Friday, July 09, 2010

sepetang bersama...

Petang semalam, cousin aku dari Teluk Intan called. Dia ada kat Ipoh atas urusan kerja dan sambil-sambil tu sempat melawat membernya. Kebetulan, cousin aku ngan member dia tu pun tengah melepak minum-minum kat restoran mamak seberang jalan dengan rumah aku. So, dia invite aku lepak minum sekali. So why not kata ku. Kebetulan lagi, member dia tu pun tinggal satu taman dengan aku.
Masa nak sampai ke restoran tu, aku perasan dari jauh akan member cousin aku tu. Rasa macam kenal, macam pernah tengok jer tapi di mana ya. Dalam hati aku berkata, takkan mamat tu kot. Tapi tak mustahil jugak pasal cousin aku ni pun jenis kepala sama cam member dia tu jugak. Cuma takut tersalah orang jer. Makin lama bila dah makin dekat memang tidak syak lagilah sangkaan aku. Memang betui orangnya. Aku biasa follow mamat ni, maksud aku blognya.
Tapi timbul satu masalah pulak. Macam manalah aku nak introduce myself kat member cousin aku tu. Lagi satu masalah pulak, macam manalah aku nak join sembang sekali nanti. Buatnya tersalah 'line' aku masuk nanti, aduh malunya. Bukan koman-koman member cousin aku tu. Lagi satu camanalah aku nak bagitau yang aku biasa follow blog mamat ni. Entah-entah dia kenal idak nama aku. Huisshh, rasa segan, berdebar dan nak terkencing terberak pun ada dah.
Luckily, member cousin aku tu seorang yang cool and steady orangnya. Relax low profile jer mamat ni bila aku tengok live depan-depan. Padahal, hasil kerjanya saja dah mampu membuat sesiapa pun tabik spring dengan nilai-nilai estetika dan artistik yang tak mampu dirungkai malah dihasilkan oleh sesetengah pihak. Mungkin jugak dia dah kenal atau cam nama aku sebab biasa appear dalam blog. Kemungkinan..
So, we all dapat jugaklah bersembang sambil tukar-tukar pandangan dan pendapat. Honestly aku cakap, member cousin aku tu memang very cool and humble orangnya. Takde rasa kekok atau segan bila dah start duduk lepak sekali sembang dengan dia. Cumanya, kami sembang tak dapat nak lama pasal mamat tu ada hal lain nak kena uruskan. Anyway, perkenalan dan sesi sembang letup kami berjalan dengan jayanya walaupun tak lama sekadar sejam mungkin. But it's really an honoured for me to be apart in the lepak-king yesterday. Kalu ada kesempatan di lain hari mungkin boleh lepak lagi.
Oh yer... aku dok sembang letup-letup kasi up member cousin aku tu tapi korang tau tak sapa mamat tu. Mamat tu namanya 'Kamal Sabran'. Nak tau check sendiri.

2 comments:

  1. meor, ni yang gua segan ni bro hahaha
    thanks bro, lain kali kita kopi lagi !
    nice to meet you too :)

    ReplyDelete

leave your comment or leave this site!!