Tuesday, January 18, 2011

inhaler

Ini namanya 'Inhaler' untuk kegunaan pesakit Asma. Merupakan teman setia aku selain dari handphone. Doktor pesan semalam, pegi mana pun mesti make sure ada bawak mende alah ni. Apa buleh buat dah nasib. Aku pun tak nak sakit tapi dah ketentuan ilahi. Tak ada orang di muka bumi ni yang nak sakit.
'Inhaler' ni ada macam-macam brand. Antaranya Ventolin, Ashtalin, Budesonide dan pelbagai lagi. Antara 3 nama di atas tu yang biasa aku guna adalah Ventolin. Cara gunanya letak kat mulut then tekan bahagian bulat kat atasnya. Sedut sebanyak 2 kali jer. Lebih tak boleh, nanti ketagihan. Kalau dah sedut 2 kali tak kurang jugak semputnya, better terus pegi hospital. Rasa Ventolin ni macam kita makan ubat tu la. Ada pahit sikit. Tapi untuk brand Ashtsalin dan Budesonide tu rasanya kuat pahit sikit. Kena minum banyak air kalau tak lekat rasa pahit tu kat dalam mulut. Yang ada kat aku sekarang ada 2 jenis, satu Ventolin dan satu lagi Budesonide. Hospital siap bagi 2 kotak setiap satu sebagai spare. Ambik kau.. heheh... Puncanya sebab masuk hospital malam tahun baru aritu dengan kondisi yang kritikal.
Bila terkenang saat belajar di kolej dulu rasa macam tak percaya aku buleh dapat penyakit ni. Mana taknya, dulu aku boleh dikira agak aktif jugak orangnya. Boleh tahan ler tak duduk diamnya. Walau macam mana pun, ini semua berlaku atas kuasa tuhan. Aku redha. Hanya Dialah saja penyembuhnya.

2 comments:

  1. nak dapatkan ventolin kat mana eh? Klinik tak bagi la. Boleh beli kat farmasi ke?

    ReplyDelete
  2. utk sapa bang? kena la tanya doktor dulu. kalau doktor kata kena pakai then baru le beli. sebab benda ni kalau silap pakai buleh ketagihan bang. macam saya memang dah ada saranan dari doktor utk guna. itu pun untuk melegakan pernafasan sahaja. so better ask doktor dulu bang. klinik memang tak bagi melainkan ada rekod atau surat dari doktor. ventolin boleh beli kat farmasi jer, rege dalam rm18 ke rm19 camtu jer..

    ReplyDelete

leave your comment or leave this site!!