Wednesday, November 24, 2010

ada kamu kisah?

Kenapa masyarakat lebih suka membela nasib si penjenayah? Berduyun-duyun turun NGO-NGO dan individu-individu perseorangan tampil menyuarakan rasa tak puas hati terhadap pihak berkuasa. Human right sana sini. Hak apa? Hak apa yang kamu perjuangkan?

Pihak berkuasa menembak mati si penjenayah yang dikendaki tapi kamu pula persoalkan tentang isu keganasan dan keadilan. Malah kamu laungkan pelbagai statement lagi di sana sini.

Namun, sedarkah kamu sudah berapa ramai orang-orang yang tak berdosa mati di tangan penjenayah-penjenayah yang ditembak mati ini. Pernah kamu badan-badan NGO mengambil kira nasib orang-orang yang tak berdosa yang mati katak ini? Kenapa tidak kamu perjuangkan nasib-nasib si mati yang tak berdosa ini?

Polis tembak mati penjenayah korang ambik kira sangat. Tuduh dengan macam-macam statement. Padahal si penjenayah tu dah berapa banyak bunuh orang-orang awam yang tak berdosa. Tapi ada kamu kisah wahai si badan-badan NGO Human Right semua? Ada kamu kisah? Pernah kamu laungkan sebarang statement?

Kenapa perlu dipraktikkan sangat Human Right sedangkan setiap masyarakat punya pegangan agama masing-masing? Maka apa fungsi dan gunanya lagi agama di sini?

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!