Sunday, July 04, 2010

hero-hero...

Tumbangnya dua gergasi benua america-latin di tangan a so call gergasi eropah. The Samba Boys and The Argies tunduk hampa dengan ceritera masing-masing. Apa kurangnya juga dengan hero-hero dari benua afrika yang awal-awal lagi ditunjukkan jalan pulang walaupun berada di tanah sendiri. Diperlekeh dan diperkotak-katikkan. Hero-hero the latinos dan the africas ini menjadi platform bagi keparat-keparat kapitalis benua eropah untuk mengaut keuntungan dan meraih gelaran juara semata-semata. Tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya bagai suatu aset atau dalam bahasa mulia lagi 'hamba' jual beli dan pemerdagangan manusia. Diakhirnya, yang tinggal bagi hero-hero ini hanyalah nama dan muka yang terpampang di dada poster sahaja. Jaguh poster, itulah kenyataannya. Amat memalukan. Sia-sia sahaja usaha dan perjuangan 'moyang Mandela' dan 'arwah Che' dalam membebaskan anak bangsanya selama ini. Eksploitasi tanpa sedari....

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!