Thursday, February 04, 2010

Kuih Bom

Korang kenal tak ni? Yer, ini memang kuih. Aku tau pun. Tapi tau tak namanya? Ini namanya 'Kuih Bom'. Pasal apa namanya 'bom', aku tak tau. Dan kuih ni takde kena mengena dengan 'Boom Sungai Buluh'. Bebudak NCT tau le sapa mamat 'Boom Sungai Buluh' ni. Tapi yang aku nak citerkan kat sini adalah pasal kuih ni dan bukannya pasal mamat tu. Harap maklum.

Kuih 'Bom' ni bolehlah aku klasifikasikan sebagai kuih tradisional ataupun artifak berharga negara namun aku lagi prefer mengklasifikasikannya sebagai 'cult' dek kerana kesukaran untuk mendapatkannya sekarang. Dah jenuh rasanya aku round satu Ipoh ni dok cari ada tak sapa-sapa yang ada jual kuih 'cult' ini. Haram jumpa satu pun. Kalau nak makan kuih ni kenalah aku balik ke kampung, rumah atok aku kat Bota Kanan tu. Pasainya kat situ je yang ada buat kuih ni. Seingat aku le, aku dah makan kuih ni start dari kecik lagi. Belum sekolah pun time tu. Dulu time kecik-kecik aku rajin ikut atok aku balik kampung. Maklum le mak ngan ayah aku berkerja so takde sapa nak jaga aku kat umah.

Kuih 'Bom' ni rasanya manis-manis skit. Bahagian dalamnya lembut manakala luarnya rangup dan garing. Sangat enak dinikmati untuk juadah di petang hari. Nak makannya senang je. Boleh cicah dengan kuah kacang satay tu atau kari, tak kisahlah kari apa pun, atau pun dengan apa saja kuah mengikut citarasa lidah masing-masing. Takde kuah nak cicah, cicah dengan sos pun boleh. Kalo takde sos jugak, makan macam tu je pun sedap dah cukup enak dah. Kena pulak dengan kopi atau teh panas, memang terangkat beb.

Asal-usul kuih ni pun memang aku tak tau langsung. Rasanya le, dah melalui beberapa keturunan dah. Honestly, aku belum pernah jumpa lagi kuih ni kat mana-mana especially kat Ipoh ni la, tapi tak tau la kalo kat daerah-daerah atau negeri-negeri lain tu kot ada yang buat kuih ni. Kalo ada sapa-sapa yang tau tu, tolonglah inform kat aku. Mana la tau kot aku ada terlepas pandang ke. Mungkin namanya pun tak sama, mana tau.

Walaupun dah bermacam kuih-muih aku dah makan tapi still tak boleh beat 'Kuih Bom'. Lantak le, walau sehebat mana pun makanan-makanan capitalist tu but still cannot beat the 'Kuih Bom'. Yeah..!! Cannot find another you. So, daripada aku bagi kaya kat pengeluar-pengeluar makanan capitalist tu ada baiknya aku bantu makcik yang jual kuih 'Bom' ni. Semoga makcik yang buat dan jual kuih 'underground' ni akan terus success dengan produk kuih 'Bom'nya. Cuma aku still wondering, akan adakah penyambung waris bagi meneruskan usaha penghasilan kuih ini. Mungkin after 10 years from now or maybe 5 years, aku dah tak akan dapat lagi nak merasa kuih ni.

Senang citer, bagi yang nak merasa keenakannya boleh turun sini mana lagi kalo bukan Bota Kanan. Tanya je kat orang-orang situ, semuanya tau. Pricenya cuma 4 ketul RM1.00 je dan saiznya ada le sebesar penumbuk tu. Kena sebijik pun dah puas yob. So, sudi-sudikan lah... Jangan risau le, takkan jatuhnya title 'city boys' korang tu kalo kena 4 ketul sekaligus pun. Orang still tau yang korang tu orang bandar. Heh...

P/s : sapa-sapa yang ada information atau yang pernah merasa kuih ni, jangan segan-segan ye share info ngan aku.

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!