Monday, November 29, 2010

anak cucu tumpang kencing...

25 hb November, aku 'Ngangkung' di Parade bersama mama dan adik. Dah jadi satu aktiviti wajib pulak sekarang. Takpe, ini salah satu aktiviti riadah sihat, orang kata family outing. By the way, dua kerat tu je lar family aku pun. Ini lebih baik daripada aku 'ngangkung' dengan awek, nanti lain yang di'ngangkung sudahnya. Cheh.., macam ada awek je abang ni!!

Bagi aku bukan lawak basi atau lawak bodoh pun. Ini lawak serius. Serious shit weh, I tell you. Rasanya, bukan juga lawak yang boleh jadi anthem bermusim anak muda dan perasan muda yang boleh dipraktikkan pada kenalan-kenalan. So buat yang tak berkesempatan 'ngangkung' tak perlulah risau kerana tiada eksperimen akan dijalankan ketika aksi sembang kencang berlaku dengan kawan anda nanti.

Takde nak puji bahkan nak junjung sekali pun, namun jujurnya ada pesanan betapa pentingnya kesedaran agama dan kasih sayang dalam sesebuah institusi keluarga. Siapa sangka, dalam sinis itu ada serius. Kadang tu bagi yang serius bermesej pun akan kedengaran... "alah berlakon buleh lar... buat tengok..!!", kata sesetengah orang. Cumanya, terpulang pada yang punya diri. Kalau dah sedar baguslah, kalau belum tu there's something jahil la to you.

Satu perkara yang tak bleh blah, suri rumah tangga di kampung yang speaking dialeg KL. Sebut Eira Syazira betul-betul.

Kan bagus kalau doktor-doktor di Malaysia ni macam Dr. Azlee tu. Selamat dunia akhirat.
Maaf ler kalau terover puji produk tempatan. Gua 1 Malaysia beb..!

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!