Monday, July 19, 2010

si anu penipu & putar belit..

SPA Perak penipu dan putar belit pencari-pencari kerja. Menyiarkankan jawatan kosong di setiap jabatan-jabatan di negeri perak dengan pelbagai jawatan. Menjemput semua anak jati Perak yang layak memohon kerja untuk memohon mana-mana jawatan yang diiklankan dengan maksimum sebanyak 5 jenis jawatan dibenarkan. Namun tiada satu pun jawatan-jawatan yang dipohon itu yang diterima dan diluluskan untuk temuduga.
Apa, bodoh sangat ke aku ni? Teruk sangat ke SPM aku tu? Sampai takde satu pun jawatan-jawatan yang aku mohon yang lulus. Apa yang aku terima hari ini adalah sekadar surat pemberitahuan bahawa permohonan aku tidak layak dan gagal dalam proses penapisan calon. Satu pun takde yang sangkut ke? Biar ler logik. Kalau jawatan yang dipohon tu memerlukan kelayakan diploma atau ijazah mungkin aku boleh terima lagi. Mungkin kelayakan aku tu tidak memenuhi kriteria ke tapi yang ini hanyalah memerlukan SPM sahaja. Apa, orang lain tu SPM-nya dah bagus sangat gamaknya. Pukimak korang!!
Realitinya, dah ada calon lain yang menanti dari awal lagi. Siapa yang ada mak pak sedara yang kerja kat dalam jabatan tu memang ada peluang untuk layak diterima hadir temuduga dan sekaligus layak diterima bekerja. Syabas kepada mereka-mereka ini. Amalkan selalu amalan korup-mu. Lain kalau dah ada calon tak payah susah-susah iklankan dalam paper. Tak payah susah-susahkan pencari-pencari kerja ni berulang alik ke cyber cafe semata-mata nak buat permohonan online dan menanti jawapan samada permohonan lulus atau tidak. Kerajaan negeri patut lebih telus dalam perkara ini. Jangan hanya tahu nak merugikan rakyat dan menguntungkan diri sendiri dan sanak saudara sendiri sahaja. Bukan main lagi buat 'button' statement "saya anti korupsi".
Satu je yang aku nak tanya dengan golongan-golongan tersebut. Tak cukup-cukup lagi..???

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!