Tuesday, June 08, 2010

Hari paling berani..

Hari ni adalah hari paling berani bagi diri aku. Tau apasalnyer?
Tadi aku sudah 'fight' sama one of my boss kat opis. Aku ada dua boss, boss besar (memang besar pun, kurang skit dari syanie jer) dan boss kecik (memang padan pun ngan badan kurus keringnyer). Motif utama pergaduhan adalah kerana kehilangan kunci ketanya. Kunci keta dia hilang, tak pasal-pasal nak moody padahal dia sendiri yang hilangkan!
Tak cukup dengan itu, dia bole balik umah pi tido (rumah boss kecik aku tak jauh dari opis), sambil meninggalkan keje yang berlambak yang sepatutnya dah diproceed ke kilang. Dah tu aku pulak yang terpaksa take over keje dia dengan tray 'job in' aku yang berlambak-lambak dengan dateline yang perlu dibereskan. Customer sudah telepon berkali-kali tanya design dah siap ke belum. Dah le aku jugak yang nak mengadap monitor, logistik punye bahagian pun aku nak kena cover jugak. Lu ingat gua sotong ke atau spider boss tangan banyak?! Kalau dah aku nak kene cover keje dia dah tu sapa plak nak cover keje aku? Boss besar? Makan tido tau le dia!! Nak fax surat pun bangang tak reti.
Dah le aku sampai 2 kali berulang pegi rumah boss kecik ni panggil dia balik ke pejabat, last-last bini dia kasi tau aku "abang pening... tak sihat.." Huh, mulianya alasan ngko! Penyudahnya, dengan boss kecik sama wife dia sekali aku sumpah seranah maki hamun tadi. Dengan selambanya aku cakap "bodoh!!" campur beberapa ayat lain lagi yang telah di-censor oleh management blog ini. Ambik kau, dua-dua dapat pangkat. Setelah puas nyumpah seranah, aku pun start keta drive balik rumah, jam baru je pukul 4 ptg. Puas hati aku..
Esok tak tau apa ceritaaa... Gua plan nak bawak pisau potong daging je simpan dalam stokin. Amacam, ada berani..??!!

2 comments:

leave your comment or leave this site!!