?

hmmm.. sedap...

yummy... tapi cam familiar je bentuknya...

stop ushar teenage




stop... ushar... teenage... tak tahan.....!!

rajin..

tengah rajin ni. lebih-lebih lagi bila guna harta benda pejabat..! takpe, bos belum masuk lagi. after lunch karang baru masuk. so it's mine!!! hah.. hah... (gelak jahat)

Kabus Ribut









Taken on the way back from Cameron Highland. Using GrandVision EZshot E710. Tesco marii..

Kuih Bom

Korang kenal tak ni? Yer, ini memang kuih. Aku tau pun. Tapi tau tak namanya? Ini namanya 'Kuih Bom'. Pasal apa namanya 'bom', aku tak tau. Dan kuih ni takde kena mengena dengan 'Boom Sungai Buluh'. Bebudak NCT tau le sapa mamat 'Boom Sungai Buluh' ni. Tapi yang aku nak citerkan kat sini adalah pasal kuih ni dan bukannya pasal mamat tu. Harap maklum.

Kuih 'Bom' ni bolehlah aku klasifikasikan sebagai kuih tradisional ataupun artifak berharga negara namun aku lagi prefer mengklasifikasikannya sebagai 'cult' dek kerana kesukaran untuk mendapatkannya sekarang. Dah jenuh rasanya aku round satu Ipoh ni dok cari ada tak sapa-sapa yang ada jual kuih 'cult' ini. Haram jumpa satu pun. Kalau nak makan kuih ni kenalah aku balik ke kampung, rumah atok aku kat Bota Kanan tu. Pasainya kat situ je yang ada buat kuih ni. Seingat aku le, aku dah makan kuih ni start dari kecik lagi. Belum sekolah pun time tu. Dulu time kecik-kecik aku rajin ikut atok aku balik kampung. Maklum le mak ngan ayah aku berkerja so takde sapa nak jaga aku kat umah.

Kuih 'Bom' ni rasanya manis-manis skit. Bahagian dalamnya lembut manakala luarnya rangup dan garing. Sangat enak dinikmati untuk juadah di petang hari. Nak makannya senang je. Boleh cicah dengan kuah kacang satay tu atau kari, tak kisahlah kari apa pun, atau pun dengan apa saja kuah mengikut citarasa lidah masing-masing. Takde kuah nak cicah, cicah dengan sos pun boleh. Kalo takde sos jugak, makan macam tu je pun sedap dah cukup enak dah. Kena pulak dengan kopi atau teh panas, memang terangkat beb.

Asal-usul kuih ni pun memang aku tak tau langsung. Rasanya le, dah melalui beberapa keturunan dah. Honestly, aku belum pernah jumpa lagi kuih ni kat mana-mana especially kat Ipoh ni la, tapi tak tau la kalo kat daerah-daerah atau negeri-negeri lain tu kot ada yang buat kuih ni. Kalo ada sapa-sapa yang tau tu, tolonglah inform kat aku. Mana la tau kot aku ada terlepas pandang ke. Mungkin namanya pun tak sama, mana tau.

Walaupun dah bermacam kuih-muih aku dah makan tapi still tak boleh beat 'Kuih Bom'. Lantak le, walau sehebat mana pun makanan-makanan capitalist tu but still cannot beat the 'Kuih Bom'. Yeah..!! Cannot find another you. So, daripada aku bagi kaya kat pengeluar-pengeluar makanan capitalist tu ada baiknya aku bantu makcik yang jual kuih 'Bom' ni. Semoga makcik yang buat dan jual kuih 'underground' ni akan terus success dengan produk kuih 'Bom'nya. Cuma aku still wondering, akan adakah penyambung waris bagi meneruskan usaha penghasilan kuih ini. Mungkin after 10 years from now or maybe 5 years, aku dah tak akan dapat lagi nak merasa kuih ni.

Senang citer, bagi yang nak merasa keenakannya boleh turun sini mana lagi kalo bukan Bota Kanan. Tanya je kat orang-orang situ, semuanya tau. Pricenya cuma 4 ketul RM1.00 je dan saiznya ada le sebesar penumbuk tu. Kena sebijik pun dah puas yob. So, sudi-sudikan lah... Jangan risau le, takkan jatuhnya title 'city boys' korang tu kalo kena 4 ketul sekaligus pun. Orang still tau yang korang tu orang bandar. Heh...

P/s : sapa-sapa yang ada information atau yang pernah merasa kuih ni, jangan segan-segan ye share info ngan aku.