Saturday, July 17, 2010

jersi & malu...

Baru beberapa hari sudah dalam berita tv, menayangkan sponsorship keparat di sini mempromosikan jersi terbaru pasukan 'Setan Merah' untuk musim 2010/2011. Tak malunya tengok orang-orang Malaysia dok memperaga dan mempromosi jersi pasukan luar. Ada yang siap sanggup beratur, berasak-asak dan tercegat macam tiang lampu semata-mata tunggu nak tengok mana rupanya jersi terbaru tu. Aku tak berapa hairan sangat disebabkan si sponsorship keparat tu pun bukan dari golongan orang melayu kita tapi yang aku paling malu bila tengok kebanyakan yang datang tu terdiri dari anak-anak melayu yang tak kira tua muda. Yang si anak kecil pula adalah insan yang paling malang sekali kerana beliau mungkin takkan kenal langsung akan negara tanah tumpahnya sendiri tatkala dewasa nanti . Apa nak buat dah mak bapaknya pun prejudis dengan negara kelahiran asal usulnya sendiri. Kadangkala membuat aku sendiri hairan, apa sebenarnya yang kita dok laungkan 'merdeka' setiap kali 31 Ogos selama hari ni. Kalaulah 'Tunku' masih hidup lagi, pasti beliau menangis hiba melihatkan keadaan anak-anak cucunya pada hari ini. Maka, layakkah mereka ini diberikan taraf kerakyatan? Apa itu merdeka?

No comments:

Post a Comment

leave your comment or leave this site!!