mata leka menatap cermin monitor,
jari-jemari melangkah menapak,
dari butang ke butang papan kekunci,
tangan kanan mengawal memacu arah sang tetikus,
melayar jauh ke satu laman ke satu laman,
dari satu huruf ke satu huruf,
kata dieja kata dibentuk,
satu persatu rupa wajah dipapar,
ke satu wajah yang bisa ku kenali,
tanpa ku sengaja atau tidak disengaja,
memori lama terungkap kembali,
menyingkap kembali rasa rindu,
rindu yang tidak terperi,
rindu lama yang terpendam,
rindu kasih yang tersimpan jauh,
jauh di lubuk hati,
tanpa dan tidak pernah ku kata,
tanpa dan tidak pernah ku luah,
tanpa dan tidak pernah dikau sedar,
ku simpan jauh di lubuk hati ini,
walau terseksa diseksa rindu,
walau terseksa diseksa kasih,
walau diseksa penantian tak pasti,
bertahun ku pendam rasa,
rasa rindu rasa kasih tak terhingga,
walau mungkin aku sahaja merasai,
walau mungkin sebelah tangan yang bertepuk,
wajah mu,
senyuman mu,
mata mu,
kata-kata mu,
gerak langkah mu jua,
tak bisa ku lupa,
walau bertahun-tahun mengundang tiba,
walau dikau melupakannya,
walau hatimu di sunting si hati lain,
walau dikau takkan menjadi milikku,
namun ku tetap menanti,
tetap merindui,
tetap mengasihi,
tetap mengharap,
sekalipun tak mungkin terjadi,
sekalipun hanya mimpi-mimpi,
namun ku tetap menanti jua,
biarpun hanya dimimpiku,
biarpun hanya diperasaanku,
biarpun hanya dihatiku,
dan aku akan tetap merindui,
dan aku akan tetap mengasihi,
akan tetap terus menanti,
walau tak pasti,
walau sekadar mimpi-mimpi....
dan selamanya......
p/s : buat si hati yang pernah mencuri si hati ini tanpa sedari.
Tuesday, July 20, 2010
Monday, July 19, 2010
si anu penipu & putar belit..
SPA Perak penipu dan putar belit pencari-pencari kerja. Menyiarkankan jawatan kosong di setiap jabatan-jabatan di negeri perak dengan pelbagai jawatan. Menjemput semua anak jati Perak yang layak memohon kerja untuk memohon mana-mana jawatan yang diiklankan dengan maksimum sebanyak 5 jenis jawatan dibenarkan. Namun tiada satu pun jawatan-jawatan yang dipohon itu yang diterima dan diluluskan untuk temuduga.
Apa, bodoh sangat ke aku ni? Teruk sangat ke SPM aku tu? Sampai takde satu pun jawatan-jawatan yang aku mohon yang lulus. Apa yang aku terima hari ini adalah sekadar surat pemberitahuan bahawa permohonan aku tidak layak dan gagal dalam proses penapisan calon. Satu pun takde yang sangkut ke? Biar ler logik. Kalau jawatan yang dipohon tu memerlukan kelayakan diploma atau ijazah mungkin aku boleh terima lagi. Mungkin kelayakan aku tu tidak memenuhi kriteria ke tapi yang ini hanyalah memerlukan SPM sahaja. Apa, orang lain tu SPM-nya dah bagus sangat gamaknya. Pukimak korang!!
Realitinya, dah ada calon lain yang menanti dari awal lagi. Siapa yang ada mak pak sedara yang kerja kat dalam jabatan tu memang ada peluang untuk layak diterima hadir temuduga dan sekaligus layak diterima bekerja. Syabas kepada mereka-mereka ini. Amalkan selalu amalan korup-mu. Lain kalau dah ada calon tak payah susah-susah iklankan dalam paper. Tak payah susah-susahkan pencari-pencari kerja ni berulang alik ke cyber cafe semata-mata nak buat permohonan online dan menanti jawapan samada permohonan lulus atau tidak. Kerajaan negeri patut lebih telus dalam perkara ini. Jangan hanya tahu nak merugikan rakyat dan menguntungkan diri sendiri dan sanak saudara sendiri sahaja. Bukan main lagi buat 'button' statement "saya anti korupsi".
Satu je yang aku nak tanya dengan golongan-golongan tersebut. Tak cukup-cukup lagi..???
Saturday, July 17, 2010
jersi & malu...
Baru beberapa hari sudah dalam berita tv, menayangkan sponsorship keparat di sini mempromosikan jersi terbaru pasukan 'Setan Merah' untuk musim 2010/2011. Tak malunya tengok orang-orang Malaysia dok memperaga dan mempromosi jersi pasukan luar. Ada yang siap sanggup beratur, berasak-asak dan tercegat macam tiang lampu semata-mata tunggu nak tengok mana rupanya jersi terbaru tu. Aku tak berapa hairan sangat disebabkan si sponsorship keparat tu pun bukan dari golongan orang melayu kita tapi yang aku paling malu bila tengok kebanyakan yang datang tu terdiri dari anak-anak melayu yang tak kira tua muda. Yang si anak kecil pula adalah insan yang paling malang sekali kerana beliau mungkin takkan kenal langsung akan negara tanah tumpahnya sendiri tatkala dewasa nanti . Apa nak buat dah mak bapaknya pun prejudis dengan negara kelahiran asal usulnya sendiri. Kadangkala membuat aku sendiri hairan, apa sebenarnya yang kita dok laungkan 'merdeka' setiap kali 31 Ogos selama hari ni. Kalaulah 'Tunku' masih hidup lagi, pasti beliau menangis hiba melihatkan keadaan anak-anak cucunya pada hari ini. Maka, layakkah mereka ini diberikan taraf kerakyatan? Apa itu merdeka?
kemaskini katanyer...
Pertol naik 5sen, gula naik 25sen. Harga barang naik lagi walaupun menteri di jabatan perdana menteri mengatakan ianya sekadar 'pengemaskinian harga barang dan subsidi'. Kalau perlu dikemaskinikan lalu mengapa perlu dinaikkan harga barang? Salah siapa? Harga barang 'mereka' naikkan tapi masih nak menyalahkan pakatan-pakatan pembangankang. Masih nak kata orang lain corrupt. Nampak gayanya bulan puasa tahun ni penjual-penjual bazar ramadhan jual kuih ada sebesar ibu jari kaki jer. Kalau sebelum ni kuih kat sekitar bandar Ipoh boleh dapat dalam 30sen ke 35sen maka lepas ni mau jadi 40sen ke 45sen seketul. Silap-silap mau 50sen terus. Itu belum kira kat KL lagi. Logik ke yang dikatakan 'pengemaskinian harga barang dan subsidi'? Siapa 'corrupt' dan siapa yang di'corrupt'kan?
Friday, July 09, 2010
sepetang bersama...
Petang semalam, cousin aku dari Teluk Intan called. Dia ada kat Ipoh atas urusan kerja dan sambil-sambil tu sempat melawat membernya. Kebetulan, cousin aku ngan member dia tu pun tengah melepak minum-minum kat restoran mamak seberang jalan dengan rumah aku. So, dia invite aku lepak minum sekali. So why not kata ku. Kebetulan lagi, member dia tu pun tinggal satu taman dengan aku.
Masa nak sampai ke restoran tu, aku perasan dari jauh akan member cousin aku tu. Rasa macam kenal, macam pernah tengok jer tapi di mana ya. Dalam hati aku berkata, takkan mamat tu kot. Tapi tak mustahil jugak pasal cousin aku ni pun jenis kepala sama cam member dia tu jugak. Cuma takut tersalah orang jer. Makin lama bila dah makin dekat memang tidak syak lagilah sangkaan aku. Memang betui orangnya. Aku biasa follow mamat ni, maksud aku blognya.
Tapi timbul satu masalah pulak. Macam manalah aku nak introduce myself kat member cousin aku tu. Lagi satu masalah pulak, macam manalah aku nak join sembang sekali nanti. Buatnya tersalah 'line' aku masuk nanti, aduh malunya. Bukan koman-koman member cousin aku tu. Lagi satu camanalah aku nak bagitau yang aku biasa follow blog mamat ni. Entah-entah dia kenal idak nama aku. Huisshh, rasa segan, berdebar dan nak terkencing terberak pun ada dah.
Luckily, member cousin aku tu seorang yang cool and steady orangnya. Relax low profile jer mamat ni bila aku tengok live depan-depan. Padahal, hasil kerjanya saja dah mampu membuat sesiapa pun tabik spring dengan nilai-nilai estetika dan artistik yang tak mampu dirungkai malah dihasilkan oleh sesetengah pihak. Mungkin jugak dia dah kenal atau cam nama aku sebab biasa appear dalam blog. Kemungkinan..
So, we all dapat jugaklah bersembang sambil tukar-tukar pandangan dan pendapat. Honestly aku cakap, member cousin aku tu memang very cool and humble orangnya. Takde rasa kekok atau segan bila dah start duduk lepak sekali sembang dengan dia. Cumanya, kami sembang tak dapat nak lama pasal mamat tu ada hal lain nak kena uruskan. Anyway, perkenalan dan sesi sembang letup kami berjalan dengan jayanya walaupun tak lama sekadar sejam mungkin. But it's really an honoured for me to be apart in the lepak-king yesterday. Kalu ada kesempatan di lain hari mungkin boleh lepak lagi.
Oh yer... aku dok sembang letup-letup kasi up member cousin aku tu tapi korang tau tak sapa mamat tu. Mamat tu namanya 'Kamal Sabran'. Nak tau check sendiri.
Thursday, July 08, 2010
sutun & orang...
Beza antara sotong dengan manusia :- Sotong tak boleh berfikir, apatah lagi untuk membuat keputusan. Manakala manusia punya akal fikiran dan boleh membuat keputusan sendiri. Cuma manusia yang tak sedar dirinya adalah manusia sahaja yang tak tahu nak bezakan antara manusia dan sotong. Tapi kat negara kita ni belum lagi ada manusia yang macam tu. Yang ada kat Jerman jer. Masih ada hati nak sokong dan sanjung tinggi team-team eropah tu? Jangan jadi sotong sudah.
sutun...
Ada dikalangan orang-orang kita yang terlalu menyanjung dan memuja orang-orang barat. Tak kurang juga ada yang sanggup jadi tali barut mereka tapi bukan main lagi dok perjuangkan hak-hak bangsa sendiri. Hak sana hak sini. Namun tanpa disedari, walau sebodoh-bodoh dan ketinggalannya di belakang mereka, kita masih lagi waras dan punya akal fikiran tanpa bergantung kepada keputusan 'Si Sotong'. Belum ada lagi rasanya masyarakat kita yang percaya kepada sotong!! Alhamdulillah. So, sapa yang bodoh... sapa yang ketinggalan..??
Wednesday, July 07, 2010
lesen 2#
Cadangan memberi lesen judi bola sepak telah pun ditarik balik. Tapi kenapa lesen kedai no ekor, sport toto, magnum dan 4d diberikan beroperasi??
Sunday, July 04, 2010
hero-hero...
Tumbangnya dua gergasi benua america-latin di tangan a so call gergasi eropah. The Samba Boys and The Argies tunduk hampa dengan ceritera masing-masing. Apa kurangnya juga dengan hero-hero dari benua afrika yang awal-awal lagi ditunjukkan jalan pulang walaupun berada di tanah sendiri. Diperlekeh dan diperkotak-katikkan. Hero-hero the latinos dan the africas ini menjadi platform bagi keparat-keparat kapitalis benua eropah untuk mengaut keuntungan dan meraih gelaran juara semata-semata. Tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya bagai suatu aset atau dalam bahasa mulia lagi 'hamba' jual beli dan pemerdagangan manusia. Diakhirnya, yang tinggal bagi hero-hero ini hanyalah nama dan muka yang terpampang di dada poster sahaja. Jaguh poster, itulah kenyataannya. Amat memalukan. Sia-sia sahaja usaha dan perjuangan 'moyang Mandela' dan 'arwah Che' dalam membebaskan anak bangsanya selama ini. Eksploitasi tanpa sedari....
Saturday, July 03, 2010
tak betul..?!
Warta berita TV3 baru-baru ini, memaparkan sekumpulan penduduk dikawasan penempatan orang melayu di selangor yang tidak berpuas hati dan memprotes sebulat-bulatnya projek pembinaan sebuah gereja di kawasan penempatan mereka. Realitinya, akan wujud kawasan penempatan melayu dengan sebuah bangunan gereja. Tiada sebarang penjelasan sebenar yang diterima penduduk ekoran daripada projek tersebut. Kalau orang TV3 tu tanya komen aku ler, aku akan jawab..."apa nak kisah, kan kita ni satu malaysia...!!". Semua benda nak dikongsi bersama dijadikan sebagai satu termasuklah kepercayaan dan pegangan agama. So, rilex lar.. kita sendiri yang ndak. Tak betul...?!
fakta...
Trend orang-orang sekarang, senang kahwin dan senang juga bercerai. Berjanji bulan dan bintang jadi saksi, sehidup semati, susah senang diharungi bersama dan lautan api sanggup direnangi. Kata lafaz cinta jadi azimat dalam perhubungan. Terimalah kenyataan, cinta tak wujud sebenarnya. Tiada wujud cinta sejati diantara manusia di dalam zaman moden kini. Yang ada hanyalah nafsu. Nafsu mata, nafsu mulut, nafsu hati, nafsu shahwat dan sebahagiannya lagi yang dikuasai oleh hawa nafsu. The fact is, there's no such thing that can be called love in a modern world nowdays. True love only stands for Allah S.A.W. Cubalah belajar untuk menelan wahai adik-adikku.
lesen...
Pusat-pusat dan rumah-rumah kebajikan anak-anak yatim, oku dan warga emas diarahkan tutup dan ditamatkan operasinya kerana tidak memenuhi syarat piawaian yang dikenakan. Lesen untuk beroperasi juga tidak dikeluarkan, bermakna mereka ini beroperasi secara haram. Baru aku sedar yang sekarang ni kalau nak buat amal jariah dan kebajikan pun kena mintak kebenaran dulu. Kena ikut piawaian dulu. Kena mintak lesen dulu. Ada yang halal dan yang haram rupanya. Tapi aku hairan bila melihatkan pusat-pusat hiburan seperti disko, kelab malam, karaoke, rumah urut, kelab bapuk dan sebagainya diberi lesen untuk beroperasi secara sah. Mungkin minuman-minuman keras yang disediakan telah mengikut piawaian yang ditetapkan dan mendapat kelulusan SIRIM sepenuhnya. Termasuklah juga gro-gro, pelacur-pelacur dan nyah-nyah serta servis urut yang mendapat kelulusan dan diperakui kehebatan serta keberkesanannya kepada pelanggan. Eerrr..., nak buat kebaikan, kebajikan dan amal jariah pun nak kena buat rayuan dulu ker...???
samba de samba...
Tumbangnya anak-anak samba di tangan anak-anak oren di bumi kulit hitam. Satu perkara yang masih cetek buat anak-anak samba iaitu provokasi dan agresiveness. Anak-anak samba harus belajar dari anak-anak benua eropah tentang apa sebenarnya yang dikatakan 'modern football'. Kenyataannya, dalam 'modern football' harus ada provokasi dan harus ada agressi. Benarlah seperti yang dikata encik 'Tangan Emas', ...."fair play tidak wujud dalam dunia bola sepak". Orang Asia juga masih belum layak sebenarnya untuk mengadili perlawanan sehebat itu. Tidak mampu untuk mengawal keadaan yang penuh chaos, agressi dan provokasi amnya. Ternyata dan tidak boleh disangkal lagi, si Robben calon layak pelakon terbaik perlawanan...
kanak-kanak & kita...
Samaada kita sedari atau tidak, perasan atau tidak, kita rajin ke masjid dan surau ketika di usia kanak-kanak. Namun setelah meningkat remaja dan muda belia kita semakin malas hendak ke masjid walau untuk menunaikan satu waktu solat sekalipun.
Subscribe to:
Posts (Atom)