Thursday, February 18, 2010

sudah patah..!

before

after

Maka dengan ini, saya mengesahkan bahawa sunglass yang saya baru beli lebih kurang sebulan yang lepas telah pun patah. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ia berpunca darpada kecuaian seorang hamba Allah yang baru pertama kali ingin cuba melaram dengan mengenakannya ke muka beliau. Akibatnya, ia telah patah dengan hanya sekali sarung sahaja yang mengambil masa tak sampai 5 minit pun!! Mengikut siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib, kerugian yang dialami oleh tuan punya barang tersebut adalah sebanyak rm10.00 sahaja. Pihak berkuasa juga telah pun mengeluarkan waran tangkap dan habuan berupa wang tunai yang berjumlah sebanyak mana kerugian yang dialami oleh tuan punya sunglass ini. Oleh yang demikian, kerjasama dari pihak anda adalah amat dialu-alukan. Berikutnya adalah wajah suspek yang telah berjaya diperolehi melalui cctv.

suspek

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!